Bab 7

3.9K 231 7
                                    

"Beb.. Tengok tu!..Oh My Gosh!!.. Handsome gila si mamat ala-ala Varun tu.."ujar Rose teruja ketika kami memasuki perkarangan rumah.Kelihatan beberapa orang tetamu sudah mula memenuhi rumah agam yang mewah itu.

"Varun?.."soalku pelik.

"Iyalah.. Yang berlakon cerita Dilwale tu.."

"Hisy.. Serabut otak aku.. Sekejap Varun, sekejap Dilwale.. Yang mana satu ni?.."soalku pelik.Ketika itu Rose menolak kepalaku agar memandang kearah gerangan yang dimaksudkannya.Membulat mata aku.

"Eh,iyalah..Veer!!.."Aku juga jadi teruja apabila melihat salah seorang tetamu disitu yang mempunyai wajah seakan-akan pelakon cerita yang meletop di Malaysia ketika ini.

"Jangan nak merepek la.. Entah mamat pakistan mana yang kau kata Veer tu.. Dah,jom masuk.. Jangan nak merepek dan merapu lagi.."ujar Rose sebelum menarik tanganku.Berkerut dahiku melihat perubahannya itu.

"Bukan tadi kau sendiri ke yang kata mamat tu muka dia sama macam Varun?.."soalku pelik.

"Memang pun.."

"Dah kau tarik tangan aku ni kenapa?..Aku tak puas lagi tengok muka mamat tadi tu.."

"Sebab cik Dania tadi dah bagi jelingan maut pada aku bila kita berdua tak ikut dia.."balas Rose seakan-akan berbisik.Aku segera memandang ke hadapan.Yalah.Lupa pula aku pada tuan rumah ni.Suka hati aku saja nak teruja lebih-lebih.Ingat sikit Bella,jangan nak berangan lebih sangat.

****************************

"Tiara.."ketika kami memasuki bilik yang dihias seperti kedai permainan kanak-kanak,cik Dania memanggil seorang kanak-kanak perempuan yang berambut panjang.

"Yes,mama Nia.."

"Ni mama Nia nak kenalkan Ara dengan auntie Bella dan auntie Rose.. Diorang akan teman Ara,Ferhad,Kayla dan baby Mikhaila main.. Ingat tau,jangan nakal-nakal.. Tok didi and tok mama ada buat kenduri doa selamat malam ni.. So,please behave,okay sayang?.."pesan cik Dania kepada anak saudaranya.

"Okay,mama Nia.." balas si kecil itu.

"Rose,Bella.. Saya keluar dulu ya?.. Nanti sekejap lagi saya datang semula untuk jenguk-jenguk kalian disini.. Nak ambil makanan untuk makan disini pun boleh.."Aku dan Rose mengangguk sambil tersenyum kepada cik Dania yang anggun berjubah hitam dan memakai selendang sutera yang dililit dengan gaya fesyen terkini.

"Hello.. My name is Tiara Carmila binti Arman Rodriguez.. And this is my baby brother,Mikhaila Rodriguez.."Terangkat keningku mendengar nama si kecil itu.Mak datok!.Terbelit lidah aku nak menyebutnya.

"Auntie panggil Tiara boleh,sayang?.."soalku sambil mengusap kepala si kecil itu.

"Boleh.. Adik baby Ara pun auntie boleh panggil Mikha saja.."Aku tersenyum kepada si kecil yang peramah itu.

"Ara datang sini dengan ibubapa Ara ke?.."soalku pelik.

"Taklah.. Ara datang sini dengan Tok Ezra dan Nek Sofy sebab mumy dan dady Ara datang lambat sikit.."balas si kecil itu selamba.Huh,aku tak kenal seorang pun yang dikatakannya itu.

"Yang dua orang ni pula anak siapa?.."soalku cuba memancing perbualan dengan si kecil itu.

"Ohh.. Itu anak papa Darian.. Kembar mumy Ara.."Aku hanya mengangguk-angguk.Fuh,pening juga aku bila mendengar cerita mengenai salahsilah keluarga cik Dania ni.Boleh pening lalat jadinya.

"Assalamualaikum.."Ketika itu kedengaran suara seorang perempuan memberi salam membuatkan aku dan Rose menoleh.

"Ehh..tok mama!!.."empat orang kanak-kanak itu segera mendekati wanita yang hampir separuh abad tetapi masih kelihatan anggun dimataku.

"Ni pekerja Dania,ke?.."soal wanita itu.

"Ya,puan.. Saya Bella dan ini kawan saya Rose.."balasku sambil tersenyum sebelum kami menyalaminya dengan penuh hormat.

"Tak payah panggil puan.. Panggil auntie Rasya saja.."

"Ohh.. Auntie Rasya ni mak kepada cik Dania ke?.."

"Ya saya.. Ni semua ni cucu saya lah ni.."balas wanita itu dengan senyuman yang masih terhias dibibir.

"Ohh..Alhamdulillah.. Ramai cucu auntie.."komenku.

"Hmm.. Alhamdulillah,Bella.. Rezeki.. Tapi cuma satu je masalah auntie.."

"Apa dia?.."soalku pelik.

"Ni semua cucu dari anak ke dua dan ketiga auntie.. Anak sulung tu tak kahwin-kahwin sampai sekarang.. Auntie pun pening memikirkan dia tu.. Didi dia dah banyak kali nasihat tapi biasalah orang muda ni.. Nasihat mak ayah mana dia nak pakai.."keluh wanita itu.Aku hanya tersenyum nipis.Wah,Bella.Dengar tu.Masih ada putera mahkota yang belum kahwin dalam istana ini.

"Tak apalah,auntie.. Belum tiba masanya kot.. Kalau ada jodoh tu,ada lah nanti.."komenku penuh sopan dan positif.Ikutkan hati,mahu saja aku kata.Auntie, saya single,kahwinkan kami sekarang.Haha.. Berangan je la aku ni.

"Okaylah,Bella.. Gembira dapat berkenalan dengan Bella dan Rose.. Nanti jemputlah makan,ya?.Jangan segan-segan.."ujar wanita itu sebelum dia keluar dari ruangan ini.

"So,guys!..Siapa nak main game dengan auntie Bella dan auntie Rose?.."soalku teruja.Ketika itu Ferhad,Kayla dan Mikhaila melompat-lompat teruja.Nampaknya malam ini aku akan menjadi ketua mereka bagi mengelakkan mereka menganggu majlis yang bakal berlangsung sebentar lagi.






CinderBella (DOML Book 2) (Terbitan KarnaDya July 2018)Where stories live. Discover now