Laila terasa badannya lemah. Susah untuk dia bernafas. Tersekat-sekat. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Badannya pula terasa sakit. Sakit sangat-sangat, nak menangis rasanya.
Hilai tawa kedengaran kuat. Tawa jahat yang menyakitkan hati, membingitkan telinga. Berdekah-dekah bergema ke seluruh bilik gelap itu. Namun dalam gelak tawa itu, kedengaran suara erangan yang kuat penuh kesakitan dekat dengan Laila. Laila menggeleng-gelengkan kepalanya cuba menyedarkan dirinya sendiri.
"erghhhhh.........ha hah hah" erangan di susuli nafas berat kesakitan.
"kahkahkahkahkahkah" bergema ke seluruh bilik.
Kabur pandangan Laila kian menghilang. Usai kesedarannya datang, matanya terbeliak, bagai luruh jantungnya.
Ya Allah, LEE!
Lee tergantung lemah di palang besi. Mukanya comot dan bengkak dan ada darah pekat di bibirnya. Dia diikat dengan rantai di pergelangan tangan, teruk dipukul dan diseksa 3 orang lelaki yang sedari tadi bergilir-gilir membelasahya dengan batang paip dan beberapa kayu sebesar kayu besbol. Lagi dua lelaki, duduk di meja berhampiran pintu sambil menghisap rokok. Selonggok bahan bakar dengan sisa api yang masih menyala berlonggok dekat dengan Laila, bagai unggun api. Api kecil itu sahajalah sumber cahaya dalam bilik itu.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi das tembakan dari luar pintu bilik gelap itu. 5 lelaki itu mula saling berpandangan. Mereka berbisik sesama sendiri. Kemudian, salah seorang lelaki yang merokok tadi mencapai sepucuk pistol di atas meja usang itu lalu keluar bersama 2 lelaki membawa batang paip.
Laila memandang Lee, cuba memanggil lelaki itu. Usahanya itu, mendapat perhatian lelaki yang masih merokok di meja usang tadi. Dia menenyeh puntung rokoknya ke meja lalu menyisipkan sepucuk pistol ke pinggangnya. Kemudian dia berjalan ke arah Laila sambil menyarung sarung tangan kulitnya.
Laila yang terikat di kerusi kayu merenung setiap langkah lelaki gempal itu. Makin dia dekat, semakin jelas wajah lelaki itu. Lelaki itu menyepak bara unggun api itu kea rah Laila sambil tersengih. Laila terbatuk-batuk sambil memejamkan matanya. Berdecit tawa lelaki itu. Dia merapatkan mukanya kepada Laila sambil tersengih, tiba-tiba Laila berasa pedih, ngilu,panas dan sakit yang teramat sangat di peha kirinya. Dia menjerit sekuat hati menahan sakit hingga timbul urat-urat di lehernya.
Tawa lelaki gempal itu bergema sekuat-kuatnya. Lee pula meronta-ronta dengan sisa tenaganya. Apalah yang mampu dia lakukan dengan keadaannya yang sudah lemah seperti itu. Hanya mampu memandang Laila yang menahan kesakitan dek dicucuh dengan besi.
Lelaki gempal itu mengambil batang besi yang kedua diunggun api itu. Dia membulatkan biji matanya sengaja mahu menakut-nakutkan Laila yang masih menahan kesakitan.
Setapak..
Dua tapak..
Tiga tapak...
Dia semakin dekat dengan gadis itu.
Tudung di kepala Laila direntap ke belakang. Lelaki gempal itu menjelirkan lidahnya sambil menggerak-gerakkan batang besi di hadapan muka Laila. Lelaki itu mengangkat tinggi tangganya. Bila-bila masa sahaja batang besi itu akan ditekap ke peha Laila.
Tiba-tiba, "BANG!"
Laila tersentak lalu dia bingkas bangun dari baringnya namun kesakitan di seluruh badannya menghalang dirinya dari bangkit dari katil.
"Seem likes you had a nightmare, again Laila", kata Agen 023, Soo Jung sambil mengesat peluh di dahi Laila dengan tuala kecil. Sudah tiga hari Laila ditahan di hospital itu sejak kejadian di istana. Bermakna sudah tiga hari jugalah, Soo Jung menjadi peneman setianya di situ.
"You wanna talk?", tanya Soo Jung.
"It just the same dream," balas Laila lemah sambil membuang pandang ke luar tingkap. Lama. Dia cuba mengingat kembali mimpinya. Seperti ada sesuatu yang dia terlupa.
"JOHN....!", tiba-tiba Laila bersuara dan terus berpaling ke arah Soo Jung yang sedang sibuk memotong buah hasil pemberian Maria semalam.
Soo Jung menangkat sebelah keningnya "John....?".
"One of the guy who tried to kidnap Maria, was the same person who tortured me and Lee during our mission in Philippines. He appeared in my dream, Soo Jung! He's name is John. We must inform K about this!!" pantas Laila menerangkan kepada Soo Jung.
