Bab 11 : Petua Hilangkan Jerawat

240 4 0
                                        

"Hah? Dalam sekolah kita mana ada orang nama Prince Charming cik Iffa . " Ainy membuat muka blur . "Eish awak ni , saya rasa mesti itu nama samaran dia je . " Iffa menjawab segala persoalan yang bermain di minda Ainy. Ainy membuat mulut bertanda 'o' .

"Dah dah kita tak payah cita pasal ni lagi ." Iffa mengambil bungkusan itu dari tangan Ainy .
"Alah awak taknak bukak bungkusan tu dulu ke ? " Ainy membuat muka comel. "Saya dah tahu isinya Ainy . Mesti novel ." Iffa menerangkan penuh yakin . "Mana awak tahu ?" Ainy masih lagi bingung .

"Ainy Safira , saya dah terima bungkusan yang sama sebanyak 5 kali . Bungkusan yang sama dihiasi reben merah . Isinya semua novel . Orang tu mesti tahu yang saya suka baca novel . Novel Ain Maisarah . " Panjang lebar Iffa menerangkan . "Wah bestnya dapat novel Ain Maisarah! " Mata Ainy bersinar-sinar .

"Apalah awak ni Ainy. Saya ingat awak tahu makeup saja . " Iffa memukul perlahan bahu Ainy . Seketika air muka Ainy berubah walaupun tidak dapat dilihat jelas oleh Iffa . "Ainy?Kenapa diam ni ? " Ainy bangun dari tempat duduknya dan pergi ke dewan . Iffa bingung . "Aku salah cakap ke ? Alamak ! Mesti pasal muka dia. " Iffa mengeluh .
------
Ainy baring di atas katil dan membuka laptopnya . Dia membuka aplikasi Facebook .
Ting !
Ada mesej masuk . Ainy membuka mesej itu .

IffaNadhirah:Ainy ,awak free petang ini ?
AinyS:Saya free . Mengapa?
IffaNadhirah:Saya nak tolong awak atasi masalah kulit awak. Boleh saya datang ke rumah awak petang ini ?
AinyS:Awak datang sajalah . Saya akan beritahu mama saya .

Ainy menutup laptopnya . Topeng dan tudung sarung dipakai . "Mama , petang ni Iffa nak datang . " Ainy menegur Puan Hasnah yang sedang memasak di dapur . "Oh oklah . Ada juga nak teman Nyni. Eh ? Kenapa Nyni pakai tudung dalam rumah ni ? Nyni takpayah malu-malu dengan mama la sayang . " Puan Hasnah meraba-raba tudung yang dipakai Ainy .

"Takpelah mama . Nyni taknak tunjuk muka Nyni sangat . " Ainy senyum pahit disebalik topengnya . Selang beberapa minit , kereta Proton Azia berwarna merah muncul di perkarangan rumah Ainy. Seorang gadis keluar dari kereta itu dan menekan loceng beberapa kali .

"Assalamualaikum Ainy ! " Iffa menekan nekan loceng yang terlekat kemas di tembok yang dicat dengan warna biru . Kemudian seorang gadis memakai topeng membuka pagar dan mempelawa Iffa masuk. "Apa yang awak bawa ? " Ainy meletakkan dulang berisi air di atas meja belajarnya. Dia sedar tadi Iffa ada membawa beg sandang .

"Saya bawa laptop saya dan beberapa helai kertas. " Iffa mengeluarkan laptop miliknya dan kertas A4 yang kosong . "Awak nak buat apa dengan benda ni ? " Ainy hairan seketika.Dia duduk di birai katil dan memerhatikan tindak tanduk Iffa. "Petua Hilangkan Jerawat?" Ainy membaca apa yang ditulis Iffa di atas kertas itu. "Lihat ini." Iffa memutarkan laptopnya dan menunjukkan laman web yang dicarinya.

"Wah, banyaknya petua ! " Mata Ainy bersinar-sinar . "Apa kata kita cuba yang ini . Saya rasa petua ini mudah dan pasti awak akan dapat wajah lama dengan segera ." Iffa mencadangkan . Ainy hanya mengangguk. Iffa menulis bahan bahan untuk membuat ubat menghilangkan jerawat di atas kertas . "Madu .. lobak merah .. Telur putih .. bawang putih .. " Tangan Iffa ligat mencatat segala isi penting.

"Adakah awak boleh tahan dengan kepanasan bawang putih tak ? " Iffa bertanya . Ainy menggeleng . Pantas Iffa memotong bawang putih dari senarai itu . "Mari kita buat ubat itu ! " Iffa terlebih semangat ." Em jom lah . Saya tanya mama dulu. " Iffa dan Ainy jalan beriringan ke dapur . " Mama boleh benarkan Nyni buat ni ?" Ainy menunjukkan kertas kosong tadi ke Puan Hasnah . Puan Hasnah mengangguk lantas tersenyum .

"Mula mula asingkan telur , potong lobak merah , masukkan madu satu sudu , " Iffa memasukkan bahan bahan seperti chef . "Yay dah siap ! Ainy,mari cuba . " Ainy mengangguk perlahan . Iffa menyapu campuran itu diatas muka Ainy . Lepas itu Iffa mula set masa selama 20 minit ."Awak tunggu 20 minit sahaja lepas itu basuh ya ."

"Terima kasih Iffa . " Ainy senyum . Itulah senyuman paling manis semasa wajahnya berubah. Sekarang dia tahu antaranya kawan yang berpura-pura dan kawan yang sentiasa ada semasa susah dan senang . "Awaklah sahabat sejati saya , Iffa Nadhirah ! " Bisik hati Ainy .

Misi Kecantikan Ainy ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang