BAB 10

132 8 1
                                    

Biarpun waktu kerjaku sudah berakhir tiga puluh minit yang lalu, kelibat Tengku Nadin masih juga tidak kelihatan.

Nombor telefon lelaki itu sudah beberapa kali dipanggil. Akan tetapi, tiada sebarang jawapan. Pada awalnya, bunyi deringan masih menyapa pendengaran. Namun, selepas kali ketiga aku cuba menghubungi lelaki bernama Tengku Nadin, telinga ini hanya disapa dengan balasan peti suara.

Aku mundar mandir. Mula berkira-kira sama ada ingin terus menunggu ataupun tidak.

Wajah gelisah Afiq mula singgah difikiran. Biarpun Kak Sal sudah bersetuju untuk menjaga Afiq. Namun, hati ini tetap berasa serba salah kerana telah menyusahkan wanita itu.

"Zara tak payahlah risau. Afiq okay jer ni hah," beritahu Kak Sal.

Aku mengeluh berat.

"Maaflah Kak Sal sebab dah susahkan akak," balasku sebelum menyambung. "Macam nilah, kalau lagi 15 minit kawan Zara masih tak muncul jugak. Zara datang ambil Afiq."

Mula membayangkan kediaman mewah tempat wanita itu bekerja. Wajah Amal Marwan pantas menyapa ingatan. Mengingatkan wajah lelaki itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan hati ini panas membara. 'Kenapalah dalam banyak-banyak manusia, lelaki tu jugak yang jadi boss Kak Sal?' Rungutku dalam diam.

"Tak apalah, Zara. Nanti kalau Zara dah settle semua urusan dengan kawan Zara tu. Zara mesej Kak Sal. Biar akak sendiri yang hantar Afiq ke tempat kerja Zara. Memang kebetulan akak nak keluar. Jadi, tak payahlah Zara susah-susah nak patah balik ambil Afiq."

Biarpun menyedari Kak Sal sengaja menekan sedikit perkataan kawan di sebalik tuturnya sebentar tadi, aku bertindak untuk membiarkan sahaja perkara tersebut berlalu pergi. Aku, sebaliknya, menghembus nafas lega.

Selepas insiden yang berlaku di antara aku dan Amal Marwan pada siang tadi. Aku tidak berniat untuk bersemuka dengan lelaki tersebut. Hal ini kerana, rasa sakit hati masih menebal di dalam diri ini.

"Okay jugak tu." Balasku sekaligus bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Kak Sal sebentar tadi.

Sebelum menamatkan panggilan, aku sempat menyeru nama wanita itu. "Hurmm...Kak Sal?"

"Ya?"

"Betul Zara tak menyusahkan akak ni?" Aku menyoal buat sekian kalinya. Biarpun sudah berkali-kali aku mendengar jawapan sama yang terluah dari mulut wanita yang telah banyak berbakti itu. Aku masih juga berasa serba salah dengan kebaikan yang ditunjukkan olehnya.

"Zara," tegur Kak Sal. Jelas tidak menggemari sikapku yang suka berfikir yang bukan-bukan.

"Okay, okay. Zara faham," responku.

"Dahlah, pergi cari boyfriend kamu tu. Belum apa-apa lagi dah lambat." Rungut Kak Sal.

Belum sempat aku menafikan tuduhan rambang wanita itu, dia terlebih dahulu memutuskan talian.

Aku mengeluh lagi.

Bertindak menghubungi Tengku Nadin buat sekian kalinya, suara robotik kedengaran setia menemani malamku.

Mengalah akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menaip sahaja mesej kepada lelaki tersebut bagi menjelaskan niat sebenarku ingin berjumpa dengannya.

Biarpun sedikit kesal kerana tidak dapat bersemuka dengan Tengku Nadin. Namun, aku tidak mahu lagi menangguh berita yang mendukacitakan ini. Tambahan pula, aku tidak mahu dia mendengar dari mulut orang lain.

Setelah beberapa minit menunggu, kelibat Kak Sal dan Afiq mula kelihatan. Melihat sahaja diri ini, kanak-kanak comel itu serta-merta melepaskan tangan Kak Sal sebelum berlari ke arahku.

ZARA AWANISWhere stories live. Discover now