Bab 6

4.1K 209 3
                                    

"Bella..malam esok jangan lupa pakai tudung,ya?.. Sebab mama dan didi saya ada buat kenduri doa selamat sikit.."pesan cik Dania ketika aku hendak pulang.Pergh..Walaupun kata-kata itu sekadar untuk mengingatkan aku saja tapi entah kenapa aku rasa macam nak sentap pula.

"Baiklah cik Dania.."balasku sebelum menapak ke arah kereta Rose.

"Apa cik Dania cakap pada kau,beb?.."soal Rose pelik.

"Dia pesan suruh aku pakai tudung sebab ada doa selamat.."Ketika itu kedengaran suara tawa Rose.

"Aku tau..Kau sentap,kan?.."ujarnya seakan-akan tahu apa yang aku rasa ketika ini.

"Memanglah.. Cuba cakap saja yang malam esok ada doa selamat.. Tahulah aku nak pakai apa.. Tak payahlah nak detail sangat.."gumamku.

"Alah.. Biasalah tu.. Mat saleh kan selalunya terus terang.. Mana ada macam kita ni, nak berbasa-basi dulu sebelum cakap.."

"Hmm..Ye la.."balasku mendatar.

"Jom teman aku pergi Bangi Sentral?.."ajak Rose.

"Nak buat apa?.."soalku pelik.

"Shoppinglah.. Apa lagi?.. Kat sana tu banyak butik muslimah tau.. Mana tahu kau boleh beli kat situ.."

"Hmm..Ye la..Aku follow je..Tapi tak nak yang mahal-mahal sangat,ya?..Aku ni tak biasalah.. Lagipun kita kan pergi sana cuma untuk jadi nanny saja.. Bukannya jadi tetamu mereka pun.."

"Okay,kawan.."balas Rose sebelum dia memulakan pemanduannya.

**************************

Aku melihat wajahku dicermin meja solek.Hmm,cantik juga kalau aku bertudung macam ni.Sekali imbas nampak macam Maya Karin pun ya juga.Eh,jangan perasan sangatlah Bella oi.Sedari diri kau tu sikit.Ketika itu kedengaran bunyi telefon bimbitku berbunyi.

"Eh,ibu..Kenapa ibu call?..Bukankah ibu nak menikah hari ni?.."soalku pelik.Setahu aku ibu dah keluar sejak awal pagi lagi.

"Alhamdulillah.. Ibu dah selamat jadi isteri papa pun.."Erk,kalau ibu dah jadi isteri kepada bapak jembalang tu.Maksudnya aku pun dah sah jadi adik tiri dia la,kan?.Oh,tidak!!.Bermulalah kekelaman hidup aku selepas ni.Sudahlah tak dapat tidur dengan ibu lagi.Kini ketenteramanku dirumah juga bakal terganggu.

"Malam ni kamu balik,kan?.."soal ibu.

"Err..Tak pasti lagi,ibu.. Kenapa?.."

"Tak adalah.. Ibu nak pesan,kalau kamu balik.. Datang ke rumah papa terus.. Ibu dah bawakan sedikit barang-barang kamu.. Yang selebihnya tu lain kali pun boleh ambil.."

"Hmm.. Iyalah,ibu.. Selamat pengantin baru,ya?.."ucapku dengan tawar hati.

"Terima kasih..Tak nak minta ibu adik ke?.."Oh My Gosh!.Tak mungkinlah aku nak minta adik dari ibu.Buang tabiat ke apa?.

"Ibu ni!!..Bella dah dua puluh tiga tahun tau.. Takkanlah nak dapat adik lagi.. Ikutkan umur Bella ni sepatutnya dah dukung anak sendiri je.."rengusku kegeraman.Geli geleman aku jadinya bila memikirkan jika ibu mengandung lagi.Memang aku tak nak balik rumah papa kalau ibu mengandung.Huh!.Buat malu saja.

"Ibu gurau sajalah,Bella.. Tapikan.. Ibu peliklah.."

"Pelik, kenapa?.."

"Tadi masa pernikahan ibu.. Tak ada seorang pun anak kami yang ada.. Kamu,abang Shah dan abang Naz pun tak ada.."

"Abang Naz?.."soalku pelik.Hari tu setahu aku papa Cuma ada 'abang Shah' saja.Siapa pula abang Naz?.

"Abang Naz tu adik kepada abang Shah kamu.. Nama dia Shahnaz Akbar Khan.. Beza umur dia dengan kamu cuma setahun kalau tak silap ibu.."

"Mak ai,ibu.. Ini memang suami pakistan mari ke apa?.."soalku mengundang tawa ibu.

"Dah jodoh,Bella.. Ku pinang kau dengan bismillah la jadinya..."Aku tergelak kecil.Ibu ni ada-ada je la.Ketika itu kedengaran bunyi hon di luar rumah.

"Okaylah,ibu..Bella dah nak gerak ni.."

"Okay.. Hati-hati dijalan raya.."balas ibu sebelum mematikan talian.Aku segera bergegas keluar apabila hon ditekan berkali-kali oleh Rose.Tahulah aku bahawa kami sudah terlewat.

******************************

"Beb.. Kau pasti ke ini rumahnya?.."soalku sambil melihat alamat dan rumah dihadapan kami silih berganti.

"Betul la tu.. Itulah villa Eduardo.. Aku ikut seratus peratus jalan yang dalam Waze ni.."

"Serius?.."soalku tidak percaya.Biar betul cik Dania tu tinggal disini.Bapak besar rumah dia!.

"Ini bukan rumah ni,beb.. Dah macam istana pula aku tengok.."

"Betul la tu..Aku dah kata pada kau,cik Dania tu memang kaya tahap gaban weh.."

"Setahu aku tanah dekat Damansara Country Heights ni memang cecah juta-juta tau.."

"Aku tahu.."balas Rose.Dia juga terpegun sepertiku apabila melihat sebuah rumah agam besar yang berdiri megah dihadapan kami.

"Perghh.. Ni kalau nak bersihkan rumah, mahu kena ada tujuh atau sepuluh orang pembantu rumah ni.."

"Tau tak apa.."balas Rose.Ketika itu kelihatan cik Dania melambai-lambai kearah kereta kami dari pintu pagar utamanya yang boleh diibaratkan seperti pagar istana saja.

"Cik Dania.. Kami nak letak kereta di mana,ya?.."soalku apabila cik Dania sudah berdiri disisi kereta.

"Tak apa.. Korang ikut saja saya.. Nanti pembantu saya ni akan parking kereta korang.."ujar cik Dania seraya menunjuk kearah seorang lelaki yang beruniform.Nampak gaya lelaki itu seperti pekerja di hotel saja.Sangat kemas.Dengan perasaan kekok,aku dan Rose mengekori langkah cik Dania memasuki rumah agam bak istana itu.Fuh,gerun juga aku bila masuk rumah besar-besar macam ni.Kalau akulah,memang tidak pernah terbayang pun nak beli rumah sebesar ini.Aku rasa rumah tinggalan arwah ayahku hanyalah sebesar pondok pengawal mereka saja.Hmm,kalau rumah ini sebesar istana.Agak-agak ada tak putera raja yang sedang mencari bakal isteri?.Ceh,mula la tu nak berangan jadi cinderella.Apalah kau ni Bella.Berangan sajalah!.






CinderBella (DOML Book 2) (Terbitan KarnaDya July 2018)Where stories live. Discover now