BAB 6
Faruq merenung tajam di sebalik kaca pintu itu. Lelaki berparut di balik pintu itu tersenyum menyinga sambil menepuk bahu John agar berhenti menendang pintu.
Perlahan-lahan Faruq buka pintu itu. Dia menapak keluar lalu berdiri di antara dua lelaki bersut hitam itu. Makin lebar sengihan lelaki berparut itu sambil menggerakkan dagu nya memberi isyarat kepada John. John lantas mengintai ke belakang Faruq, berdiri Maria di belakangnya takut.
Satu, dua, Faruq menarik nafas panjang lalu menjerit "NOW!".
Jeritan Faruq bergema di koridor itu diikuti tangannya yang melayang menggempal penumbuk ke muka lelaki berparut itu. Serentak itu juga Maria menundukkan badannya, dan Laila muncul di belakang Maria lalu mencampak gumpalan kain ke arah John dan menendang perut lelaki gempal itu. Sebaik dua lelaki itu jatuh menyembah bumi, mereka bertiga terus berlari menuju ke koridor yang menghala ke bilik menunggu.
Huf,huf,huf.
Nafas mereka turun naik dek berlari. Sayup-sayup dari belakang, mereka dapat mendengar bunyi tapak kaki dua lelaki bersut hitam itu mengejar mereka. Mereka telah berlari melepasi bilik menunggu pabila mereka sedar tiada seorang ahli band pun yang melepak di situ.
Tanpa sedar, mereka hampir tiba di penghujung koridor, semakin hampir dengan tangga menuju ke kawasan penonton battle of the band. Laila menarik tangan Maria sebelum konco-konco lelaki bersut hitam sedar akan kehadiran mereka. Faruq hanya menurut.
"Bagi topi kau Faruq dekat Maria. Maria kau cabut jaket kau tukar dengan aku," ujar Laila dalam tercungap-cungap. Faruq dan Maria menurut sahaja.
"Pusing belakang Faruq", arah Laila sambil menunjukkan bajunya. Walau situasi genting, Laila tetap tidak lupa pada batasnya sebagai seorang muslim. Faruq berpusing lalu memerhati lelaki-lelaki berjaket tebal di bawah. Dia mengira-ngira bilangan mereka sambil merangka idea untuk menyelamatkan Maria.
Ketika Laila dan Maria bertukar kemeja dan jaket, telefon Faruq berbunyi.
"Hello, it's me. Kenari in a good condition,"ujar Faruq.
Kening Laila terangkat.
Apa? Kenari? Bukankah kenari biasanya kod nama untuk...
"8 people standby on the second floor plus another 2 missing. We need 8 minutes from second floor to the main entrance", telefon di matikan.
"Kita kena gerak sekarang," Faruq memandang Laila. Lamunan Laila terhenti, dia lantas mengangguk mengiyakan Faruq.
Mereka mula menuruni tangga sambil berjalan dekat antara satu sama lain. Maria menundukkan kepalanya yang ber'snapback' itu. Tangannya kemas memegang tangan Laila. Langkah diatur bersahaja supaya kelihatan normal.
Mereka berasakan ke hadapan pentas bersama penonton-penonton yang lain. Penonton melimpah ruah memenuhi kawasan itu. Ahli-ahli band pula berada di belakang pentas penuh harapan berharap nama band masing-masing akan dipanggil. Penyampaian hadiah bakal berlangsung sekejap sahaja lagi.
Masa tinggal 5 minit sahaja.
Tiba-tiba, dalam kesesakan itu, seseorang memaut pergelangan tangan Laila. Laila terhenti lalu menoleh. Seraya itu juga tangannya direntap kuat sehingga hampir tersungkur di tengah orang ramai. Orang ramai yang berdekatan mereka mula bising. Suasana hingar bingar di hadapan pentas itu. Maria nyaris tersadung dek kuat berpegangan tangan dengan Laila namun, Faruq sempat menahan Maria daripada jatuh. Kemudian, Faruq terus menarik Maria untuk terus berjalan tanpa menoleh langsung ke arah Laila. Keselamatan Maria harus diutamakan. Jika dia lambat keluar dari situ, bermakna pasukan khas akan menggempur masuk ke dalam blok istana ini.
Baru sahaja Faruq dapat menarik Maria dari kesesakan orang ramai, setelah melepasi pintu besar hall dan semakin hampir ke penghujung main entrance, tiba-tiba..
"Aaargh".
Faruq diterkam dari belakang oleh lelaki berparut tadi lalu tersembam beberapa meter di atas lantai. Maria kaku dan terkedu. Topi di kepalanya sudah pun tercabut dari kepalanya lalu menampakkan rambutnya yang panjang, wajahnya pucat lesi. Dia kaget.
YOU ARE READING
Agen Rahsia EL012
General FictionEL012, kod nama seorang agen perempuan muda yang berpengalaman, pakar strategi dan sangat bold. Namun agen rahsia ini sedang bercuti daripada tugasnya di lapangan. Sekarang dia menjalani kehidupan yang sama seperti rakan sebayanya tanpa dia sedar...