Bab 8 : Argh ! My Beautiful Face!

201 6 0
                                    

Ainy menukar bajunya dan membersihkan dirinya. Serta merta dia menghempapkan dirinya di atas katil .
"Penat ! Seharian saya menjadi ratu Mags." Kata Ainy dengan angkuh .

AinyS:Hai Qaseh !
QasehAhmani:Hai !
AinyS:Awak datang tak celebration Queen Mags di Puchong Perdana awal pagi tadi?
QasehAhmai:Ouh !Saya mintak maaf ya! Tetapi sepupu saya Azzy sudah menceritakan kemeriahan majlis itu ! Awak juga kelihatan cantik ! Azzy ada beri saya gambar awak bersama gaun biru yang sangat menawan !

AinyS:Hai Qaseh !QasehAhmani:Hai ! AinyS:Awak datang tak celebration Queen Mags di Puchong Perdana awal pagi tadi?QasehAhmai:Ouh !Saya mintak maaf ya! Tetapi sepupu saya Azzy sudah menceritakan kemeriahan majlis itu ! Awak juga kelihatan cantik ! ...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kembang kempis hidung Ainy lepas membaca pujian Qaseh .
Gambar yang dihantar itu juga ditatap lama . Seolah-olah jatuh cinta dengan diri sendiri ! Tiba-tiba,Ainy terasa kulit mukanya amat gatal dan memerah . Segera,Ainy berlari ke arah bilik airnya . Ditenung wajahnya lama-lama , sudah merah seperti delima !! Cepat-cepat Ainy membasuh muka menggunakan air bersih,namun tidak berkesan.

Dicapai harta kesayangannya , iaitu pencuci muka dan membasuh mukanya . Bukan baik yang menimpa , malah wajahnya bertambah gatal dan pedih seolah olah terpercik campuran cili padi yang pedas rasanya ! Ainy panik seketika , mencari jalan menghilangkan kepedihan di muka . Akhirnya dia mengambil kain saiz sederhana dan basahkan dengan air yang sejuk .

Dibalut di atas muka , Ainy kemudian segera melelapkan mata . Berharap esok kepedihan wajahnya akan hilang serta merta .

-------

Ketang ketung! Ketang ketung !

Bunyi senduk berlaga dengan kuali . Itulah Puan Hasnah masterchef sejati ! Tangan Puan Hasnah ligat bergerak didapur , menyediakan sarapan untuk si anak gadis dan suami yang dicintai . Seketika Puan Hasnah menyanyi kecil . Sudah professional, memasak pun masih boleh membuat konsert di dapur !

Lalalala ..
Cinta ku klepek klepek sama kamu ..
Lalala ..

Puan Hasnah ketawa sendirian.Dahulu dia selalu menyanyi di dapur . Masih terngiang-ngiang di telinga nya pesan  ibunya , "Senah , kau nyanyi kat dapur nanti dapat suami tua baru tahu ." Pada waktu ini , Puan Hasnah tahu ibunya senjaga mengusiknya , akhirnya , dapat suami seumuran dengannya juga ! Itu Encik Izzat , lelaki yang berjaya menawan hatinya .

"Argghhhhhhh!! "

Jeritan nyaring itu memberhentikan seketika lamunan dan perbuatan Puan Hasnah . "Macam suara Nyni ." Puan Hasnah segera ke bilik tidur Ainy di tingkat atas .

Tok!Tok!Tok!

"Nyni ! Nyni !! Why ?? Why ??" Ketukan di pintu bertalu-talu .Apabila tiada respons dari si gadis , Puan Hasnah bertindak drastik dengan membuka pintu bilik itu . Seketika , Puan Hasnah terpaku di hadapan bilik Ainy .

"Muka saya ! Muka saya ! " Ainy menjerit seperti terkena histeria. Wajah yang dia lihat di cermin bukan wajahnya . Barang barang penjagaan kulit di balingnya ke merata tempat . "Muka saya !!" Ainy menjerit lagi sambil melompat-lompat seperti melihat katak . Wajahnya ditatap di cermin . Jerawat,bintik hitam dan jerawat batu kini berkampung di wajahnya !

Mukanya yang putih merah kini bertukar dengan mendadak . Seluruh wajahnya penuh dengan jerawat-jerawat dan bintik hitam yang menakutkan . Sekali rasa , kulit wajahnya tidak lagi licin malah kasar seprti kulit buah peria ! Ini semua kerana sabotaj 4PG yang iri hati dengan Ainy. Perbuatan mereka membuatkan Ainy dan dirinya yang dahulu seperti langit dengan bumi ! 

Ainy duduk di birai katil sambil menangis . Puan Hasnah akhirnya bergerak setelah terpaku di depan pintu bilik Ainy.Puan Hasnah mengambil tempat di sebelah Ainy . Dia mengusap perlahan bahu anak tunggalnya . "Nyni,cuba cerita kat mama kenapa muka Nyni boleh jadi macam ni? " Puan Hasnah memandang wajah Ainy serius . "Hah ! Kenapa?Kenapa?Siapa jerit?! "Encik Izzat menerjah masuk ke bilik Ainy .

Krik .. Krik .. Krik ..

Dua beranak yang sedang duduk itu membuat muka menyampah. Encik Izzat mengusap belakang tengkuknya dan tersenyum . "Eh ,anak papa Nyni ni kenapa?" Encik Izzat mengulangi perbuatan Puan Hasnah,membelek wajah Ainy yang telah berubah itu . Ainy menundukkan wajahnya . Takut mahu melihat kedua-dua wajah ibu bapanya .

"Nyni ... "

-------
Bungkusan yang dihiasi reben merah itu di letak di atas meja . Setiap hari Isnin , Iffa pasti akan mendapat satu bungkusan misteri dari seseorang. "Hadiah apa pula yang "Prince Charming" ni nak bagi ?" Iffa membelek bungkusan sederhana itu .

Saban hari , semakin suka
Awaklah Cik Iffa Nadhirah yang dicinta !

-PrinceCharming

Iffa jadi bingung.Siapa peminat misterinya itu? Apa kaitannya dengan dia ? Iffa membaca nota kecil itu berulang-ulang kali . Masih tidak percaya dirinya mempunyai peminat . Ingatkan Ainy sahaja mempunyai peminat.Cakap pasal Ainy ,sudah lama dia tidak menegur Iffa .
Hubungan mereka di sekolah juga seperti renggang .Iffa sudah tidak peduli . Dia tersengih-sengih seperti kerang busuk apabila tahu dirinya mempunyai peminat .

Tidak ! Muka Ainy telah berubah mendadak ! Parah ni ! Macam mana pula dengan Iffa?Siapakah peminat rahsia nya atau "PrinceCharming" nya itu? Macam mana pula dengan 4PG setelah mengetahui rancangan mereka berjaya?Ketahui di dalam charter seterusnya .

Misi Kecantikan Ainy ✔Where stories live. Discover now