Laila mengusap belakang badan Maria yang sedang menggigil ketakutan itu. Dalam masa yang sama, matanya tidak lepas memandang lelaki lampai yang menekup mulutnya sebelum itu. Lelaki itu, mengintai ke luar dari kaca di pintu dengan pandangan yang mencurigakan kemudian berpaling memandangnya.
Mamat misteri tu!
"Aku Faruq", katanya sambil memeluk tubuh. Dia nampak serius.
"Ada orang nak culik Maria", tambahnya lagi sambil memandang tepat ke bebola mata Laila.
Laila membalas pandangan Faruq.
Jadi nama dia Faruq. Okay.
Eh, ada orang nak culik Maria?
"Dua lelaki bersut hitam ke?" tanya Laila, ingin kepastian.
Matanya masih tidak lekang dari bebola mata Faruq.
Air muka Faruq berubah tetapi cuba dikawalnya lalu perlahan dia mengangguk.
"Macam..."
"Aku nampak diorang tadi, dan ramai lagi dekat kawasan stage", balas Laila sambil berkalih memandang Maria yang mula mencengkam lengan Laila. Wajahnnya pucat tetapi gigilnya sudah tiada.
"Kenapa diorang nak culik Maria?" Tanya Laila.
Senyap. Faruq tidak menjawab. Apatah lagi Maria. Laila geram. Dia ingin tahu. Lalu dia berpaling ke arah Faruq yang membatu di depan pintu.
"Aku takut" perlahan Maria bersuara. Matanya berkaca memandang Faruq. Soalan Laila tadi tidak berjawab.
Faruq menghela nafas panjang lalu memandang ke sekitar bilik kecil itu. Bilik itu gelap hanya nampak samar-samar ihsan lampu koridor yang masuk dari kaca di pintu bilik itu. Maria turut bangun tatkala Faruq mula berjalan ke satu kabinet kecil di sudut bilik itu. Bilik itu kecil sahaja, tak ubah seperti stor menyimpan penyapu.
Pintu kabinet itu dibuka perlahan. Dalam gelap, Laila nampak Faruq menarik sehelai kain yang bergumpal di sebelah penyapu habuk yang bersawang. Kain itu hampir sama labuhnya dengan Faruq. Pintu kabinet ditutup lalu Faruq mendekati Maria.
"Tutup kepala kau dengan kain ni", kata Faruq. Maria hanya menurut.
"Apa plan kau ?" tanya Laila tidak sabar.
"Aku nak bawak Maria ke tempat yang lebih selamat", jawab Faruq acuh tak acuh. Dia malas mahu melayan Laila.
"Aku ikut", tegas Laila sambil membantu Maria untuk berdiri.
"Ni bukan main-main. Bahaya kau.." Air muka Faruq nampak tegang.
"Aku tahu bahaya. Tapi aku tak rasa kau mampu nak selamatkan Maria sorang diri. Ramai konco lelaki-lelaki tu tunggu dekat bawah", Laila menjawab dengan yakin.
Faruq diam walau wajahnya masih kelihatan tegang.
Tiba-tiba, tombol pintu bergerak-gerak dek dipulas dari luar. Mereka berpandangan cemas. Dengan pantas Laila menolak Maria berselindung ke pintu. Faruq juga menunduk sambil jarinya di mulut menunjukkan isyarat supaya diam. Mereka bersandar rapat di pintu itu dalam debaran.
Sedari tadi lagi, dua lelaki bersut hitam itu berjalan dengan langkah yang kasar di sepanjang koridor. Sambil berjalan, mereka menjeling ke setiap penjuru mencari kelibat Maria. Setiap bilik kecil yang mereka lalu, mereka berhenti dan intai ke dalam bilik melalui cermin kaca di pintu. Tidak cukup dengan itu, mereka pulas tombol dan tendang pintu-pintu itu.
Mereka gelabah. Masakan tidak, pelan asal telah gagal tanpa sempat mereka mencuba. Kelibat Maria tiba-tiba sahaja hilang dari pandangan selepas mereka berselisih dengan seorang lelaki muda di hujung koridor.
Pintu terakhir!
Dua lelaki itu gelisah. Jika bos tahu apa yang terjadi, mungkin ini hari terakhir mereka.
"John, kau cuba bukak. Aku intai", ujar lelaki yang berparut itu kepada lelaki bernama John itu.
John memulas tombol pintu tanpa menyangka tombol pintu itu berkunci berulang kali. Lelaki berparut itu pula lantas mengintai di celahan kaca di pintu. Hujung kain nampaknya bergerak di atas lantai dalam gelap. John pula menekup telingannya ke pintu. Perbuatan John itu diikuti lelaki berparut itu. Mereka kaku menekup telinga ke pintu.
Tidak lama kemudian, dua lelaki itu berbalas senyuman sinis, bersorak di dalam hati memikirkan esok masih ada bagi mereka.
YOU ARE READING
Agen Rahsia EL012
General FictionEL012, kod nama seorang agen perempuan muda yang berpengalaman, pakar strategi dan sangat bold. Namun agen rahsia ini sedang bercuti daripada tugasnya di lapangan. Sekarang dia menjalani kehidupan yang sama seperti rakan sebayanya tanpa dia sedar...