Bab 9

4.4K 226 12
                                    

"Beb..ni tadi abang Naz kau bagi.. Dia kata simpan nombor dia ni.. Kalau nak balik sekejap lagi, beritahu dia.."ujar Rose seraya menghulurkan sekeping kertas kepadaku.Wajah Rose ku pandang lama.Aku rasa aku tak ada suruh dia pergi minta nombor abang Naz pun tadi.Dan macam mana dia tahu nama abang tiri aku tu Naz?.Hmm,something smell fishy.

"Kau cuba nak mengurat abang tiri aku,ya?.."soalku terus terang.Serta merta Rose membulatkan matanya sebelum menggeleng laju.

"Mana ada.."

"Iya ke ni?.."soalku sambil cuba merenung tepat ke anak matanya.

"Eh,cepatlah sikit.. Budak-budak tu semua dah tidur, kau nak balik pukul berapa ni?.. Lagipun abang Naz tadi cakap lagi setengah jam abang Shah kau nak balik.. Kalau kita tak gerak sekarang,nanti terserempak dengan dia pula.."Aku segera mengangguk dan berlari anak ke arah bilik air berdekatan dengan ruangan kanak-kanak ini. Selendang yang dililit atas kepalaku segera ku labuhkan sedikit dan menutupi separuh wajahku. Hmm,kalau macam ni abang Shah tak akan perasan kot.

Tapi macam tak berapa nak selamat saja. Ah,kalau terbuka pun. Kau pandai-pandailah pegang pakai tangan,apa susah?. Telefon bimbitku segera dikeluarkan dan aku pantas mendail nombor yang diberikan oleh Rose sebentar tadi.

"Hello.."kedengaran suara garau dihujung talian.

"Abang Naz.. Bella ni.. Nak balik sekarang,tolong cover kan.."

"Okay,Bella.. Bella keluar saja.. Dah tutup muka,kan?.."

"Dah.."

"Good girl.. Now keluar je.. Abang Shah tengah sibuk berborak dengan kawan dia ni.."

"Okay,abang Naz.. You're the best!.. Bye!.."ucapku sebelum segera mematikan talian.Terhendap-hendap aku membuka pintu bilik air dan keluar.Tiba-tiba aku terpijak kain jubahku yang meleret sehingga aku hampir nak terjatuh.

"Arrgghh!.."Aku terjerit kecil sambil memejamkan mataku.Habislah aku tergolek depan bilik air ni.

"Miss.. Are you alright?.."kedengaran suara garau begitu dekat denganku.Perlahan-lahan aku membuka mataku.Aku jadi terpaku melihat wajah dihadapanku ketika ini.Cahaya lampu kuning dibelakangnya membuatkan dia seakan-akan memancarkan aura daya tarikannya. Is that the prince?!. Inikah puteranya?!. Oh My Gosh!. Ibu,Bella nak kahwin sekarang dengan putera yang selamatkan Bella ni. Please...Please..Please.. Ibu, mata dia warna kelabu!. Bella dah jatuh cinta dengan mata tu!.

"Miss.."Aku tersentak dari lamunanku sebelum berusaha untuk berdiri tegak. Si putera idamanku itu pun melepaskan rangkulannya dipinggangku. Alah,kenapa lepaskan?. Peluk je la lama-lama.Bella sukalah,encik prince. Astaghfirullahalazim.. Istighfar,Bella!

"Terima kasih.. Err.. Encik.."

"Darius.. My name is Darius Eduardo.."dia menghulurkan tangannya. Teragak-agak aku menyambut. Gulp.Jadi memang sah ini adalah anak auntie Rasya yang sulung tu. Oh My.. Putera kayangan rupanya anak dia ni. Mungkin disebabkan ayah dia bekas Romeo jadi anak dia pun mewarisi darah Romeo tu. Haih,kau ni banyak sangat baca cerita dongeng lah Bella.

"Saya.."Belum sempat aku memperkenalkan namaku,kelihatan abang Naz sudah memberikan isyarat kepadaku untuk cepat beredar.

