BAB 9

137 3 1
                                    

Mama berang kerana aku enggan meminjamkan wang kepadanya.

Pertama sekali, bukan aku sengaja ingin menolak permintaan wanita itu. Namun, selepas mendengar alasan yang diberikan. Aku menjadi tawar hati. Wanita itu sanggup berhabis wang untuk menunjuk-nunjuk daripada mencari nafkah membesarkan anak-anak. Malah, dia sanggup membiarkan kami adik beradik berlapar daripada meninggalkan dunia materialistik yang dicipta sendiri olehnya.

Kedua, aku lebih rela berbelanja memenuhi keperluan Afiq daripada memenuhi kemahuan mama. Anak malang itu lebih layak dimanjakan daripada wanita dewasa yang mementingkan diri sendiri.

Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 2.58 minit petang. Batang hidung Amal Marwan langsung tidak kelihatan. "Cakap, jangan lewat. Alih-alih dia sendiri yang mungkir janji," rungutku sambil mengacau sirap, yang kini tinggal separuh.

"Siapa yang mungkir janji?"

Suara garau tiba-tiba sahaja menyapa, sekaligus menjemput jeritan kecil di bibir ini. Nasib baik suasana di cafe berada dalam keadaan hingar bingar. Jadi, tiada seorang pun yang menyedari akan respon yang memalukan tersebut.

Amal Marwan pula hanya melempar pandangan pelik sebelum mengambil tempat di hadapanku. "So, kau dah fikir projek apa kita nak buat nanti?" Soalnya.

Dia kelihatan selesa berpeluk tubuh. Malah, kedua belah kakinya di angkat ke atas meja. Tiada sebarang nota mahupun alatan tulis dikeluarkan.

Aku merenung tajam lelaki tersebut. Jantung ini masih berdegup kencang. Sekaligus membuatkan mataku sedikit berpinar.

"Saya belum fikir tajuk yang sesuai. Saya ingat kita boleh brainstorming beberapa idea hari ni," balasku seraya mengeluarkan buku nota berwarna merah hati.

Amal Marwan merengus.

"Kenapa? Ada masalah ke?" Aku menyoal. Sedikit pelik dengan respon yang ditunjukkan.

Lelaki itu mengangkat bahu. "Aku ingat partner dengan best student dapatlah rehat sikit. Well, I guess not."

"Siapa cakap saya best student?"

Amal merengus lagi. "You're no doubt her favorite student. So, antara kau ni memang bijak atau kaki ampu. Neither, I hate them both."

Aku hampir sahaja ternganga. Tidak tahu ingin memberi respon yang bagaimana. Kata-kata pedas lelaki itu membuatkan aku tertanya-tanya sama ada pelajar lain turut berfikir perkara yang sama. Atau, hanya Amal Marwan seorang.

Hubungan aku dan Dr. Syam memang agak rapat jika hendak di bandingkan dengan pelajar yang lain. Itupun di sebabkan Dr. Syam memang seorang yang mudah didekati. Tiada secebis niat pun di hati ini ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan pensyarah muda tersebut.

"Apa yang awak merepek ni?" Aku tanpa sedar mula meninggikan suara.

Amal Marwan menggelengkan sedikit kepalanya. "Dahlah, aku ada banyak lagi kerja lain. Lagi cepat kita siapkan assignment ni lagi bagus," balasnya bersahaja.

Aku mengetap bibir. "Awak jangan ingat lepas ikut sedap mulut menuduh saya yang bukan-bukan, awak boleh lepas macam tu sahaja."

Melihat aku mula beremosi, Amal Marwan secara automatik mendepakan kedua belah tangan ke udara. "Woah, easy there drama queen."

Respon tersebut membuatkan pipiku panas tiba-tiba.

"I'm just stating the truth. Tak perlu nak panjangkan cerita. Sama ada kita siapkan kerja hari ni atau tak payah buat langsung." Sambung lelaki itu lagi.

"Awak ni dah kenapa?" Soalku bertemankan sebak di dada.

Mungkin menyedari bahawa aku tidak berniat untuk mengubah topik seperti yang dicadangkan, Amal Marwan akhirnya mengeluh. "That's it. I'm done," balasnya seraya mengangkat punggung.

Aku merenung lelaki itu dengan pandangan tidak percaya.

"Aku tak ada masa nak layan drama sinetron ni semua. Just text me the assignment, I'll do it," sambungnya sebelum beredar.