"Give me my phone,"kata Laila lagi dengan tapak tangannya dihulur kepada Soo Jung. Soo Jung meletakkan sepotong epal ke dalam tapak tangan Laila. Laila terpinga-pinga.
"They knew it already,"balas Soo Jung lalu mengunyah epal hijau yang dipotongnya.
Suasana kafetaria Anjung Selera itu penuh dengan para pelajar. Laila menghentakkan punggungnya di atas kerusi kuning meja bulat di kafetaria itu, pinggan nasi ayamnya di letakkan ke meja perlahan. Botol air nya dikeluarkan dari beg. Seorang demi seorang kawan-kawanya mulai memenuhi kerusi meja bulat itu. Syakilla di sebelah kanannya, manakala Fatihah di sebelah kirinya. Azim pula duduk di sebelah Syakilla. Sedang Laila mendengar bebelan Syakilla tentang setiausaha kelabnya yang asyik tidak menghadiri perjumpaan mereka, Azim dan Fatihah sibuk melambai-lambaikan tangan ke arah seseorang.
Atau lebih tepat lagi, dua orang. Maria dan Faruq. Sejak akhir-akhir ini bertebaran gosip bahawa mereka berdua bercinta dan sentiasa berkepit walau ke mana sahaja. Malah, tambah menjadi buah mulut pelajar di situ, khabarnya Maria menarik diri dari band HeartLocker atas permintaan Faruq. Oleh itu, peminat-peminat HeartLocker yang percaya dengan cerita itu sering kali mencemuh mereka berdua.
Maria dan Faruq meletakkan pinggan nasi ayam mereka lalu duduk. Maria di sebelah Azim dan Faruq di sebelah Fatihah. Sudahnya, Fatimah dan Syukri yang agak lambat tiba ke meja itu duduk di antara Maria dan Faruq.
"Hai Laila, awak sihat harini?" Tanya Maria.
"Laila sihat, siap makan nasi ayam dua pinggan," jawab Syukri dengan nada mahu mengusik.
Laila yang sedang menceduk nasi ayam Syakilla dengan sudunya, terhenti. Dia menjeling Syukri lalu membuka mulutnya luas-luas dan nasi ayam itu selamat masuk ke mulutnya. Kemudian dia senyum ke arah Maria sambil mengangguk.
Sejak Laila kembali menghadirkan diri ke kelas selepas cuti sakit selama 2 minggu, Maria sering kali muncul dengan tiba-tiba dan menyapanya. Perbuatan Maria yang terlebih peramah itu menarik perhatian kawan-kawan Laila. Oleh kerana tidak mahu kawan-kawannya tertanya-tanya, Laila mula mengajak Maria dan Faruq melepak bersama dengan alasan merekalah yang membawanya ke hospital selepas dia hampir pitam tidak tahan sakit di bahagian apendik ketika Battle of the Band sedang berlangsung. Hal ini secara tidak langsung mengukuhkan lagi sebab kehilangannya tanpa kesan tempoh hari.
Sebenarnya, niat Maria yang mahu berkawan dengan Laila, agak kurang menyenangkan Laila yang risau jika kejadian tempoh hari terbongkar. Namun belum sempat dia meminta Maria merahsiakannya, Maria dahulu menerangkan hal tersebut dan identitinya kepada Laila. Malah identiti Faruq sebagai pegawai peribadinya juga diterangkan.
Bukanlah Laila tidak tahu identiti sebenar mereka berdua, namun saat dimaklumkan, Laila berpura-pura terkejut untuk memastikan identitinya masih belum terbongkar hatta kepada Faruq sekalipun. Hal itu sangat penting bagi Laila kerana selaku agen yang sedang bercuti dari lapangan, identitinya tidak boleh didedahkan kepada sesiapapun. Malah, dia tidak seharusnya masuk campur dalam kejadian tempoh hari.
Semasa di wad, dia sedaya upaya memaksa Soo Jung untuk mendedahkan perkara yang sebenar. Kehadiran Soo Jung secara tiba-tiba membantunya tempoh hari sudah cukup menunjukkan kejadian itu melibatkan SMIST. Sekiranya SMIST terlibat, hal ini ternyata bukan isu yang kecil.
"Laila, pergi library after this?" Faruq bertanya.
Laila mengangguk.
"Aku ikut Laila," sahut Fatihah ceria.
"Aku pun," Azim mencelah.
"Great, Maria ada teman. Aku nak jumpa TZ," jawab Faruq lalu beredar. Fatihah memuncungkan bibirnya. Azim tersengih keseronokan.
Kenapa Faruq nak jumpa TZ?
YOU ARE READING
Agen Rahsia EL012
General FictionEL012, kod nama seorang agen perempuan muda yang berpengalaman, pakar strategi dan sangat bold. Namun agen rahsia ini sedang bercuti daripada tugasnya di lapangan. Sekarang dia menjalani kehidupan yang sama seperti rakan sebayanya tanpa dia sedar...