"Laila ! Laila!! "
Laila terjaga. Berpasang-pasang mata sedang memandang Laila Amira. Bisikan suara-suara kecil memenuhi dewan kuliah yang sederhana besar dan berpenghawa dingin kuat, seperti rumah salji buatan gayanya. Ada yang mencebik bibir, ada yang sekadar menggeleng-gelengkan kepala, ada juga yang mendengus kasar. Yang pasti, sepasang mata berkaca mata empat segi, membelakangkan papan putih di dewan kuliah itu, sedang mencerlung memandang Laila Amira.
"Aku tertidur ke? Lagi? Matilahhhh", hati kecil Laila cepat-cepat membaca situasi sambil buat-buat tiada apa yang berlaku. Di sebelah kanan, duduk Syakilla dan Azim sedang mengekek-ngekek menahan ketawa. Laila membetulkan duduknya, tudung di kepala dibetulkan dengan tangan kiri dan tangan kanan lekas mencapai pensel. Konon-kononnya mahu menulis nota. Kepalanya masih kekal menunduk. Sengaja dikawal pergerakan supaya orang di sekeliling tidak perasan.
Tiba-tiba satu tangan dari tempat duduk kiri mengetuk kecil meja Laila dan pantas memberi isyarat jari ke papan putih. Laila mengangkat mukanya laju sebagai tindakan refleks dan di situ berdiri figura seorang wanita berumur hampir sebaya ibunya sedang berpeluk tubuh dengan mata mencerlung sedang memandang tajam tepat ke muka Laila. Pandangannya seperti mampu membakar Laila dalam sekelip mata.
Laila lantas berdiri seraya berkata " Yes, Professor? ".
Wanita itu bergerak ke mikrofon berdiri di hujung stage kecil, masih membelakangkan papan putih. " I didn't ask you to stand and just look at me. " balas Professor Mariam sambil mengangkat kedua-dua tangannya dengan sinis.
Laila cuba memandang ke sekeliling dan cuba mengingati kembali apa yang sedang diajar sebelum dia terlena harini. Tidak tahu apa perlu dilakukan, dia pantas cuba membaca apa yang tertulis di papan putih belakang wanita itu tapi masih kurang membantu. Lalu dia mula mengangkat buku tebal dan mula membelek-belek sambil menjeling jam di pergelangan tangan.
"Baca mukasurat 27, perenggan 3 dan huraikan", perlahan tapi jelas kedengaran dari tempat duduk sebelah kirinya.
A big help bro! Thank you!!!!!
Laila pantas menyelak muka surat tersebut dan "So, based on Newton's Third Law, the..."
"Kringggggg!!!!!" Jam loceng di atas meja Professor Mariam berdering nyaring menandakan kelas beliau sudah tamat. Jam loceng itu kepunyaan Professor mariam dan sengaja dibawa ke kelasnya supaya dia tidak mengajar lebih masa sejak dihentam teruk di group Facebook Universiti selepas mengajar lebih 30 minit semester lepas. Seluruh dewan mula kecoh dan mengemas barang masing-masing. Pelajar yang mempunyai kelas seterusnya bergegas dan mula berasak-asak menuruni tangga untuk ke pintu keluar. Professor Mariam juga dengan pantas mengingatkan pelajar untuk menghantar assignment case study tentang kemalangan yang berpunca daripada kegagalan transmission system selewatnya 11.59 malam Jumaat dan berlalu keluar.
Laila terus duduk serta menarik nafas lega dan ketika dia mula teringat untuk berterima kasih kepada pelajar lelaki di sebelah kiri tempat duduknya, lelaki itu telah berlalu pergi. Dari jauh, dapat dilihat lelaki itu mempunyai susuk badan yang tinggi, berkulit cerah, berambut hitam beralun hampir mencecah bahu berjalan laju sambil menarik hood kepala menutupi rambutnya.
Mungkin dia ada kelas selepas ni. takpe, next time !
Laila memandang ke kanan. Dua kawan baiknya sudah siap mengemas buku-buku mereka dan sedang tersenyum mengejek dan menahan ketawa.
"APA?" tanya Laila, buat-buat marah. Tangannya pantas memasukkan buku tebal ke dalam beg kain kanvas ' I love engineering' yang dibeli semasa minggu orientasi pelajar baru 2 minggu lepas.
"Hahahaha, for thousands time, Cik Laila Amira tidur di dalam kelas" gelak Azim dengan nada mengusik.
"Its just the start of 3 weeks beb, takan dah start stay up buat assignment kot?" Syakilla menambah. "Ke kau keluar semalam? Haaa? Aku call tak angkat pun", Azim mula meneka-neka sambil berpandangan dengan Syakilla.
Laila buat tidak tahu dan mula bergerak menuju ke tangga. Malas mahu melayan soalan-soalan biasa dua sahabat baiknya itu. Dia tahu mereka sekadar bersenda dan sebenarnya Laila memang tidak mahu menjawab pertanyaan lazim mereka kerana tidak semua benda dia mampu berikan jawapan.
YOU ARE READING
Agen Rahsia EL012
General FictionEL012, kod nama seorang agen perempuan muda yang berpengalaman, pakar strategi dan sangat bold. Namun agen rahsia ini sedang bercuti daripada tugasnya di lapangan. Sekarang dia menjalani kehidupan yang sama seperti rakan sebayanya tanpa dia sedar...