"Sorry.. I have to go.."ujarku sebelum segera menarik tanganku dari pegangannya.Ketika itu butang dibahagian lengan bajuku tersangkut pula dengan bajunya. Alamak!. Baju,aku tahu kau memang nak aku bersama putera raja ni. Tapi aku tak boleh. Sebab si abang Jahanam aku tu nanti bawa aku balik rumah papa dia. Nak tak nak terpaksa juga aku merentap tanganku sehingga butang bajuku terputus. Oh My Gosh!. Nak nangis rasanya. Mahal kot jubah ni. Tak pasal-pasal aku terpaksa putuskan butang yang menghiasi lengan baju ini.

"Cik.. Butang baju cik.."panggil Darius seraya mengejarku tetapi aku menggelengkan kepalaku kearahnya sebelum berlari anak keluar dari ruangan itu. Aku menoleh ke belakang. Alamak!.Dia masih kejar aku la pula.Maafkan saya encik putera Romeo.Saya terpaksa pergi tanpa berkenalan dengan awak.Tapi awak jangan risau.Saya akan pastikan lain kali kita berkenalan dengan cara yang lebih sempurna,ya?.Bye,I love you!.Haha.. Merepek lah kau ni Bella.

****************************

"Aku tengok kau dari tadi tersengih-sengih sambil pegang lengan baju kau tu, kenapa?.."soal Rose menyedarkan aku dari lamunan indahku sebentar tadi.

"Tak ada.. Butang baju aku dah putus.."jawabku dengan lenggok seperti sedang menyanyi saja.

"Kau dah gila,eh?.. Butang baju kau putus pun kau boleh nyanyi-nyanyi macam tu.. Ingat murah ke baju tu?.."

"Tak apa.. Nanti kalau aku dah kahwin dengan dia.. Seribu helai baju macam ni pun aku boleh beli.."ujarku sambil menghela nafas panjang.Bibirku mengukir senyuman lebar.Oh,ibu.Sesungguhnya Bella dah jatuh cinta dengan dia.

"Kau merepek apa ni?.."soal Rose pelik.

"Kalaulah aku ada kuasa.. Aku nak hentikan masa tadi dan terus berada dalam dakapan cintamu.. Ohhh.. Prince charming.. Aku sudah jatuh cinta.."ujarku sambil mendepakan tanganku dengan mata yang terpejam membayangkan kembali kejadian yang berlaku tadi.

Pappp..

"Auch!.. Sakitlah mak nenek.."rengusku sebelum mengusap lenganku.

"Aku ni tengah drive.. Kau depakan tangan kau macam tu, nak kita mati sama-sama ke?.. Kau nak prince charming kau tu datang majlis pengebumian kau?.."soal Rose kegeraman. Aku lantas menggelengkan kepalaku. Nauzubillah. Minta jauh. Kalau dia datang untuk melamar aku,tak apalah juga. Manalah tahu dia nak datang rumah semua gadis-gadis dalam desa untuk mencari siapakah pemilik butang baju yang putus tadi. Alangkah indahnya hidup. Tapi.. Bukankah rumah dia di Damansara. Aku pula tinggal di Bangi. Jauh tu. Takkanlah putera aku tu sanggup nak cari aku sampai ke Bangi?. Hmm,lepas ni pun aku dah nak pindah. Rumah lama aku tu bakal jadi rumah persinggahan saja. Berat pula hatiku ingin meninggalkan rumah peninggalan arwah ayah tu. Tak apalah,Bella. Hidup harus diteruskan.

"Tadi bukan main happy lagi.. Sekarang ni monyok pula.."tegur Rose yang sedang memandu. Aku mengeluh perlahan sebelum menggelengkan kepalaku.

"Baru tersedar dari angan-angan.."balasku lemah sebelum merenung ke luar tingkap. Tak mungkinlah aku dapat bersama dengan lelaki sehebat Darius. Dia bagaikan langit. Aku pula bagaikan kerak bumi saja. Sangat jauh berbeza.Dia tak akan pandang aku. Bahkan aku juga mungkin akan dilupakan olehnya. Sedarlah Bella,dalam hidup tak semuanya dapat kita capai.

Kadang-kadang impian itu hanyalah hadir sebagai penghibur kita dikala hidup kita kesepian dan tidak punya apa-apa yang bermakna. Teruslah berimpian kerana impian bakal menjadi pembakar semangat kita untuk teruskan hidup walaupun pelbagai dugaan melanda. Ingat ayat cinderella. 'Be kind and have courage'. Life have to go on..

CinderBella (DOML Book 2) (Terbitan KarnaDya July 2018)Where stories live. Discover now