Pre Order kini DIBUKA!!

1K 34 7
                                    

PRE ORDER DIBUKA SEKARANG
(Free Postage)

CINDERBELLA - Miss Elle
--Hati bukan untuk dimiliki..Tapi untuk dicinta dan mencintai..--

Blurb~~

  “Bella jangan terkejut, ya? Ibu dah nak kahwin!” Fuhhh! Tersembur semua air yang masuk ke dalam mulut Bella sebentar tadi.
  “Betul ke ni, ibu? Tapi kenapa?” – Hana Abella.
  “Ah! ibu tak kira. Kamu nak cakap apa pun. Dia dah melamar ibu dan ibu setuju. Tak lama lagi kami berdua akan menikah.”

HIDUP Hana Abella berubah seratus lapan puluh darjah apabila ibunya tiba-tiba membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang duda yang mempunyai dua orang anak lelaki.
  “Hei! Lain kali kalau tak tahu tengok lampu isyarat, tak payah bawa kereta. Baik duduk diam dirumah saja.” – Shah Jahan
  “Encik!” Laung Bella.
  “Kau nak apa la..” Belum sempat dia menyambung ayatnya, Bella sudah menghadiahkan penumbuk sulungnya ke wajah kacak lelaki itu. ‘Maaflah, Arjun Rampal. Nasib baik lelaki ni bukan kau. Terpaksalah aku bagi juga hadiah yang aku simpan sejak tadi. Pergh! Dah macam dalam cerita Hindustan pula situasiku kali ini. Cuma bezanya tak ada sound effect saja. Cermin mata hitam lelaki itu terjatuh ke atas jalan raya manakala lelaki itu pula sudah tersandar di kereta idaman aku tu. Sebelum dia cakap macam-macam, lebih baik aku lari’.
  “Lain kali jangan biadab sangat!”- Hana Abella
Siapa sangka tindakan Bella itu ternyata memakan diri apabila lelaki yang ditumbuknya itu ternyata merupakan bakal abang tirinya. Sejak mula lelaki itu datang ke rumahnya, pasti akan berlaku perkara buruk padanya sehingga Bella sendiri menggelarkan dirinya CinderBella apabila sering menjadi mangsa si abang tiri yang dengki itu. Bagi Bella, dia bencikan Shah tetapi semakin hari perangai si abang tiri mula berubah.
  “Jujur aku katakan.. Aku berubah sebab kau, Bella. Kau dah berjaya buat aku rasa sesuatu yang tak pernah aku rasai setelah sekian lama.” – Shah Jahan
  “Apa dia? Penumbuk?” – Hana Abella
  “Kau dah buat aku sedar bahawa kita tak boleh menafikan perasaan kita walau macam mana cara sekalipun.” - Shah Jahan.
  “Apa maksud aw..”Belum sempat Bella bertanya lebih lanjut, Shah sudah bangun dan menapak pergi meninggalkan gadis itu sendirian dalam keadaan terpinga-pinga. ‘Apa maksud dia sebenarnya? Dia kata aku adalah orang yang merubah dia? Takkanlah disebabkan penumbuk yang aku bagi pada dia tu menyebabkan tekanan emosi untuk dia kot. Bella memandang buku limaku sebelum menggelengkan kepala laju. ‘Bella,nampaknya lain kali kau harus berhati-hati kalau nak tumbuk orang. Nanti tak pasal-pasal makin ramai pula orang pelik macam Shah tu dalam hidup kau. Hisy.. Nauzubillah!’

 Nauzubillah!’

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CinderBella (DOML Book 2) (Terbitan KarnaDya July 2018)Where stories live. Discover now