Bab 5 : Now,We're Friends !

193 7 1
                                    

"Berani awak jatuhkan dan kotorkan piala saya ! " Ainy menjerit . Azzy hanya menunduk.
"Saya .. mintak maaf ,Ainy . Saya tak sengaja ."
"Tak sengaja ? Awak tahu tak piala ni berharga buat saya !" Azzy terkejut . Muka Ainy yang cantik terus berubah menjadi singa garang mencari mangsanya.

"Sekarang saya nak ganti rugi piala saya !"Ainy menyambung kata-katanya . Jeritan nya dapat didengar jelas oleh Puan Hasnah dari dapur . Puan Hasnah segera berlari kearah ruang tamu . Alangkah terkejutnya Puan Hasnah melihat Azzy terduduk diatas lantai . Anaknya pula sudah berdiri seperti patung lilin dihadapan Azzy . Malah, piala kesayangan anaknya juga ada kesan cap hitam dan kemik .

"Ya Allah!Nyni ! Apa jadi ni? "Puan Hasnah menghampiri anaknya yang sedang marah ."Mama!! Habis piala Nyni kotor ma!!" Ainy menghentakkan kaki . Qasehah hanya tertunduk .

"Nyni,kan boleh basuh piala tu? Takbaik marah kawan Nyni ni ," Puan Hasnah membantu Qaseh untuk bangun . "Saya .. mintak maaf . " Qaseh merenung muka Ainy. "Hmphh !" Ainy peluk tubuh dan berpaling dari Qaseh .
"Siapa awak?Saya tak pernah nampak . " Kini suara Ainy lembut. Tidak lagi memarahnya .

"Saya Qaseh . Qasehah Amani . Sepupu Azzy ." Qaseh menghulurkan tangannya . Ainy menyambut tangannya dan berkata "Ouh,saya Ainy Safira ." Ainy kini tersenyum manis. Kemarahannya sudah hilang pergi melancong ke Amerika. "Nanti saya datang balik! " Kata kemarahan itu .

"Saya mintak maaf sangat . Kita jadi kawan ,boleh??" Qaseh tersenyum lagi . Tangannya menyentuh bahu Ainy. Ainy hanya mengangguk. Dan ,bermulalah kisah persahabatan mereka!

"Berani kau marah aku ! Tengoklah kau nanti Ainy ! " Azzy berkata di dalam hati . Kemarahan Azzy mula berluap-luap. Terasa ingin terajang sahaja perempuan dihadapannya ini. Sekarang,dia bersetuju dengan plan Merlina .

-------

Ainy menunggu di hadapan sekolah sambil matanya meliar mencari seseorang .
"Azzy ! " Jerit Ainy apabila melihat gadis tinggi lampai berambut perang dengan reben kuning memasuki ke sekolah . Kelihatan wajah Azzy menyampah melihat gadis dihadapannya .

"U nak ape? " Azzy berkata sambil membuat gaya flip hair . Gayanya juga gedik seperti kesemua 4PG . "Qaseh tu sepupu awak ke? "
"Ye , dia sepupu I . " Azzy berjalan masuk ke sekolah sambil diikuti Ainy . "Dia sekolah mana?Dia tinggal kat mana?"Berduyun-duyun soalan ditalukan kepada Azzy . Membuatkan gadis itu tidak selesa . Azzy mempercepatkan langkahnya ke dalam sekolah .

"Sombong macam namanya!"Ainy mencebik bibir . Dia berjalan seperti itik pulang petang ke kelasnya . "Seronok juga Qaseh itu jika dijadikan kawan baik saya. "

"Hai Iffa ! " Ainy menegur sahabat baiknya yang sedang terkocoh-kocoh menyiapkan kerja sekolahnya di awal pagi .
"Hai Ainy . Awak nak ape ? " Tangan Iffa ligat menyalin segala jawapan rakan sekelasnya. "Awak tahu tak .. semalam saya jumpa Qaseh. "

Dahi Iffa berkerut beberapa kali . "Siapa Qaseh ? " tanya Iffa .
"Qasehah Amani . Sepupu Azzy . Awak tahu tak ? Qaseh tu perwatakan dia lain dari Azzy . Dia baik . " Iffa hanya memandang ke arah buku latihannya . "Iffa ! Awak dengar tak ?! " Jerit Ainy . (Tak la kuat sgt)

"Eh diam la. Cikgu datang ." Iffa meletakkan jari telunjuknya di bibir Ainy . Semua murid kelas itu segera duduk di tempat masing-masing . Cikgu Shahril masuk ke kelas dan memulakan pelajaran Bahasa Malaysia . Kertas-kertas disusun di atas mejanya .
"Saya akan bagi kamu semua kertas peperiksaan minggu lepas.Iffa Nadhirah , kamu dapat 92 . Tahniah . "
Dan seterusnya .

-------
"Assalamualaikum ! Mama ! Nyni dah balik. "
"Waalaikummusalam. Haa Nyni,ada surat untuk kamu ni ." Puan Hasnah memberikan Ainy sekeping sampul surat . "Surat ape ni ? " Sampul dibuka . Lantas isinya dibaca perlahan-perlahan.

Hey Ainy ! Saya Qaseh . Saya harap awak dapat teman saya pergi ke Giant hari ni .Pukul 5.00 petang ye . Thanks .

" Qasehah! " Ainy tersenyum sendiri . Jam menunjukkan pukul 4:45 petang. Ainy segera menukar bajunya . Dia mencapai baju t-shirt lengan panjang , seluar track dan tudung sarung berwarna biru cair . Telefonnya dicapai . "Hello Iffa . Jumpa saya kat Giant hari ni okay?" Mesej dihantar .

--------
"Azzy , ingat ye ! Ambil ubat ni dan cucuk di dalam pencuci muka Ainy . Faham ?" Seorang gadis menghulurkan botol berbentuk bulat ke arah Azzy .

"Baik Lina . " Azzy mengambil ubat itu. Itu ialah ubat yang berbahaya pada kulit dan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada kulit. Merlina , mamanya seorang doktor. Dia senyap2 mengambil ubat itu dari peti kecemasan mamanya . Ubat itu hanya boleh disapu pada kuku yang rosak . Ubat itu mempunyai bahan kimia yang akan merosakkan kulit.

Azzy sudah siap berpakaian seperti Qasehah . Bersama 4PG , Azzy berdiri dihadapan pintu masuk Giant ,pasaraya yang selalu dikunjungi Ainy. Kelibat seorang gadis sampai. 4PG segera bersembunyi dari dinampak oleh Ainy. "Qaseh ! " panggil Ainy dari jauh. Ainy berlari kearah Azzy sambil wajahnya tidak lekang dari menghadiahkan senyuman manis .

"Hari ni saya nak belanja awak. "Qaseh tersenyum. Mereka berpimpin tangan ke dalam pasaraya besar Giant. "Belanja apa tu? " Ainy tersenyum juga.
"Saya nak belanja awak produk kecantikan . Awak dah la cantik ,mesti kena cantik lagi . "
"Hehehe ! " Mereka ketawa sendiri .
Ainy tidak sedar , Iffa hanya memerhatikan dengan perasaan jealous yang membuak buak .

Misi Kecantikan Ainy ✔Where stories live. Discover now