Hujan masih renyai. Kilat pula masih bercahaya diikuti bunyi guruh yang sayup-sayup kedengaran. Di celahan lorong gelap, hanya berlampukan lampu jalan yang samar-samar, dua lelaki bersut hitam, berkasut kulit sedang berjalan pantas meredah hujan. Lelaki yang berjalan di hadapan, berbadan agak gempal dengan seluar labuh yang sudah basah kuyup dipadankan pula dengan coat hitam yang dua kali ganda saiz lelaki itu sentiasa menjeling ke kiri dan kanan jalan seperti sedang memeriksa sesuatu. Di belakangnya, berjalan lelaki berbadan cengkung yang sedang cuba menghidupkan api rokoknya namun gagal lalu mencampak alat penghidup api itu ke arah seekor anak anjing yang berteduh di timbunan sampah di tepi lorong gelap itu. Mereka terus berjalan pantas sambil menoleh ke belakang setiap dua tiga langkah berjalan.
Tanpa mereka sedari dua pasang mata sedang memerhatikan pergerakan mereka yang kemudiannya tiba-tiba hilang di celahan tembok.
Bunyi bising dan bingit mengejutkan Laila. Dia memandang sekeliling. Sepertinya dia sedang berada di dalam sebuah helikopter. Pandangannya masih berpinar-pinar, kepalanya berdenyut-denyut. Dia mahu memegang kepalanya tapi seperti ada sesuatu sedang menghalang.
"This is Pars-103, this is Pars-103 over"
"Copy"
"023 speaking, this is emergency. 009 is badly injured please ready to copy"
Laila terkejut. Dalam bingit helikopter itu dia yakin dia tidak tersalah dengar.
"009? Apa yang terjadi?", soalnya di dalam hati.
Fikirannya bercelaru. Dia tidak faham kenapa dia berada di situ. Bukankah dia sedang mengekori dua lelaki bersut hitam di celahan lorong kecil?
Laila menarik nafas perlahan-lahan cuba berfikir dengan waras.
"Bertenang Laila. You might be on a mission right now. Look around you" monolog Laila sendirian.
Dan dia pun memandang sekeliling sekali lagi. Hati kecilnya berharap dia tersalah dengar.
Ya Allah! Lee! Kenapa?
Matanya buntang dek terkejut melihat apa dihadapannya. Dia berhempas pulas cuba menggerakkan badannya namun ikatan di badannya terlalu kuat dan kepalanya masih berdenyut-denyut seperti cuba menghabiskan seluruh tenaga yang tersisa di badannya. Di hujung kakinya terbaring Lee dengan lehernya dipakaikan penyokong leher serta diberi bantuan pernafasan. Dia seperti tidak sedarkan diri dan kehilangan banyak darah. Jaket hitamnya yang terselak menampakkan kesan lebam di sebelah kanan abdomennya. Faiz di sisi asyik memeriksa denyut nadi Lee dan matanya. Ken pula nampaknya seperti baru sahaja memberikan rawatan kecemasan kepada May di sebelah Laila dan kemudian terus ke tempat duduk sebelah juruterbang untuk melaporkan situasi kepada receiving tower.
"Apa ini semua?", soal Laila masih tidak faham punca.
Laila memusingkan kepalanya ke arah May ingin cuba bertanya tetapi May sudah terlelap. Mungkin May sudah dibius oleh Ken.
"Faiz, Faiz !!" panggil Laila kuat-kuat. Tetapi Faiz matanya tidak lekang langsung dari Lee. Dia berulang kali meletakkan kepalanya ke dada Lee yang tidak bergerak itu.
Tiba-tiba badan Lee mula menggeletar kuat. Darah tersembur keluar dari mulutnya. Alat bantuan pernafasan dialihkan oleh Faiz lalu menjerit memanggil Ken. Ken melompat ke belakang terus mengambil kotak di bawah tempat duduk May sementara Faiz melakukan bantuan kecemasan dengan menekan dada bidang Lee. Faiz memandang Laila dengan pandangan yang membimbangkan. Ken pula sudah bersedia dengan kotak yang diambil sebelum itu.
Defribilator! Oh tidak, Lee!
"LEE!!! Lee, look at me ! Lee!!!!", Laila menjerit dan meronta-ronta memanggil Lee. Faiz dan Ken sedang menekan dada Lee dengan alat itu. Tetapi tiada reaksi balas langsung dari Lee. Cas dinaikkan lagi. Denyutan kepala Laila makin bertalu-talu. Pandangannya mula kabur.
"LEEEEE!".
"Laila, lailaaa! Library ni!" kejut Syakilla sambil menggoncangkan Laila yang mula mengerang dan menggigil di meja perpustakaan. Azim pula memandang ke sekeliling dan menarik tirai cermin bilik diskusi itu.
Laila terjaga. Nafasnya turun naik. Peluh dingin merecik di dahinya. Syakilla dan Azim memandangnya penuh cemas. Syakilla mengurut belakang badan Laila manakala Azim menghulurkan sebotol air mineral kepada Laila.
"Aku nak balik bilik", kata Laila dan terus angkat kaki berlalu.
YOU ARE READING
Agen Rahsia EL012
General FictionEL012, kod nama seorang agen perempuan muda yang berpengalaman, pakar strategi dan sangat bold. Namun agen rahsia ini sedang bercuti daripada tugasnya di lapangan. Sekarang dia menjalani kehidupan yang sama seperti rakan sebayanya tanpa dia sedar...