Bab 3

4.9K 233 5
                                    

"Assalamualaikum,cik Dania.."Aku dan Rose melangkah sopan dihadapan cik Dania Eduardo yang sangat garang itu.Sesuailah dengan nama dia yang pelik tu.Tak tahulah dia berasal dari mana.Dia kata dia orang Melayu tapi pelik.Nama dan rupa dia langsung tak nampak kemelayuan dia.

"Walaikumsalam..Hah,kenapa you berdua lambat?..Bukan ke sepatutnya seorang guru harus datang sebelum anak muridnya tiba?.."soal cik Dania sambil memperbetulkan tudungnya yang sememangnya sudah terletak cantik dikepalanya.Kadang-kadang aku malu juga.
Cik Dania yang muka bukan main mat saleh dengan mata kelabunya itu pun pakai tudung.Tapi aku?.Huh,selamba badak je keluar dengan rambut lepas macam ni.Entah bilalah hati aku nak terbuka untuk pakai tudung?.

"Hello,saya tanya ni.."ujar cik Dania menyedarkan aku dari lamunanku.

"Err..Ada problem sikit,cik.."balas Rose dengan senyuman hambar.Aku hanya mengangguk mengiakan kata-kata Rose itu.Cik Dania melihat jam dipergelangan tangannya.

"Lain kali jangan ulangi kesalahan awak ni lagi..Parents bayar kita untuk jaga anak dia, kalau mereka nampak guru-guru disini sendiri tidak mematuhi peraturan,macam mana kita nak didik anak mereka,kan?.."Aku hanya mengangguk perlahan mengiakan kata-kata cik Dania itu.

"Err..Cik Dania bila sampai ke Malaysia?.."soalku ketika kami bertiga berjalan beriringan masuk ke dalam tadika.

"Erm..Baru sampai semalam.. Mama dengan didi saya saja datang nak jenguk-jenguk rumah kami disini.."balas cik Dania selamba.

"Didi?.."soal Rose pelik namun cik Dania hanya tergelak kecil.

"Didi tu sebenarnya kata nama lain bagi daddy.. Waktu kami kecil-kecil dulu, abang saya tak pandai sebut daddy, jadi dia panggil daddy kami sebagai didi.. Selepas kami lahir pun panggilan tu seperti dah terbiasa.. So,melekat sampai sekaranglah panggilan tu.."Aku dan Rose mengangguk-angguk mendengar cerita cik Dania itu.

Sejuk hati aku melihat senyuman manis diwajah cantik itu.Cik Dania ni lawa betul orangnya.Kulitnya tidaklah terlalu putih seperti mat saleh tetapi warna matanya berbeza dengan orang Melayu.Ketinggiannya juga kelihatan seperti seorang model.Kalaulah aku jadi mak dia, memang bangga gila sebab dapat anak cantik dan bijak pandai macam cik Dania ni.

Aku dengar-dengar, keluarganya juga bukan calang-calang orang.Daddynya merupakan seorang yang mempunyai aset yang banyak.Paling tak logik sekali,ada juga yang mengatakan bahawa mereka memiliki sebuah pulau persendirian.Nak tergelak aku dengar.Diorang ni kot ya pun nak menipu,agak-agaklah.Baik sebut istana je terus.Merepek je la.

"Ibubapa cik Dania datang sini lama ke?.."soalku penuh minat.Iyalah,kalau berkesempatan.Nak juga aku tengok sendiri rupa ibubapa gadis muda yang cantik ni.Umurnya baru saja memasuki angka dua puluh lima tetapi sudah berjaya memiliki tadika besar seperti Paradise Kindergarten.

Kalau tengok saja tadika ini dari luar, orang pasti akan fikir bahawa ini adalah sebuah institusi pengajian tinggi atau mungkin sekolah private yang dikhaskan untuk anak-anak orang elit.Tapi kenyataannya yuran disini sangatlah rendah.Kadang-kadang aku pelik dengan cik Dania ni.Kaya sangat ke dia sehingga boleh buka tadika seperti ini tanpa meletakkan bayaran yang tinggi?.

"Mama dan didi saya mungkin akan tinggal disini lama..Mungkin setahun lebih.. maklumlah,mama saya tu memang orang sini.. So,rindulah nak balik tanah airnya sendiri,kan?."Aku mengangguk-angguk. Untungnya mereka. Nak pergi mana-mana pun tak payah risau.

Lagipun, setahu aku cik Dania ni mempunyai lima orang adik beradik.Cik Dania merupakan anak keempat.Adiknya pula masih belajar disebuah universiti tempatan.Pelik,kan?. Kalau akulah jadi dia,lebih baik belajar di luar negara saja. Dah tentu-tentu ibubapa mereka memang mampu untuk tanggung yuran pembelajaran anak mereka. Bak pepatah jauh perjalanan , luas pemandangan.

Tengok aku ni, ikutkan hati memanglah nak sambung belajar lagi.Tapi ekonomi keluargaku hanyalah bergantung pada aku seorang dan ibu yang cuma mengambil tempahan menjahit disebuah butik.Kalau musim raya, memanglah kami agak mewah sikit.Kalau tidak, cukup-cukup makan saja.

Lamunanku terganggu apabila telefon bimbit cik Dania berbunyi.Cik Dania tersenyum lebar apabila melihat skrin telefon bimbitnya.

"Assalamualaikum,abang!..Tenho saudades tuas.. (I miss you so much).."Berkerut dahiku mendengar apa yang dikatakan olehnya itu.Bahasa apa yang dia cakap ni?.Aku langsung tak faham.Wajah binggung Rose disisiku dipandang sekilas.Dia mengangkat bahunya tanda dia juga tidak tahu apa yang dikatakan oleh cik Dania.Aku segera menunjukkan isyarat kepada cik Dania meminta izin untuk masuk ke dalam.Dia hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Apa bendalah yang cik Dania tu cakap,kan?..Sepatah haram aku tak faham.."omelku ketika berjalan beriringan dengan Rose.

"Tulah..yang aku faham cuma 'tuas' saja..Itu pun dalam bahasa Melayu la.. Tapi apa kena mengena tuas dengan abang dia?..Abang dia cikgu Fizik ke? Sebab setahu aku,masa SPM dulu aku pernah belajar pasal tuas semasa dalam kelas Fizik tapi sayangnya masa tu aku tertidur pula dalam kelas.."ujar Rose sambil menggaru kepalanya dengan wajah blurr.Aku tergelak kuat.Kawan siapalah yang ngok ngek sangat ni?

"Dahlah,Rose.. Kau tak payah nak buat lawak pagi-pagi macam ni..Jom,kita pergi sambut budak-budak tu..Kesian aku tengok Sue, terpaksa layan kerenah Herman yang tak habis-habis menangis setiap kali datang tadika.. Padahal dah setahun dia sekolah disini, perangai masih tak berubah langsung.."balasku sebelum menapak kearah Sue yang sedang memujuk Herman yang memeluk kaki ibunya kerana tidak mahu masuk ke dalam tadika.Huh,inilah tugas aku setiap hari.Pujuk anak-anak yang tak nak pergi sekolah.Apalah nasib aku ni?.

CinderBella (DOML Book 2) (Terbitan KarnaDya July 2018)Where stories live. Discover now