"Laila Amira jangan lupa malam ini.
BATTLE OF THE BAND!!!
We gonna meet you in front of Istana entrance.
And one more thing, JANGAN LAMBAT!"
Laila mencabut suis pengecas telefonnya dan digantikan dengan hair dryer yang baru dibeli hujung minggu lepas. Mujur usai solat Maghrib tadi, dia terfikir untuk memeriksa mesej yang masuk, jika tidak dia mungkin sudah tertidur di atas sejadah menunggu solat isyak.
Laila mengenakan sehelai jean biru terang dan kemeja kotak-kotak lusuh berwarna hijau zamrud dan hitam dipadankan dengan t-shirt putih serta bertudung berwarna hitam tanpa corak. Selesai meletakkan secalit pemerah bibir, dia terus bergerak pantas mencapai kasut air-max nike berwarna putih hitam dari rak. Lalu dia berlari anak ke Blok Istana itu.
"Mana Laila ni? Aku call tak angkat", keluh Fatimah gelisah.
Dia mahu mendapatkan tempat berdiri yang terhampir dengan pentas sebab itu dia meminta semua kawannya datang awal, tetapi nampak gayanya pelan asal bakal terbatal.
Sementara itu, di kawasan parkir sesak dengan kereta dan motorsikal sehingga menyulitkan pejalan kaki seperti Laila untuk ke bangunan itu. Laila berlari-lari anak mendaki tangga ke pintu masuk bangunan. Terlalu ramai orang sedang sama-sama naik tangga dan ada yang berhenti serta berkumpul di satu tempat di atas tangga itu. Selain itu, ada juga yang membawa sepanduk dan kain rentang sebagai sokongan kepada band yang bertanding.
Mata Laila meliar mencari kawan-kawannya. Di satu sudut kelihatan Azim melambai-lambai sambil melaung kepada Laila. Dari jauh Laila sudah dapat melihat wajah Fatimah yang mencuka kerana dia lambat. Laila menarik nafas panjang, bersedia untuk dibebel. Fatimah memang jenis yang menepati masa. Walau lambat seminit pun dia sudah menyinga inikan pula lambat 5 minit.
"Sooooryyyyy, ramai orang kay, Nyaris akak tak kena langgar kereta tadi tau", pujuk Laila sambil mencapai siku tangan Fatimah.
Mereka berdua berjalan berpimpinan kerana Laila masih belum putus semangat memujuk Fatimah. Azim, Fatihah dan Syakilla pula hanya menahan tawa di belakang Laila. Manakala Syukri di sebelah Fatimah menambah-nambahkan lagi marah Fatimah, sengaja mahu mengenakan Laila. Laila menjeling ke arah Syukri sambil cuba menyandung kaki Syukri dari belakang Fatimah.
Tiba-tiba,berdebuk!
Laila terjatuh di hadapan Syakilla dek terlanggar lelaki lampai, berbaju hitam dan ber'snapback' yang berjalan di hadapannya tanpa sedar. Lelaki tersebut sekadar menjeling sekilas kepada Laila kemudian terus laju mencelah ke hadapan seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"Laila, kau okay tak?"Tanya Fatihah sambil menghulurkan tangan.
"Tulah, jalan tengok depan", tambah Syukri pula sambil tersengih.
"Mamat tu blah gitu je weh. Tak gentlemen langsung", Syakilla mendengus perlahan.
Laila bangun lalu menyapu-nyapu tangannya. Dia sekadar senyum simpul menunjukkan dia tidak apa-apa kepada kawan-kawannya. Walau terkilan dek lelaki tadi berlalu begitu sahaja, tetapi dia sedar, dialah yang sebenarnya bersikap cuai. Tetapi yang pasti dia sempat mencuri pandang kepada lelaki tinggi itu.
"Tu bukan ke mamat misteri yang duduk sebelah kau awal sem haritu?" bisik Azim perlahan.
Laila sekadar mengangguk perlahan ke arah Azim. Azim pula masih ralit memerhatikan lelaki tadi yang sekarang sedang berasak-asak ke hadapan pentas. Sebenarnya, sejak insiden Laila tertidur ketika kelas Professor Mariam, Laila telah bertanya kepada beberapa kawan lelaki lain perihal lelaki itu. Namun tidak ada sesiapa yang mengenalinya, malah kelibatnya di kelas juga kadang-kala sahaja muncul. Minggu ini datang, minggu depan hilang. Namun begitu, hal ini hanya disedari Laila dan Azim sahaja.
YOU ARE READING
Agen Rahsia EL012
General FictionEL012, kod nama seorang agen perempuan muda yang berpengalaman, pakar strategi dan sangat bold. Namun agen rahsia ini sedang bercuti daripada tugasnya di lapangan. Sekarang dia menjalani kehidupan yang sama seperti rakan sebayanya tanpa dia sedar...