Aku hanya mampu memandang sepi. Setiap langkah yang diatur oleh lelaki tersebut menambah duri dihati ini.

Jika dahulu aku sering mencemburui tahap keyakinan yang dimiliki oleh lelaki bernama Amal Marwan. Namun, kini aku sedar bahawa apa yang terdapat dalam diri lelaki itu bukannya yakin diri. Tapi, sifat angkuh. Keangkuhan yang mampu mengaburi mata orang sekeliling.

Beberapa minit sudah berlalu. Namun, mulutku masih sibuk mengumam sesuatu. Pelbagai jenis sumpah seranah mewarnai kosa kataku ketika ini. Tidak pernah aku berjumpa dengan lelaki seangkuh Amal Marwan. Dia tanpa segan silu menghukum diriku tanpa usul periksa. Pandangan mata yang dilemparkan sebentar tadi membuat diri ini mendidih marah.

Dia kelihatan begitu berbeza jika hendak di bandingkan dengan Amal Marwan yang berada di cafe, beberapa hari lalu.

Aku mengeluh berat.

Tidak mahu lagi membuang masa dengan memikirkan tentang lelaki yang langsung tidak memberi sebarang makna di dalam diri ini. Aku turut mengangkat punggung.

~...~

Ketika beberapa minit sahaja lagi sebelum shift bermula, Tengku Nadin muncul bersama senyuman yang melebar di wajah.

"Ya Allah, aku lupa nak bagitahu Nadin pasal Amal," gumamku sambil mengelap tangan yang basah menggunakan apron yang sudah melekat ditubuh.

Wajah ceria Tengku Nadin menambahkan lagi rasa serba salah di dalam diri ini. Otakku ligat mencari ayat yang sesuai bagi menjelaskan situasi sebenar tanpa menyinggung perasaan lelaki tersebut. Bimbang juga sekiranya dia berkecil hati dan menuduh aku sengaja tidak mahu berpasangan dengan dirinya.

"Hai Zara," sapa Tengku Nadin.

Turut melambai ke arahnya, aku sempat menghadiahkan senyuman nipis.

Mujur shiftku dan Nadia tidak sama pada hari ini. Kalau si budak Nadia tu ada, tentu sahaja gadis itu akan sibuk mengusik.

Biarpun begitu, kehadiran Tengku Nadin tetap juga menarik perhatian beberapa staff yang lain. Aqilah misalnya tidak henti-henti membetulkan rambut yang sudah tersanggul kemas. Manakala, Mimi yang sudah bersedia menjalankan tugas di dapur, sanggup keluar kembali ke kaunter pembayaran bagi menilik wajah Tengku Nadin dengan lebih jelas.

Aku hanya mampu menghulur senyuman nipis kepada mereka, sebelum kaki ini pantas menuju ke arah jejaka yang segak berpakaian kemas di muka pintu cafe.

"Hai," ucapku, malu-malu.

Senyuman Tengku Nadin makin melebar. "Hai," ulangnya kembali.

"Sorry sebab tak mesej awak semalam."

Selepas berkeras menolak niat baik Tengku Nadin yang ingin membantu semalam, lelaki itu akhirnya beralah. Itupun selepas dia mencoret nombor telefon di atas kertas kosong sebelum diberikan kepadaku. Pesanan Tengku Nadin juga masih segar diingatan. "Bila dah sampai rumah nanti, jangan lupa mesej saya. Tak adalah saya risau sangat."

"It's okay. Apa yang penting, saya tahu yang awak tak apa-apa sekarang. Awak dah okaykan?" Soal lelaki di hadapanku. Kerutan yang terpapar di dahi jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar risau akan kesejahteraan diri ini.

Sedikit terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan, aku mengangguk. "Saya tak apa-apa."

Mendengar sahaja jawapan yang terluah dari bibir ini, Tengku Nadin mengeluh lega.

"Hurmm...Sebenarnya saya ada sesuatu yang nak di beritahu," aku berkata dengan perasaan gugup.

"Oh ya, apa dia?"

"Boleh tak kalau awak tunggu sampai shift saya habis? Sebab saya rasa sekarang buka masa yang sesuai."

Biarpun aku berasa tidak sedap hati untuk terus menangguh perkara ini. Namun, kelibat Encik Hadi sudah muncul sekaligus menandakan waktu kerja sudah bermula.

"Of course," balas Tengku Nadin, penuh ceria.

Aku hanya mampu menghulur senyuman nipis sebelum beredar ke kaunter.

ZARA AWANISWhere stories live. Discover now