BAB 6

142 5 2
                                    

"This is ridiculous," Amal bersuara buat kali pertama.

Tidak dapat menahan diri daripada bersetuju dengan pendapat tersebut, aku mengangguk laju. 'Kenapa aku tiba-tiba kena berpasangan dengan mamat ni? Tak masuk akal.' Hati ini berdetik sangsi dengan agenda tersembunyi yang dirancang oleh Dr. Syamsyaziela.

Pensyarah muda itu sebaliknya tidak mengendahkan nada tegas yang digunakan oleh Amal sebentar tadi. Malah, dia kelihatan masih tersenyum lebar. "Kamu sendiri yang cakap kamu tak ada partner. Jadi, sekarang saya dah bagi kamu partner. Apa lagi masalahnya?" Wanita itu menyoal sambil mengangkat sedikit kening di sebelah kanan.

Amal mengetap bibir. Tangan lelaki itu juga kelihatan tergenggam kemas. Cukup bagi mengambarkan perasaan sebenarnya ketika ini.

Aku secara jujur tidak dapat mengagak sama ada Dr. Syam memang tidak menyedari akan aura negatif yang dikeluarkan oleh Amal atau dia memang sengaja ingin menutup sebelah mata. Tidak kira apa jua penyebab di sebalik tindakan wanita itu. Apa yang pasti, aku tidak suka terperangkap di tengah-tengah.

"Err...sebenarnya saya dah ada partner," aku mencelah, berharap benar tidak kedengaran gugup.

Mendengar sahaja kata-kata tersebut, Amal serta-merta berpaling ke arahku sebelum kembali beralih ke arah Dr. Syamsyaziela. "Why thank you! Even she knows this is an absolute ridiculous idea."  Lelaki itu kemudian tersengih sinis.

Wajah Dr. Syam serta-merta berubah serius. Kerutan di dahi menampakkan lagi garisan halus di sekitar matanya. Make up tebal yang terlukis di wajah nampaknya gagal menutup fakta tersebut.

Kembali ke alam realiti, aku berpaling ke arah lelaki yang sedang berdiri tidak berapa jauh dariku. Seperti yang dijangka, Amal langsung tidak terjejas dengan perubahan emosi yang ditunjukkan oleh Dr. Syam. Riak selamba yang terpancar di wajah menunjukkan bahawa dia langsung tidak ambil kisah akan perasaan pensyarah muda tersebut.
Satu tindakan yang langsung tidak mengejutkan bagi diriku.

Masakan tidak, selama ini pun mereka berdua tidak pernah mengendahkan status pensyarah dan pelajar yang sepatutnya menjadi penghalang bagi mereka berkelakuan seperti pasangan kekasih yang sering berselisih faham. Walaupun aku tahu aku tidak sepatutnya membuat tuduhan yang melulu. Akan tetapi, perubahan emosi yang selalu berubah-berubah di antara mereka menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Selepas menarik nafas dalam, Dr. Syam tiba-tiba kembali mengukir senyuman. "Kalau macam tu, saya akan carikan pelajar lain untuk kamu. Settled." Dia kelihatan begitu yakin bahawa Amal tidak akan lagi membantah cadangan yang diutarakan.

Namun pada pendapatku, Dr. Syam selaku pendidik yang sudah lama mengenali lelaki bernama Amal Marwan. Dia sepatutnya sudah dapat mengagak bahawa lelaki itu tidak akan menyerah kalah begitu cepat.
"It's not about her...or...or anyone else for that matter. I just don't want to be in your class anymore. Don't you get it?" Seperti ramalanku sebentar tadi. Amal kedengaran marah dan...kecewa?

"Well, that's ridiculous," bidas Dr. Syamsyaziela. Dia mula berpeluk tubuh.

"And, why is that?" Cabar Amal. Giliran lelaki itu pula berpeluk tubuh.

"Because I know you. I knew you wanted to hurt me by doing all this nonsense. But, I also knew the fact that this is going to hurt you as well," balas Dr. Syamsyaziela.

Matanya yang berkaca, memandang tepat ke arah Amal. "Deep down you know I spoke nothing but the truth," nada suaranya juga kedengaran lembut. Mungkin menyedari bahawa dengan berbuat demikian Amal akan lebih mendengar kata-katanya. Api yang membara jangan disimbah dengan minyak. Sebaliknya, gunalah air untuk meredakannya.

"Don't you dare acting like you know me," Amal berdesis perlahan. Namun sudah cukup untuk membuatkan bulu roma ini tegak berdiri. Nampak gayanya, taktik yang digunakan oleh Dr.Syam tidak menjadi.

ZARA AWANISWhere stories live. Discover now