Hibiscus Hall, dewan utama Universiti Antarabangsa Malaysia (UAM) itu penuh dengan para pelajar, pensyarah, staff universiti, wakil media, pemberita dan jurugambar, anggota keselamatan baik bersut hitam mahupun beruniform lengkap dengan senjata api dipinggang dan semestinya Tuan Presiden, setiausaha rasmi dan ahli kabinet yang lain demi menjayakan majlis perasmian "Asian Youth : Future Leader Conference", yang mana UAM akan menjadi tuan rumah yang pertama.
Di tingkat dua, baris kelima dari tangga, Maria duduk bersama-sama Laila, Syakilla dan Azim. Usai sahaja Presiden merasmikan program,terus bergema tepukan gemuruh dari setiap pelosok Hibiscus Hall itu. Maria apalagi terus melompat berdiri sambil tersenyum lebar penuh bangga. Syakilla disebelahnya turut bangun dan diikuti Azim dan hampir semua pelajar yang duduk di ruangan tingkat dua itu. Seketika kemudian, barulah Laila turut serta bangun selepas lengannya ditarik oleh Syakilla.
Sebenarnya, Laila tidak menjangka Maria akan duduk bersama mereka hari ini. Dia kelihatan tenang tetapi hatinya berdebar-debar. Sedari pagi tadi kelibat Maria mahupun Faruq tidak kelihatan langsung baik berselisih di kaki lima mahupun di kafetaria. Sehinggalah sepuluh minit sebelum Tuan Presiden dipanggil untuk berucap, Maria tiba-tiba datang dengan senyuman lebar bersama Faruq yang berkemeja hitam dan berseluar slack dengan rambut kemas tersisir rapi dan terus duduk bersama mereka.
Penampilan Faruq yang lain dari kebiasaannya itu sahaja cukup membuat Syakilla ternganga dan mengangkat keningnya ke arah Laila. Laila pula mengangkat bahu dan membulatkan matanya berpura-pura membalas reaksi Syakilla. Apa yang lebih bermain di fikiran Laila ialah dua orang lelaki bersut hitam yang mula berdiri di tepi anak tangga bersebelahan Laila sepertinya mengiringi Maria dan Faruq yang baru tiba. Laila sempat perasan, ada earpiece di telinga Faruq ketika Faruq melintasi tempat duduknya.
Tiba-tiba, lima belas minit selepas Tuan Presiden mula berucap, Faruq meminta diri dan bercakap dengan nada berbisik dengan dua lelaki itu. Laila menjeling ke arah mereka dan kemudian menoleh ke arah Maria. Maria nampak ralit mendengar bait ucapan Tuan Presiden sambil mengangguk-angguk. Tidak lama selepas itu, Faruq berlari-lari anak menuruni tangga ke tingkat satu.
Kemudian salah seorang lelaki bersut itu, cuba melintasi tempat duduk Laila mungkin ingin duduk di sebelah Maria. Tetapi Laila cepat melunjurkan kakinya sambil mengangkat muka memandang lelaki itu. Lelaki tersebut terhenti dan menoleh ke arah rakan setugasnya sambil bercekak pinggang dan berdengus. Laila buat tidak endah.
" Cik, boleh ke tepi ? Kawan saya nak lalu. " Lelaki kedua cuba bercakap dengan Laila dengan lembut. Dia menundukkan kepalanya kepada Laila apabila Laila masih buat tidak endah.
"Cik, boleh.." lelaki tersebut terhenti berkata usai sahaja Laila menoleh memandangnya dengan pandangan tajam. Saat itu juga, lelaki itu menekan earpiece di telinganya dan mengangguk.
"Maafkan saya, cik." Kata lelaki itu seraya menunduk hormat. Dia berpaling kepada rakan setugasnya dan berbisik perlahan. Rakannya juga menunduk hormat dan mereka berdua berlalu pergi.
Selesai sahaja sesi fotografi bersama Presiden di pentas, para hadirin beransur keluar dari dewan itu. Manakala presiden pula dikerumuni oleh wartawan. Tempat duduk di ruang tingkat dua itu beransur lengang. Namun empat orang sahabat itu masih duduk di situ merenung kosong ke arah pentas.
