"Rose..Bella..Korang berdua sibuk tak hujung minggu ni?.."soal cik Dania ketika kami baru saja hendak memasuki perut kereta.Rose dan aku saling berpandangan sebelum kami menggelengkan kepala.
"Alhamdulillah..Baguslah kalau macam tu..Boleh tak kalau korang berdua tolong saya?.."soal cik Dania.
"Tolong apa,cik?.."soalku pelik.
"Sebenarnya mama dan didi saya nak sambut hari jadi abang dan kakak saya yang kembar tu, sabtu ni..Tapi anak-anak mereka tak ada siapa pula yang nak tolong tengok-tengokkan.. Maklumlah, anak saudara saya tu lasak sikit..Boleh tak kalau korang jadi nanny mereka sabtu ni sementara majlis berjalan?..Don't worry, saya bagi upah lebih untuk duit minyak.. Penginapan, jangan risau.. Saya uruskan juga..You berdua sediakan badan saja.."ujar cik Dania bersungguh-sungguh.
Aku tersenyum lebar mendengar tawarannya itu.Bagus juga kalau aku ikut cik Dania.Tak adalah aku nak tanggung dosa sebab dah menipu pada ibu mengenai ketidakhadiranku semasa majlis pernikahan ibu.
"Boleh..Boleh sangat,cik Dania.. Nanti cik whatsapp saja pada saya tentang tempat dan waktu.. Insyallah saya suruh driver saya ni bawa saya ke sana.."ujarku seraya menunjuk kearah Rose yang tercengang.Cik Dania hanya tergelak.
"Korang berdua ni comel la.. Okaylah,terima kasih ya sebab sudi bantu saya.."ucap cik Dania sambil tersenyum.Aku mengangguk kepadanya.
"Okaylah,kami balik dulu ya cik Dania..Bye!..Assalamualaikum.."ucapku seraya melambai kearahnya.Cik Dania turut membalas lambaianku.Kadang-kadang cik Dania ni memanglah tegas tapi sebenarnya dia baik.Dan aku sayang cik Dania sebagai bos aku.Kadang-kadang dia sudah ku anggap seperti seorang kakak.Lagipun umur dia memang lebih tua dua tahun dari aku pun.
Aduhai,beruntungnya kalau dia jadi kakak aku.Sudahlah baik,cantik dan berbudi bahasa pula tu.Kalaulah aku ni lelaki, sudah lama aku mengurat cik Dania tu.
******************************
"Assalamualaikum!!..Ibu,Bella dah balik!!.."Laungku dari luar rumah.Hmm,pelik.Kenapa banyak kasut dekat sini?.
"Bella dah balik,sayang?.."ujar ibu lembut.Berkerut dahiku apabila mendengar ibu menggelarkan aku dengan panggilan 'sayang'.Tanganku serta merta mendarat didahi ibu.
"Nak kata demam, tak ada pula.."komenku selamba.Ibu merengus kecil sebelum menepis tanganku.Membulat mataku apabila ibu menarik tubuhku merapatinya.
"Kamu jangan buat hal,ya?..Bakal suami ibu dan anak dia ada didalam tu.."bisik ibu memberi amaran.Aku tersenyum kelat.
"Dekat dalam tu?.."soalku sambil menunjuk ke dalam rumahku.Ibu mengangguk laju.
"Kenapa diorang datang?.."soalku tidak senang.
"Laa..Sebab ibu jemputlah.. Saja nak buat makan-makan sikit.. Lagipun, sabtu ni kan kamu tak ada.. Jadi ibu jemputlah papa kamu tu datang supaya boleh berkenalan.."Erk,papa?.Oh My Goat!.Haha.. Rasa macam nak bertukar jadi kambing je sekarang ni.Geli kot nak panggil dia papa.Euww..
"Eh,jomlah sayang masuk.. Kita jumpa papa dan abang Shah.."ujar ibu sambil memeluk bahuku masuk ke dalam rumah.Pulak dah.Abang Shah mana pulak ni?.Tadi dia suruh aku panggil bakal suami dia 'papa', sekarang ni ada abang Shah pula?..Pening kepala aku ni.
Mataku membulat apabila tengok jembalang depan aku ni.
"Kau?!.."
"Awak?!.."jerit kami serentak.Berkerut dahi ibu memandang aku dan 'abang Shah' dia tu terjerit kecil apabila melihat satu sama lain.
"Shah kenal dengan anak ibu ke?.."soal lelaki yang dapat ku agak bakal 'papa' aku tu.
"Huh,apa tak kenalnya papa..Siang tadi dialah.."Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya,aku segera memotong.
"Papa..Apa khabar?..Teringin sangat nak jumpa papa.. Tak sangka rupanya ibu memilih seorang bakal suami yang segak macam ni.."Ayah kepada si jembalang itu hanya tersengih mendengar pujianku.Ibu turut tersenyum lebar.Sukalah tu sebab aku terima bakal 'papa' tiri aku tu.Huh,menyampah!.Ingat ya ibu.Bella terima bakal suami ibu sekarang, nanti kalau Bella nak kahwin.Ibu jangan nak cerewet sangat.Terima saja sesiapa yang Bella bawa jumpa ibu.Huh,geramnya!!.
"Bella pun apa kurangnya.. Papa tak sangka rupanya bakal isteri papa ni ada seorang anak perempuan yang comel macam Bella ni.."Fuh,boleh tahan orang tua ni ya?.Menanam tebu tepi bibir betul.
"Biasalah tu,bang.. Tengoklah siapa ibunya.."sampuk ibu.Ah,sudah.Baik aku blah sekarang sebelum muntah darah sebab tengok perangai ibu yang 'luar biasa' manjanya tu.
"Bella minta diri ke dapur dulu,ya papa.. Ibu..Dan..Err.. Abang.."sengaja aku menekankan perkataan abang itu agar kedengaran sarkastik.Si jembalang itu kelihatan merengus kecil sambil berpeluk tubuh.Eleh,tak suka konon.Ingat sikit ya?.Tak lama lagi aku ni bakal jadi adik kau.Sila beri contoh yang baik sebagai seorang abang.Bukan sebagai bangang.Haha.. Jahat kau Bella!.
YOU ARE READING
CinderBella (DOML Book 2) (Terbitan KarnaDya July 2018)
Romance**Enjoy + komen & vote** DOML (part 2)