Bab 1

8.2K 275 1
                                    

Aku tersenyum sendirian melihat ibu yang kelihatan agak ceria pada hari ini.Entah apalah berita gembira yang didengarinya sehingga ibu tersenyum ceria seperti itu sekali.Berkerut dahiku apabila buat pertama kalinya aku mendengar ibu menyanyi-nyanyi kecil sambil menumis masakannya.Hmm,Pelik.Aku kena siasat ni.

"Ibu!!.."sergahku membuatkan bahu ibu sedikit terangkat.

"Hisy,Bella ni tak ada kerja lain ke selain nak buat ibu sakit jantung?.."rengus ibu sebelum meneruskan tugasnya yang tergendala.

"Alaa..Sekali sekala nak bermanja-mana dengan ibu,apa salahnya?..Lagipun Bella ni manalah ada adik beradik lain untuk dibuat teman bergaduh.. Hanya ibu sajalah yang Bella ada untuk gaduh,manja dan macam-macam lagilah.."

"Tak apa..Tak lama lagi Bella ada lah teman.."balas ibu sambil tersengih.

"Teman?..Siapa?.."soalku pelik ketika menuang air teh ke dalam cawan dan meneguk perlahan.

"Bella jangan terkejut,ya?..Ibu dah nak kahwin!!.."ujar ibu sangat teruja.

Fuuhhh!!!.

Tersembur semua air yangmasuk ke dalam mulutku sebentar tadi.

"Apa Bella ni..Cubalah minum tu elok-elok sikit.."tegur ibu ketika aku tergesa-gasa mencapai tisu.

"Betul ke ni,ibu?..Tapi kenapa?.."soalku dengan suara mengendur.Yalah,ibu bukan muda lagi.Kalau dia nak kahwin masa aku kecil lagi tak apalah.Ini aku sudah berumur dua puluh tiga tahun.Apa lagi yang ibu mahu?.Kami berdua tak perlukan seorang lelaki untuk menganggung kami anak beranak.Pelik betul la aku dengan ibu ni.

"Kenapa kamu tanya?..Tak suka?.."soalanku dibalas dengan soalan.

"Bukanlah tak suka..Cuma pelik.. Kalau ibu kahwin selepas beberapa tahun arwah ayah meninggal dunia, tak apalah juga.. Ini selepas sebelas tahun baru ibu nak cari pengganti?..Itu kes luar biasa,bu.."komenku.

"Ahh,ibu tak kira..Kamu nak cakap apa pun.. Dia dah melamar ibu dan ibu setuju.. Tak lama lagi kami berdua akan menikah.."Aduhai,ibu..ibu.. Aku ingatkan cerita dalam novel saja yang macam ni.Rupanya wujud juga dalam dunia realiti.Dan terjadi dalam rumahku sendiri pula tu.

"Hmm..Suka hati ibulah..Asalkan ibu bahagia.."keluhku perlahan.

"Haa..Itulah jawapan yang ibu nak dengar..Bukannya komen yang tidak memberi galakan kepada ibu..Lagipun cuba Bella fikir,ya?..Ibu ni dah tua..Tak lama lagi Bella pun dah nak kahwin.. Kalau Bella kahwin,kesianlah dekat ibu ni.. Tak ada teman.."ujar ibu dengan wajah sayu.Berkerut dahiku mendengar kata-kata ibu itu.
Laa,aku ingatkan orang tua perlukan masa untuk dekatkan diri dengan Yang Maha Esa.Tapi nampaknya kes ibu ni lain macam sikit.Boleh ppula dia nak cai teman di usia yang tak berapa nak muda ni.

"Iyalah,ibu..Buatlah apa yang ibu rasa membahagiakan ibu.."balasku selamba sebelum mencapai pinggan dan mencedok mee goreng yang masih berasap tipis.Hmm,baik aku layan perut aku dari layan cerita 'luar biasa' ibu tu.

