Bab 2

101 7 3
                                    

Syakilla, Fatima dan Fatihah beratur panjang di gerai no 5, kafe 'istana' untuk makan tengahari hari ini.  Terlalu ramai orang yang gemar membeli di gerai itu kerana harga yang murah dan pilihan lauk - pauk yang enak setiap hari. Syakilla menyenduk nasi putih ke pinggan melamine berbunga ros merah sambil matanya meliar memandang ke pintu masuk kafe 'istana' itu. 

"Laila mana Kila? Dari pagi tak nampak.  Dia ponteng kelas ke? " tanya Fatima sambil memilih ayam bakar panas-panas yang baru diletak di atas dulang oleh Kak Leha. 

Syakilla tidak menghiraukan pertanyaan Fatima dan matanya masih sibuk melilau mencari kelibat seseorang.

"Weh Kila,  banyak betul nasi kau ambil tu",  tegur Fatihah bila melihat Syakilla masih giat menyenduk nasi nya. 

"Kongsi dengan Laila lah" balas Syakilla sambil tangan menyenduk bayam merah ke dalam pinggan.

Pinggan Syakilla penuh dengan tiga jenis sayur ditambah pula dengan dua ketul ayam bakar. Fatima dan Fatihah membulatkan mata melihat sayur-sayur di pinggan Syakilla. Kembar berdua itu memang tidak makan sayur hijau. Mereka hanya makan lobak, tomato dan cili benggala. Itu pun kerana warna sayur-sayur itu bukan warna hijau.

Mereka beriringan mencari tempat duduk. Setelah mencari-cari agak lama, mereka mula duduk di satu sudut yang agak terpencil, di penjuru kafe selepas Fatima tidak habis-habis menjeling ke arah pasangan yang duduk di situ sambil membebel-bebel tidak mahu lewat ke kelas.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.50pm tetapi kafe 'istana' masih penuh dengan pelajar dan guru yang sedang menikmati hidangan tengahari mereka. Kafe itu menjadi tumpuan kerana lokasinya yang berdekatan tiga fakulti serta harga yang murah dan sedap. Ia dipanggil istana kerana blok penyambung berbentuk silinder itu menempatkan bilik untuk kelab-kelas seni kebudayaan. Manakala kafe itu pula berada di tingkat kedua. Oleh itu, sudah menjadi satu kebiasaan bagi mereka  yang menikmati makan tengahari di situ menghayati alunan muzik yang dimainkan oleh ahli-ahli kelab. Malah terdapat satu pentas kecil di setiap aras bangunan berbentuk silinder itu.

"Mana Laila ni? Kitorang nak gerak dah ni Kila", ujar Fatihah selepas menghabiskan saki baki ikan keli masak cili di dalam pinggannya.

"Dia pergi mana Kila?",tanya Fatimah pula sambil matanya ralit memerhatikan Brian yang sedang sibuk set up stage untuk persembahan pembukaan untuk Battle of the Band malam ini.

Brian ialah pemuda kacukan Melayu-Kadazan yang sederhana tinggi, berhidung mancung dan berambut keperangan thanks to pewarna rambutnya serta berkulit putih kemerah-merahan bila terkena terik matahari. Dia merupakan  pemain bass untuk Band Pujangga yang agak popular di kalangan peminat musik indie.

"Weh, sorry lambat!".

Belum sempat Syakilla menjawab, Laila tiba di meja sambil termengah-mengah dan terus duduk di sebelah Syakila. Dia terus menyedut air sirap limau yang dihulur Fatihah kepadanya. Habis lencun bajunya dek kerana cuaca yang panas dan mungkin hasil lariannya untuk ke blok itu.

"Tihah jom. Lambat dah ni", ajak Fatimah walau mata masih tidak lekang mencuri pandang ke arah Brian. Entah apa yang berkenan sangat di hatti Fatimah kepada Brian itu.

Kedua-dua kembar itu mula bangun dan bergegas ke kelas Doktor Raihan. Soalan Fatihah sebentar tadi dibiarkan tidak berjawab sampai ke sudah. Sebelum pergi, dia sempat memberikan pandangan you own me explaination kepada Syakilla dan Laila.

Laila memandang Syakilla yang sedang memandangnya. Mereka berbalas senyum dan mula menjamah selera.

"Kau pergi mana tadi. Lama betul", sambil mengunyah Syakilla mula bersuara.

Sebenarnya, sedari tadi dia tertanya-tanya ke mana Laila pergi. Laila memang sentiasa ada saja hal yang ingin diselesaikan secara tiba-tiba. Kadang-kala dia akan menghilangkan diri untuk 2-3 hari tanpa dapat dihubungi langsung. Bukanlah dia mahu menyibuk tetapi sekurangnya sebagai kawan baik, dia ingin tahu.

"Aku pergi jumpa Tuan Zakaria tadi. Dia panggil aku. Biasalah, akhir-akhir bulan ni memang macam tu", jawab Laila.

"Kenapa kau selalu jumpa TZ? Aku tak paham, kau bukan ada masalah disiplin pun. Yelah takat kadang-kadang ponteng kelas tu ada lah kan", Syakilla masih terus bertanya.

"Ehm, aku kan masuk sini, guna transfer credit. So dia macam nak update aku lah. Alah kau tak payah lah pikir. Makan cepat! Kata nak pergi library", balas Laila pantas melenyapkan rasa ingin tahu Syakilla.

Topik ke mana hilangnya Laila hilang begitu sahaja. Usai menghabiskan makanan mereka mula bergegas untuk ke library menyiapkan assignment tambahan daripada Doktor Mohiuddin.




Agen Rahsia EL012Where stories live. Discover now