Bab 1.3

87 2 4
                                    

Selepas beberapa puluh minit Din bertarung dengan perasaannya sendiri, Din tertidur membawa bersama kekalahan yang entah dah keberapa puluh ratus ribu kalinya secara berturut-turut. Sekurang-kurangnya Din kalah selepas melawan.

***

Din menggantung semula tuala pada tombol pintu almari. Dia menyarung sehelai jeans biru sambil dijodohkan dengan t-shirt iron maiden, terus dia menatap rapi wajahnya pada cermin.

"Muka macam militan, badan sasa, hati pun sasa, memang cukup rocknya." Din memuji dirinya sendiri didepan cermin. Sesekali dia merapat muka pada cermin dan mendongak, menoleh kekiri dan kanan, periksa kalau-kalau ada bulu hidung terkeluar atau jerawat yang boleh mempengaruhi kekacakannya lantas mengecilkan peluangnya mengurat mana-mana gadis yang dirasakan Din lawa dan manis.

"Pagi yang bagusss, apa khabar Melesiiiaaaaaa!!!"
Teriak Din yang penghujungnya ditarik sedikit semacam lagu Isabella sejurus membuka pintu dan mendongak melihat cuaca awal pagi yang elok.

Buat seketika dia fokus pada dua aset penting dihadapannya. Din mencangkung.

"Che ta ke Mira, Mira ke Che ta?"
Persoalan itu berlegar-legar dalam kepalanya. Dia memandang tajam dua aset pentingnya, sebiji Honda Ombak yang diberi nama Che Ta, dan satu lagi Nissan Sunny 130 Y keluaran tahun 1988, yang diberi nama Mira. Ini bukan pagi pertama dia celaru begini, mungkin kerana takdir hidupnya yang kasihan.

Kelmarin dia pilih kereta, tapi cuaca panas, memandangkan aircond keretanya dah lama menemui ajal dan pemulas tingkapnya pun hilang, jadi terpaksalah Din bersusah payah grip gigi pemulas tingkap menggunakan mata playar semata-mata mendapatkan sedikit belas ihsan dari angin.

Masalah pada motor pula, bila Din meletakkan motor sebagai prioriti pengangkutan, dan dan hari tu pula hujan, walaupun tak setiap kali, tapi agak kerap juga sehinggakan dia fobia setiap kali melihat langit gelap tatkala sedang menunggang.

Begitu malangnya Din sehingga dia pernah berfikiran jahil dengan beranggapan bahawa alam tak suka dengan dia.

"Semalam hujan, kejap lagi kang mesti hujan"
Teka Din sebelum dia mencapai kunci Nissan Sunny dengan yakinnya.

Kunci dimasukkan pada gelanggangnya, Din memulas sekali dan enjin E15 1.5 cc hidup dengan tenang tanpa ada sebarang tanda omboh atau crankshaft bermasalah. Din membakar sebatang rokok sementara menunggu enjin hangat-hangat sedap.

Dia menoleh pada gigi pemulas tingkap yang dalam kesan calarnya gara-gara dimakan mata playar. Dia menggelengkan kepala seakan tak percaya kejahatan yang mata playar boleh buat. Dia meraba garis-garis gigi pemulas menggunakan jarinya.

"Ada bunga lagi ni, elok aku singgah kedai Ah King cari pemulas ni, lepasni tak payahlah aku risaukan cuaca lagi. Ah! Simple gila penyelesaian masalah aku ni, kenapalah selama ni aku begitu dungu?! Adalah ni orang mengenakan aku dengan nasi tangas!"
Pantas Din menutup pintu dan masuk gear ke transmisi reverse, sebelum Din meninggalkan perkarangan rumahnya sambil dalam kepala otaknya Din terfikir wajah-wajah yang berkemungkinan sukakan dia dalam diam sampai terkena nasi tangas. Din tak sanggup mengakui yang dia dungu dengan sendirinya.

Warkah Kasih Mat RockWhere stories live. Discover now