BAB 4

167 9 2
                                    

"Tengku Nadin," beritahuku sekaligus menjemput anggukan kecil daripada Nadia.

"Nice," komennya sambil mengelap menggunakan kain putih di tangan. Kaunter yang diperbuat daripada marmar itu kelihatan dua kali ganda lebih bersinar daripada biasa. Masakan tidak, hampir 10 minit Nadia mengosok di tempat yang sama. Semuanya gara-gara ingin mendengar dengan lebih lanjut akan gosip partner baharuku, Nadin.

"Dengar daripada nama pun aku dah tahu mamat ni hensem orangnya," sambungnya lagi, masih juga tidak berganjak.

Aku tergelak kecil. Tidak mengiakan telahan tersebut. Namun, aku juga tidak menidakkan kata-katanya. Secara peribadi, Adin memang memiliki raup wajah yang mampu menarik puluhan gadis di luar sana. Jadi, aku boleh dianggap sangat beruntung kerana dapat bergandingan dengan lelaki tersebut.

"So, bila aku boleh jumpa dia?" Tanya Nadia. Sekiranya aku tidak melihat ekpresi mukanya ketika ini. Aku mungkin akan berkata bahawa dia hanya bergurau. Namun, melihat sahaja raup wajahnya yang serius. Aku tahu dia tidak bergurau.

Tidak berjaya menutup rasa keliru dihati, aku menyoal, "kenapa pulak kena jumpa kau?"

"Kenalah jumpa aku dulu. Kalau tak macam mana aku nak tahu mamat ni sesuai atau tidak dengan kau," jawabnya dengan nada bersahaja.

Aku secara automatik menepuk dahi. "Aku bukannya cari laki, cik kak oii," balasku, sempat menyeringai apabila tangan ini hinggap di wajah.

Nadia mengangkat bahu. "Alang-alang menyelup pekasam~" dia menyanyi kecil. "Lagipun mamat Nadin ni mesti kayakan?" Dia menyoal tiba-tiba, matanya kelihatan bersinar-sinar.

Malas untuk melayan kerenah gadis itu. Aku memberi tumpuan ke arah pelanggan yang baru masuk. "Selamat datang ke Kembang's Café!" Ucapku penuh bersemangat.

Selepas mengambil order dan menyediakan menu yang dikehendaki. Aku kembali berpaling ke arah Nadia. "Agak-agak bila gaji kita nak masuk?" Sempat melilau ke sekeliling, aku menyoal perlahan. Bimbang juga sekiranya mengganggu para pelanggan.

"Dengar kata gaji bulan ni lambat sikit," ujar Nadia. Dia tidak lagi mengelap kaunter yang sedia bersih.

Mendengar sahaja berita tersebut, aku mengetap bibir. Beberapa keping ringgit Malaysia yang terselit di dalam dompet pantas menjengah fikiran. Aku cuba mencongak sepintas lalu perbelanjaan yang perlu dikurangkan pada bulan ini.

Sekiranya betul khabar angin yang disampaikan oleh Nadia, aku perlu berjimat cermat.

"Kenapa? Kau nak guna duit ke?" Nadia bertanya.

Aku hanya menghulur senyuman nipis sebelum menggeleng. "Tak adalah," bohongku.

Walaupun gadis itu selalu menawarkan diri untuk membantu. Namun, aku tahu dia juga kesempitan duit sama sepertiku. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini, Encik Hadi selalu sahaja lambat membayar gaji. Sekaligus membuatkan semua perkara dirasakan begitu membebankan. Jadi, aku tidak mahu menyusahkan sahabat karibku itu. Terutamanya ketika dia juga menghadapi masalah yang sama.

"Baguslah kalau macam tu," bisiknya, turut membalas senyumanku.

Tidak lagi berbual kosong, aku dan Nadia kembali fokus membuat tugas masing-masing. Ketika tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum shift pada hari ini berakhir, Amal tiba-tiba muncul membuatkan aku sedikit terperanjat. Masakan tidak, sepanjang bekerja di sini agak jarang untuk aku terserempak dengan teman-teman di universiti. Namun, kebelakangan ini lain pula ceritanya.

Mula-mula Nina...

Sekarang Amal.

Selepas ini, siapa pulak?

ZARA AWANISWhere stories live. Discover now