"Hoi..Makan tu dah baca doa ke belum?.."tegur ibu sambil menampar tanganku perlahan apabila sudu hampir ku suakan ke mulutku.Aku menghela nafas berat.Ibu ni memang sengaja nak manja cara kasar dengan aku.Bukan ke tadi dia nampak aku tengah tadah tangan depan dia.Haih,inilah nasibnya kalau ibu dan aku rapat seperti seorang teman.Hmm,tadi ibu cakap dia perlukan teman,kan?.Bukankah dia sudah punya teman yang cukup punya cantik dan baik sedang duduk disisi dia ni?.Perlu juga ke seorang suami?.Alahai,ibuku sayang.

"Bakal ayah baru Bella tu kerja sebagai apa?.."soalku berpura-pura bermnat.Wajah ibu serta merta berubah ceria dengan senyuman meleret menghiasi wajahnya.Aduh,mak.Gawat ni.Ibuku sendiri sudah terkena penyakit angau.

"Dia bukan ayahlah,Bella..Panggil dia papa.."ujar ibu teripu malu.Aku terbatuk-batuk kecil.

"Hmm..okay..papa..dia kerja apa?.."soalku sekali lagi.

"Erm..Malu la ibu nak cakap..Nanti kamu tahu sendirilah selepas dah jumpa dia.."

"Jumpa dia?..Bila masa pula Bella ada masa nak jumpa dia?.."soalku pelik.Iyalah,aku ni bukannya selalu sangat duduk dirumah bersama ibu.

"Ibu ingat hujung minggu ni majlis pernikahan ibu nak buat biasa-biasa saja..Nanti masa tu Bella jumpalah dengan dia dan anak-anaknya.."

"What?!..Hujung minggu ni?!.."soalku terkerit kecil.Ibu ni biar betul?!.Ibu mengangguk kecil sambil tersenyum lebar.

"Oh My Gosh,ibu..Bella tak tahu nak komen apa.."

"Tak payah komen..Ucapkan tahniah sajalah.."

"Hmm..Iyalah,bu..Tahniah.."balasku mendatar.

"Okaylah..Bella nak gerak ke tempat kerja dulu..Hujung minggu ni mungkin Bella tak ada semasa majlis nikah ibu tu sebab Bella terpaksa ikut Rose ke Mersing untuk urusakan hal di sana.."

"Hal apa?"soal ibu pelik.

"Err..Hal kami lah.."balasku selamba sebelum segera mencapai beg tanganku dan menyalami ibu.Baik aku 'cabut' dulu sebelum diasak dengan pelbagai soalan dari inspektor tak berbayar tu.

"Hey,kamu tu cuma kerja sebagai guru tadika saja..Kenapa banyak sangat halnya sehingga terpaksa pergi ke Mersing?.."laung ibu ketika aku sedang terkocoh-kocoh menyarung kasut.

"Ohh..Kami ada hal mustahak sangat,ibu..Memang tak dapat dielak..Okaylah,ibu..Bye!!.."balasku sebelum segera berlari-lari anak keluar dari pintu pagar rumah.

Tin..Tinn..

Aku menghela nafas lega.Tepat pada masanya!.Rose sudah memberhentikan keretanya dihadapan pagar rumahku.Syukur!.Aku tak perlu nak menjawab soalan pelik dari ibu.

"Beb..Kenapa kau lambat sangat tadi?.."rengusku sejurus menutup pintu kereta.

"Lambat apanya?..Kau janji pukul lapan pagi,kan?..Ni tengok jam..Lapan tepat.."balas Rose dengan wajat tidak puas hati sambil menunjukkan jam di dashboard keretanya.

"Ahh..Yalah..Yalah..Jalan cepat.."arahku.Malas mahu berbahas dengan budak seorang ni.Nanti akhirnya aku juga yang kalah dalam perbahasan peringkat dalam kereta ni.

"Kenapa aku tengok kau kalut sangat ni,Bella?.."soal Rose pelik.

"Nanti aku ceritakan pada kaulah..Sekarang ni berikan aku sedikit ruang untuk tenangkan fikiran.."balasku acuh tak acuh.Aku dahlah tengah berserabut ni sebabibu tiba-tiba saja nak kahwin.Lainlah kalau dia nak kahwinkan aku,okay juga. Masalahnya dia sendiri yang nak kahwin.Ini sudah kes luar biasa!.

CinderBella (DOML Book 2) (Terbitan KarnaDya July 2018)Where stories live. Discover now