BAB 9

81 8 1
                                    

Jam sudah menunjukkan 4.30 pagi. Kenderaan pengiring milik tentera itu perlahan-lahan memasuki perkarangan sebuah rumah agam ala British. Laila terjaga dari lenanya. Pemandu di sebelahnya mematikan enjin.

"Dah sampai. Jom!" katanya kepada Laila dengan suara garau.

Laila turun dari pacuan 4x4 itu sambil menggalas beg galasnya. Manakala si pemandu tadi membuka pintu tempat duduk di belakangnya, lalu menarik pelipis lelaki yang masih tidak sedar dari tidur itu.

"Aaaa, aaa sakit .. sakittt..." jerit lelaki berketurunan India dari Mumbai itu disambut dengan hilaian tawa Hans, seorang lelaki melayu, bertubuh tegap, berkulit sawo matang dengan lesung pipit yang tersorok di balik janggutnya yang lebat. Seorang lagi lelaki muda yang duduk di belakang tempat duduk Laila terjaga dek terkejut dengan jeritan Raj tadi. Mukanya masam mencuka. Dia terus turun dari kereta itu, menghempas pintu dan menarik beg dari bahu Laila. Laila hanya menurut lelaki muda itu ke pintu utama rumah agam itu.

Belum sempat lelaki muda itu mengetuk pintu, pintu dibuka dari dalam. Jennie, seorang perempuan Cina berkaca mata, kelihatannya masih mamai lagi terus memarahi Hans dan Raj yang bising. Kemudian dia terus berpaling ke arah Laila dan menghadiahkan pelukan kepadanya.

"Mari masuk, kita tidur atas. Lelaki tidur bawah. Boleh tidur dulu. Nanti subuh saya kejut," terangnya kepada Laila sambil melangkah ke tingkat atas rumah besar itu. Lelaki muda tadi sudah menghilangkan diri sebaik sahaja dia menghantar beg galas Laila ke bilik.

Tok tok!

"El, bangun. Mari makan," kedengaran suara Jennie, dari balik pintu.

Laila yang sedang memakai stoking terus membuka pintu dan menuju ke ruangan makan di tingkat bawah.

Aroma kopi kuat dengan bau ayam bakar memenuhi ruangan makan itu. Ruangan makan yang besar itu memuatkan satu meja panjang yang boleh memuatkan 14 orang. Di satu sudut, cawan-cawan kopi dan pinggan mangkuk disusun elok, memudahkan orang mengambilnya. Laila mula duduk di sebelah Dean, lelaki muda yang mengangkat begnya semalam. Dean menghulurkan secawan kopi susu panas kepadanya. Jennie pula datang dari dapur dengan troli makanan penuh dengan kacang panggang, scramble eggs,kepingan ayam bakar dan sosej serta berbotol-botol jem.

"Morning El!" sapa Raj dari dapur. Tangannya penuh dengan dulang berisi jus oren dan susu segar.

"Hello El !" sapa William pula yang baru datang ke ruang makan itu. Dia menyelak tirai sliding door dan membukanya. Sliding door itu menyambungkan ruang makan dengan kawasan beranda di luar. Laila bangun dan mula berjalan ke arah William.

"Wow, it's beautiful!" kata Laila teruja melihat taman bunga yang bersambung dengan beranda. Dia lalu duduk di sebelah William di atas buaian kecil, menghayati keindahan taman bunga itu. Dia rasa seronok setiap kali angin bertiup membawa haruman dari bunga-bunga di taman itu.

William disebelahnya tergelak kecil.

"It's your first time here right?".

Laila mengangguk dengan mata masih terpejam seronok menghidu bau wangi bunga-bunga.

"Do you know where we are and why we are here?".

Laila menggeleng. Dia mencelikkan matanya.

Semalam, jam 2 pagi telefonnya berbunyi nyaring. Di hujung talian, suara TZ kedengaran mengarahnya untuk bersiap dan menunggunya di post guard hostel. Dia yang baru sahaja menuju ke katil untuk tidur terpaksa membatalkan hasratnya. Dia terus bersiap dan memasukkan beberapa set pakaian ke dalam beg galasnya.

Agen Rahsia EL012Where stories live. Discover now