Malam itu , Azzy sentiasa teringat tentang plan gila si Merlina . Takkan dia hendak menyamar pula? Siapa yang akan jadi Azzy Fattyna nanti ?
'Azzy, you pandai buat braces pakai besi kan? '
' Haah . Lina nak order braces ke?' Azzy ketawa sendiri .
'Papa you ada syarikat topeng muka palsu kan? '
'Yes , you nak buat apa semua tu?'
'I nak you menyamar . 'Hampir tersedak Azzy dibuatnya.Baru dia perasan dia sedang minum air di dalam botol di atas meja belajarnya .
"Qasehah Amani . "
"Qasehah Amani ."
"Qasehah Amani ."Azzy mengulang nama yang diberi oleh Merlina sebagai nama penyamarnnya .
"Boleh tahan sedap juga nama ni.Kenapa daddy dan mummy namakan aku Azzy Fattyna ?" Azzy mengeluh perlahan .Kotak berwarna biru tua dikeluarkan dari bawah katil . Peralatan -peralatan disitu disusun . Sebatang besi logam yang panjang di keluarkan. Pelayar dicapai dan Azzy mula membuat bentuk braces . Besi logam berwarna perak dan merah jambu digunakan untuk membuatkan braces yang seperti beli kat kedai .
"Done ! " Azzy meletakkan braces itu diatas meja belajar . Now , misi mendapatkan topeng muka seorang perempuan 'nerd' . Tetapi nama Qasehah Amani itu menggambarkan watak wanita yang lembut dan cantik .
"Daddy ! Daddy !" Pekik Azzy dari atas tangga ."Fatyn , daddy keluar . Kenapa sayang? " Suara Datin Riza bergema dari bawah . "Mummy , Fatyn nak topeng muka , kawan Fatyn order kat daddy. " Azzy mengambil tempat disebelah mummynya .
"Ouh , nak topeng macam mana?Kejap eh mummy amik kat bilik . " Datin Riza mula menaiki anak tangga satu persatu .
"Nah , Fatyn tengok la mana satu yang kawan Fatyn nak tu . " Datin Riza menghulurkan briefcase bersaiz 10 cm . Azzy membuka briefcase itu dan mula memilih topeng muka . Ada muka bengis,muka itu muka ini macam-macam lah . Huhu .
"Fatyn nak ni mummy , " Azzy menghulurkan topeng muka seorang gadis . "Ok . Nanti cakap dengan kawan Fatyn Rm10 ye . " Datin Riza bersuara lembut . "Nah mummy , kawan Fatyn dah sediakan awal awal ." Azzy menghulurkan duit Rm10 . Datin Riza hanya tersenyum .
Azzy mencapai telefon bimbitnya.
"Hello? Lina ke ? "
"Yes , why Azzy ? "
"I've done my task ."
"Good . U mulakan penyamaran esok dan mula rapat dengan Ainy.Faham?" Merlina berkata dengan tegas. Azzy hanya menjawab pendek dan mematikan panggilan .--------
Braces ,cermin mata besar , topeng muka dan alat solek dimasukkan ke dalam beg Bonia yang bersaiz besar . Skarf merah jambu dan reben biru juga dimasukkan ke dalam poket beg ."Qasehah , here you are ! " Azzy memandang diri sendiri di cermin dan mula berjalan keluar dari bilik . Dia menyalami tangan mummynya dan mempercepatkan langkah ke Taman Perumahan Melati. Azzy memasuki lorong sempit di perumahan itu .
Braces dicapai dan mula dipasang di giginya yang putih bersih . Rambut yang panjang diikat kemas .Skarf pink disarungkan di kepala dan reben biru diikat pada pengikat rambut . Topeng muka dipasang dan cermin mata besar dipakai .
Azzy mengeluarkan cermin bersaiz poket dan mula melihat dirinya sendiri .
"Inikah . Qasehah Amani ? " Tidak disangka ,topeng muka yang dipilihnya dan penampilannya adalah lebih cantik dari Azzy Fattyna. Azzy mengeluh sambil memasukkan semula cermin muka nya di dalam poket . Dia membetulkan cermin matanya dan membetulkan bajunya yang sedikit ternaik .Azzy memegang giginya sambil berjalan kearah rumah berpagar merah pekat . Terasa tidak selesa memakai braces buat pertama kali . Kini,Azzy atau Qasehah sudah terpacak dihadapan rumah Ainy . Loceng yang ditampal kemas di tembok rumah itu ditekan dan selang dengan salam .
Tiada jawapan . Kini Azzy hanya memberi salam . Selang beberapa minit , seorang wanita lingkungan 30-an keluar dari rumah itu dan menuju ke arah Azzy .
"Waalaikumsalam , awak ni kawan Ainy ke ? Makcik tak pernah nampak pun ." Makcik itu memberi senyuman kepada Qaseh ."Saya nak jumpa Ainy makcik,saya nak bincang pasal soalan tadi . " Qaseh tersenyum . "Masuklah dulu,makcik panggilkan Ainy ya. " Puan Hasnah mempelawa Qaseh duduk di sofa . Azzy duduk di sofa empuk itu dan membuangkan pandangannya kearah piala-piala Ainy . Matanya tertumpu kepada satu piala besar emas .
Queen Mags 2016
Ainy Safira binti Muhamad Izzat
SMK Puchong PerdanaPiala itu masih bersinar kerana pengumuman Queen Mags ke -17 baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu . Azzy berjalan dengan perlahan dan membelek-belek piala emas itu .
"Indahnya kalau piala ini jadi milik saya . Tetapi saya tidak pernah tercalon dalam pencarian Queen Mags itu . ""Apa awak buat dengan piala saya ?"
Azzy sedikit tersentak melihat Ainy betul-betul berdiri dihadapannya dengan wajah yang garang . Baru Azzy sedar dia telah mengotorkan piala emas itu dengan cat hitam . Dengan perasaan terkejut ,Azzy hilang imbangan dan tangannya terus melepaskan piala emas itu sehingga jatuh ke lantai.Ainy tersentak . Mukanya berubah . "Alamak!"Qaseh menjerit kecil . "Berani awak!!" Ainy sudah meninggikan suaranya . Azzy kecut perut . Ainy perlahan-lahan menghampirinya .
~ ToBeContinued ~
YOU ARE READING
Misi Kecantikan Ainy ✔
Roman pour AdolescentsAiny Safira , gadis berkulit putih melepak dgn pipi kemerah-merahan . Wajahnya yang cantik bertukar ke wajah seperti peria!Jerawat tumbuh merata tempat , kulit gelap akibat pancaran matahari dan kulit dipenuhi dgn bintik-bintik hitam yang memalukan...