Laila mengerling jam di tangannya, sudah jam lima suku petang. Hatinya lega, tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Majlis berjalan lancar dan Maria nampak gembira.
"Jom, aku nak pergi tandas lah!" ujar Syakilla. Mereka bangun dan mula menuju ke pintu keluar. Syakilla dan Azim berjalan di hadapan, diikuti dengan Laila dan Maria di belakang. Kesempatan itu digunakan Laila untuk berbual dengan Maria.
Dia berbisik " Nak tunggu Faruq ke?". Maria menggeleng perlahan.
" Nak jumpa Presiden dulu ke?" Tanya Laila lagi.
Maria senyum dan mengatakan tidak. Dia memaklumkan kepada Laila bahawa dia sudah berjumpa dengan Presiden pagi tadi dan katanya lagi, Presiden bakal berangkat ke Australia malam ini. Oleh itu, dia tidak mahu mengambil masa rehat Presiden sebelum ke sana. Laila mengangguk kepalanya dan membalas senyuman Maria.
Syakilla berjalan terus ke blok terdekat dek kerana tandas di kawasan dewan itu penuh orang. Azim, Laila dan Maria sekadar mengikut sahaja. Sampai sahaja di hadapan tandas, Syakilla dan Azim masing-masing menerpa ke tandas perempuan dan lelaki. Maria dan Laila tergelak kecil melihat karenah mereka yang tergesa-gesa itu.
Belum lama mereka berdua masuk, Azim menjerit memanggil Laila. Laila teragak-agak untuk masuk sebelum Azim semakin kuat berteriak. Syakilla yang mendengar dari tandas sebelah juga menerpa keluar. Laila masuk ke tandas lelaki itu, manakala Syakilla dan Maria menunggu di luar.
Terduduk di atas lantai, Azim sedang memangku seorang lelaki bersut hitam di atas ribanya Hidung dan dagu lelaki itu berdarah. Pipinya bengkak dan lebam. Azim memandang Laila cemas. Laila cepat mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon 999. Sementara menunggu panggilannya dijawab, Laila memeriksa kocek baju dan seluar lelaki bersut itu.
"Hello,boleh saya bantu?" kedengaran suara kecil di hujung talian. Laila terdiam. Tangannya memegang kad lelaki bersut itu.
"Hello?" suara di hujung talian memanggil si pembuat panggilan. Azim memandang Laila dan berteriak "Laila!".
"Maaf saya silap nombor," balas Laila perlahan. Azim buntang mata memandang Laila. Laila terus menyentuh lama skrin telefonnya dan memandang Azim.
"Faruq, where's Mr president?"
"I can not disclose such information, Laila!" bentak Faruq dihujung talian.
"WHERE IS HIM NOW ?" tempik Laila.
"I am work..."
"Hello, what is it el?" suara garau cukup Laila kenal bersuara dari telefon Faruq.
"What's eagle current location, Hans?"
"Eagle already move to next location, why?," balas Hans pantas.
Laila pejam mata, dia tarik nafas dalam dan berkata " Hans, I found Agent 033 unconscious and bleeding on the toilet floor, level 1, faculty of laws. He's injury is level 2".
Azim tak henti-henti memandang Laila sehinggalah jeritan kecil Syakilla mengejutkannya. Maria terduduk. Laila mengeluarkan tisu dari poket seluar jean nya, dia mengelap darah di wajah lelaki yang pengsan itu sambil menarik nafas dalam.
"It will be a long night tonight,"bisik hati kecil Laila.
hai, maaf saya lambat update, tiada kesempatan masa untuk menulis sepanjang semester. inshaa Allah i try to wrap this story soon. terima kasih sudi membaca!
YOU ARE READING
Agen Rahsia EL012
General FictionEL012, kod nama seorang agen perempuan muda yang berpengalaman, pakar strategi dan sangat bold. Namun agen rahsia ini sedang bercuti daripada tugasnya di lapangan. Sekarang dia menjalani kehidupan yang sama seperti rakan sebayanya tanpa dia sedar...