Laila tersungkur di tengah orang ramai. Silap dia tidak waspada sampai tersungkur teruk. Namun, dalam kesakitan Laila pantas mencengkam pergelangan kaki John. Dia sudah bertekad untuk tidak akan melepaskan lelaki gempal itu walau dia dipijak oleh orang ramai yang tidak menyedari kehadirannya yang tertiarap di lantai. Dia mesti mencuri masa untuk Maria melarikan diri.
Langkah John terhenti, kakinya dikunci kuat oleh Laila. Dia mengetap bibirnya.
Siapa perempuan ni? Kenapa dia menyusahkan aku??
Dalam masa yang sama, John memerhatikan ke sekeliling hall yang gamat itu. Konco-konconya masih berada di tempat masing-masing dan sedang memandang tepat ke arahnya. Dia menggumpal penumbuknya lalu menyentap kakinya kuat-kuat. Dia mengheret Laila yang sedang berpaut di kakinya meredah orang ramai.
Tiba-tiba, "AAAArrgggh,".
Jeritan nyaring seorang perempuan mengejutkan orang ramai. Perempuan itu menekup mulutnya. Dia tergamam. Langkah John terhenti, dia menundukkan kepalanya.
Orang ramai berdekatan gadis itu terpinga-pinga. Mereka mula sedar ada seseorang sedang tertiarap di atas lantai sambil memeluk kaki seorang lelaki. Lelaki itu menyedari orang ramai sedang memandangnya lalu dia mula buka langkah, namun Laila masih juga berpaut dikakinya. Tidak tahan dengan perbuatan Laila, John mula memijak tangan dan badan Laila dengan sepenuh hati.
Orang ramai berteriak. Beberapa lelaki yang berdekatan John cepat mencengkam badan John untuk menghentikan perbuatan lelaki itu. Usai sahaja pergerakan John dikunci, Laila lantas menekup muka dengan tudungnya dan cabut lari. Dia harus memastikan identitinya tidak terbongkar. Mujur, hall itu masih malap.
Tanpa menghiraukan kesakitannya yang berdenyut, dia terus berlari ke arah pintu besar yang memisahkan antara hall pertandingan battle of the band itu dengan ruangan main entrance.
"MOVEEEEEE", Jerit John kuat sambil meronta-ronta cuba melepaskan diri.
Lelaki-lelaki berjaket tebal dan bertopi yang berdiri di sekeling kawasan hall itu mula bergerak dengan tangkas usai mendengar jeritan dari John. Sedari tadi mereka memang sudah bersedia menunggu arahan John. Mereka mula menolak penonton-penonton untuk bergerak dengan lebih cepat ke arah Laila yang sudah menghilang di balik pintu besar. Pergerakan Laila sangat pantas mencelah orang ramai. Sekejap sahaja dia hilang dari pandangan lelaki-lelaki berjaket itu.
Tinggal 3 minit lagi.
Dengan pantas, lelaki berparut tadi melompat ke atas Faruq lalu menumbuk Faruq bertubi-tubi. Faruq menahan tumbukan lelaki itu dengan kedua-dua belah tangannya namun dia berasa seperti hilang segala tenaga. Badannya rasa lemah dan seolah-olah pergerakan badannya tidak mampu dikawal akalnya. Pandangannya berasa kabur. Maria pula sudah terduduk kaku di satu sudut.
Tiba-tiba, satu tendangan padu mengena belakang badan lelaki berparut itu lalu dia tersungkur ke lantai dari duduknya di atas Faruq tadi. Ada darah keluar dari mulutnya. Belum sempat lelaki itu bangun, satu tejahan kuat menghingap perutnya. Darah merecik ke lantai berjubin, yang berkilat itu.
Faruq lekas-lekas bangun dan terus memaut lengan Maria. Dalam cahaya yang berbalam ditambah pula pandangan yang kian kabur, Faruq dapat melihat kelibat seseorang sedang menekan badan lelaki berparut yang sudah tertiarap di lantai. Orang itu sedang mengikat tangan lelaki itu dengan seutas tali kasut.
1 minit 30 saat lagi.
Tali kasut Nike direntap sepantas mungkin, sebelah tangannya menekan tengkuk lelaki berparut itu ke lantai manakala lutut pula menekan badan lelaki itu. Lelaki itu mengerang sakit sambil menyumpahnya. Dalam kekalutan itu, Laila menjeling sekeliling dengan ekor mata lalu ternampak kelibat Faruq dan Maria yang kaku berdekatan nya.
YOU ARE READING
Agen Rahsia EL012
General FictionEL012, kod nama seorang agen perempuan muda yang berpengalaman, pakar strategi dan sangat bold. Namun agen rahsia ini sedang bercuti daripada tugasnya di lapangan. Sekarang dia menjalani kehidupan yang sama seperti rakan sebayanya tanpa dia sedar...