Aku mengeluh perlahan sambil berdiri dihadapan pagar rumah.Mana pula si Jahanam ni?.Janji nak datang ambil aku awal sikit.Sekarang ni dah dekat setengah jam aku tunggu disini dia masih juga tak sampai-sampai.Tak lama kemudian kedengaran deruman kereta dari hujung jalan.Tak sampai beberapa minit kemudian kereta berwarna merah itu diberhentikan hadapanku.Nak marah pun terus tak jadi.Maklumlah,akhirnya impian jadi kenyataan.Aku bakal menaiki kereta itu juga akhirnya.
"Woi.. Yang kau tercegat kat situ,kenapa?.. Cepatlah masuk!.. Aku dah lambat ni.."laungnya dari dalam kereta.Aku mengangguk sebelum tergesa-gesa membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta idamanku itu.Belum sempat aku memakai tali pinggang keledar,aku sudah terdorong ke hadapan kerana kereta ini dipandu dengan terlalu laju.
"Awak nak bunuh kita berdua,ke?!.."Aku sudah terjerit kecil melihat dia yang
memandu seperti monyet dapat kereta. Erk,ada ke istilah tu?. Ah,ada aku kesah?."Aku tak ada masa nak bertekak dengan kau.. Sekarang ni kau kena ikut aku pergi satu tempat.."Berkerut dahiku mendengar kata-kata abang tiri aku yang sengal tu.
"Ke mana?.."soalku pelik.
"Paradise Hospital.."jawab Shah acuh tak acuh.Wajahnya kelihatan serius saja.Dan pemanduannya,tak payah cakaplah.Kalau lumba dengan harimau pun rasanya harimau pun kalah.
********************************
"Kau tunggu sini sementara aku selesaikan tugas aku.."pesan Shah sebelum dia berlari-lari anak memasuki ruangan kecemasan. Huh,dia tengah on call la tu. Dah tahu dia sibuk,tak payahlah nak baik hati sangat tawarkan diri untuk ambil aku dirumah. Tak pasal-pasal aku terpaksa tercongok diruangan menunggu unit kecemasan ni.
Aku memandang ke kiriku dan kananku.Rata-rata para doktor dan jururawat berlari-lari untuk merawat pesakit masing-masing. Aku hanya memandang mereka dengan pandangan kosong.
Sebab itulah aku tak nak kerja sebagai jururawat di hospital. Penat kot. Itu belum masuk masa bekerja lagi. Kalau dapat shif malam. Huh,terpaksa korbankan masa tidur demi menjaga kesejahteraan para pesakit disini. Tak lama kemudian,kedengaran bunyi siren ambulans diluar unit kecemasan ini. Keadaan jadi huru hara seketika apabila keluarga pesakit mula menangis dan merayu-rayu pada doktor untuk menyelamatkan ahli keluarga mereka yang tidak menyedarkan diri itu. Peliklah aku dengan diorang ni. Dah nama pun doktor dan jururawat.
Mana mungkin mereka kerja sambil lewa saja. Tak payah cakap pun, kami dah tahu tugas kami. Aku pernah praktikal di hospital dulu.Aku tahu apakah yang dirasai oleh jururawat dan doktor apabila keluarga pesakit tidak memberi kerjasama begitu. Bukan nak bersikap zalim,tapi jujur aku katakan. Kadang-kadang aku tak salahkan jururawat jika mereka ter 'kurang ajar' dengan keluarga pesakit. Mereka juga manusia dan ada rasa penat. Cuba bayangkan,sepanjang dua puluh empat jam bekerja dan tiba-tiba keluarga pesakit tak memberi kerjasama,kalau aku pun rasa macam nak terkam saja mereka.
"Bring that patient to the operation theater now!.."Aku menoleh kearah seorang doktor yang sedang bertugas disatu sudut. Oh My.. Aku menggosok mataku berkali-kali dan figura itu tetap juga berada disitu. Dengan wajah serius dia memberi arahan kepada jururawat dan beberapa orang doktor disitu. Gayanya seperti seorang bos saja. Tapi.. Bukankah dia memang bos disini?.
"Doktor Darius.. Sini sekejap, ada satu pesakit perlukan doktor.."Dari kejauhan aku hanya memerhati saja putera Romeoku sedang bertugas dengan tekun. Tanpa aku sedari bibirku mengukir senyuman. Oh,mulianya tugas dia. Selamatkan nyawa orang,sama seperti hari tu. Dia selamatkan aku dari tergolek depan tandas.
"Cik.."Lamunanku tersentak apabila ditegur oleh seseorang.
"Ya saya?.."soalku kepadanya.
"Cik ahli keluarga pesakit ke?.."Aku menggeleng perlahan.
"Kalau tidak,cik tak boleh menunggu disini,cik.."ujar petugas tersebut.
"Tapi doktor Shah suruh saya tunggu dia disini.."
"Ohh.. Bos suruh cik tunggu sini,ya?.. Tak apalah.. Apa kata cik ikut saya ke ruangannya.."
"Bos?.."
"Ya.. Cik maksudkan Doktor Shah Jahan,kan?.."Aku mengangguk perlahan.
"Dia bos kecil kami.. Kalau bos besar pula.."kata-kata petugas tadi terhenti seketika lalu dia melihat sekeliling sebelum dia menunjuk kearah suatu sudut.
"Yang muka macam mat saleh tu nama dia Doktor Darius.. Dia bos besar kami.. Kalau dia tak ada, saya tak kisah nak biar cik tunggu disini.. Tapi masalahnya hari ini dia turun padang pula..
Saya kena patuh dengan arahan kalau tak nak dapat susah.."sambungnya.Aku tersenyum sebelum bangun dari dudukku."Mari saya tunjuk cik jalan ke ruangan Doktor Shah."ujar gadis tersebut sebelum membawaku menyusuri laluan keluar dari unit kecemasan itu.Ah,entah kenapa rasa macam nak merayu saja pada abang Shah supaya membenarkan aku bekerja disini. Erk,abang?.
Mestilah. Sebab aku perlukan dia untuk rapat dengan putera Romeo aku tu. Maklumlah,kalau abang Shah tu bos kecil. Maksudnya dia mestilah rapat dengan bos besar,betul tak?.Haha.. Kecil atau besar itu tak penting. Yang penting sekarang, cinderella mesti ada cara untuk menarik perhatian si putera mahkota idaman kalbu.
YOU ARE READING
CinderBella (DOML Book 2) (Terbitan KarnaDya July 2018)
Romance**Enjoy + komen & vote** DOML (part 2)