Selepas beberapa minggu menggunakan petua hilangkan jerawat , muka Ainy beransur pulih . Jerawatnya tidak banyak berbanding dahulu . Setiap hari Ainy tidak pernah terlepas mengamalkan petua petua yang boleh menghilangkan jerawatnya. Pagi itu , Ainy sudah tidak lagi malu untuk menunjuk mukanya ke seluruh warga sekolah .
SMK Puchong Perdana sedikit kecoh kerana gosip tentang sabotaj 4PG terhadap Ainy sudah tersebar luas. Dari Iffa turun ke Cikgu Aishah dan turun ke murid-murid dari tingkatan satu hingga lima . Ada pelajar yang mengecam 4PG dan ada juga yang berfikiran positif tentang mereka .
"Saya dengar 4PG digantung selama sebulan . Malang sungguh nasib mereka ! "
"Awak tahu tak , Tan Sri Adrian sampai datang ke sekolah kerana tidak puas hati dengan keputusan cikgu Aishah ! "
"Itulah . Akhirnya bila cikgu Aishah tunjukkan rakaman itu , terdiam tan sri berlagak itu ! "
Ainy hanya mampu menggeleng mendengar setiap tutur bicara pelajar-pelajar itu .Tiba-tiba , telinga Ainy menangkap satu suara yang berbunyi "Saya dengar ada pelajar dari SMK Sri Fatimah pindah ke sekolah kita ." Hati Ainy mula tertanya-tanya . Tetapi dia malas untuk menjaga tepi kain orang , jadi dia berjalan menuju ke kelasnya memandang hanya ada 15 minit sebelum waktu sekolah bermula .
Ainy mengeluh di hadapan kelasnya . Sememangnya SMK Puchong Perdana sekolah yang suka menjaga tepi kain orang ! Gosip tentang pelajar baru didengar nya dimana-mana . "Eh?Iffa masih belum sampai ke?" Ainy meletakkan beg sekolahnya diatas kerusi plastik. Ainy bingung . Mengapa setiap hari Isnin bungkusan bereben merah itu selalu muncul di atas meja Iffa ? Ainy semakin ingin tahu siapakah peminat misteri Iffa itu .
Perlahan-lahan Ainy mencapai kad yang terselit disebalik bungkusan itu .
Awak tahu tak ? Saya rindu kenangan kita bersama dulu . Saat kita bermain baling selipar belakang rumah awak , saat main konda kondi sampai lebam tangan saya kena kayu. Awak tahu tak awak berjaya curi hati saya ? Kenapa awak tinggalkan saya , Iffa ?
Ainy terkedu.Mungkin lelaki ini mempunyai kenangan yang manis bersama Iffa yang membuatkan lelaki ini tidak boleh melupakan Iffa . Melihat kelibat Iffa , kad itu diselitkan dan diletakkan kembali diatas kerusi plastik itu . "Lambat sampai kak? " perli Ainy. Iffa hanya menghadiahkan jelingan tajam pada gadis itu .
Loceng waktu sekolah berbunyi nyaring . Ainy menutup telinganya kerana loceng itu tidak jauh dari kelas mereka . Memang amat bingit setiap hari .
Saat Cikgu mengajar , Puan Fatimah memasuki kelas dan seketika menggangu pelajaran 4Cermai .Cikgu yang mengajar itu rancak berbual dengan Puan Fatimah. Seorang budak lelaki yang berdiri tegak diluar kelas hanya memalingkan badannya dan tidak menunjukkan mukanya. Sungguh misteri. Setelah selesai berbual , Puan Fatimah berkata sesuatu kepada murid itu . Murid itu hanya mengganguk dan mengikut Puan Fatimah ke bilik Guru Besar . Mungkin itu pelajar baru ?
------
Suasana rehat yang riuh rendah kerana suara budak budak membuatkan Ainy sedikit rimas . Dari jauh kelihatan sahabatnya termenung . Mata Iffa menatap sebuah kad kecil di tangannya. Lama Iffa menatap kad itu . Sungguh lama . "Iffa ? " Ainy menegur perlahan sahabatnya . "Awak kenapa ? Cuba story dekat saya . " Ainy sudah melabuhkan punggungnya disebelah Iffa ."Ainy .. sebenarnya . "
Flashback
"Hahaha ! " terdengar suara budak lelaki ketawa terbahak-bahak .
"Afeeq ni tak baik tau ketawa Fa!" Budak perempuan itu membuat suara seakan merajuk .
"Kelakar la Fa merajuk . " Afeeq sudah pun mengukir senyuman luas ."Selepas itu , saya pindah ke Perak tanpa pengetahuan Afeeq . Saya sedih kerana terpaksa tinggalkan dia . " Balas Iffa sayu .
"Jadi awak tahu la yang Prince Charming sebenarnya Afeeq?" Anggukan dari Iffa mampu membalas setiap persoalan Ainy . Ainy mengusap belakang badan Iffa perlahan. "Saya rindukan Afeeq ." Mata Iffa berkaca seketika . Air matanya ditepis kasar . "Saya yakin awak akan dapat berjumpa dia kembali. " Ainy menggenggam erat tangan Iffa .Jika Iffa ada bersamanya sewaktu di susah , mengapa tidak dia ?
------
Suasana kelas 4 Cermai riuh rendah dengan bunyi bising dari pelajar . Maklumlah , Cikgu masuk lambat. Lepas ini masa Cikgu Irna , guru kelas 4 Cermai . Tiba -tiba suasana riuh tadi bertukar senyap . Hanya bunyi kipas sahaja yang dapat didengari . Cikgu Irna melangkah masuk dengan membawa seorang pelajar lelaki.
Pelajar perempuan yang lain berbisik-bisik . Namun seorang sahaja yang terkejut . Matanya terbentang dengan luas . Seluas lautan pasifik . Jeritan kecil dapat didengari dari mulut si gadis , Iffa ."AFEEQ?"
-ToBeContinued-
![](https://img.wattpad.com/cover/79255525-288-k258240.jpg)
YOU ARE READING
Misi Kecantikan Ainy ✔
Novela JuvenilAiny Safira , gadis berkulit putih melepak dgn pipi kemerah-merahan . Wajahnya yang cantik bertukar ke wajah seperti peria!Jerawat tumbuh merata tempat , kulit gelap akibat pancaran matahari dan kulit dipenuhi dgn bintik-bintik hitam yang memalukan...