BAB 7

144 4 1
                                    

"Mama?" Aku menyeru wanita itu sebelum menolak pintu bilik perlahan-lahan.

Cahaya malap menyukarkan aku untuk melihat dengan lebih jelas kelibat mama. Meskipun begitu, bunyi dengkuran yang terluah dari bibir wanita itu sudah cukup memberi isyarat bahawa dia masih di buai mimpi.

"Mama," aku memanggil lagi.

Masih tidak berkutik.

Menghampiri wanita itu, aku menyentuh selimut bercorak flora yang membaluti tubuhnya. Mama merengus kasar apabila fabrik tebal itu kutarik perlahan.

"Pergilah."

Tidak peduli akan rungutan wanita itu, aku menekap tangan ke dahinya. Seperti yang dijangka. Suhu badan mama lebih tinggi daripada biasa. "Mama demam ni," bisikku. Ubun-ubunnya ku usap beberap kali.

Sudah menjadi kebiasaan apabila wanita itu pulang dalam keadaan mabuk. Dia pasti akan berasa kurang sihat pada keesokkan harinya.

Bergegas menuju ke dapur, aku mendapatkan segelas air suam sebelum kembali mendapatkan wanita itu. "Nah, minum air ni dulu," arahku sambil membantunya bangun.

Kelihatan seperti dalam kesakitan, wanita itu merengek bagaikan anak kecil. "Kepala mama sakit." Suaranya kedengaran serak. Bau mulut mama juga tidak begitu menyenangkan ketika ini.

"Zara tahu. Sebab itu Zara nak mama minum air ni. Nanti, Zara sediakan sarapan. Selepas tu, baru mama boleh makan ubat. Okay?" Masih lagi memegang kepala yang sakit, mama membalas. "Okay."

Aku hanya memerhati, menunggu wanita itu menghabiskan cecair jernih yang berada di dalam gelas kaca. Mama berjaya menghabiskan air tersebut dalam masa beberapa saat sahaja.

Selepas berpuas hati dengan keadaannya yang kelihatan lebih segar daripada tadi. Aku membuat keputusan untuk melabuhkan punggung berdekatan wanita itu.

"Mama pergi mana sebelum ini?" Aku terus menyoal.

Wanita itu kaku.

Kerutan yang sudah menghilang sebentar tadi, kini kembali menghiasi wajah. Dia menundukkan wajah, sebelum menjawab. "Kerja."

Kecewa dengan jawapan yang diterima. Aku menarik nafas dalam. Cuba menahan sabar.

"Tipu," tuduhku.

"Excuse me?" Wajah mama berubah merah.

"Mama dengar apa yang Zara cakap tadi," aku mengetap bibir. Turut berasa marah. Cubaan untuk bersabar sebentar tadi, jelas tidak berjaya.

"Kamu jangan nak kurang ajar dengan aku. Ingat sikit kau bercakap dengan siapa sekarang ni," mama berdesis kuat. Tidak lagi berbaring, dia membetulkan sedikit kedudukan agar dapat bertentang mata denganku.

"Jujur Zara cakap, Zara dah penat dengan kerenah mama. Zara dah tak kenal siapa mama sebenarnya. Ibu? Atau teman serumah?!" Aku hampir sahaja menjerit. Riak yang terukir di wajah mama menunjukkan dia turut terkejut dengan reaksi yang aku tunjukkan. "Seorang ibu takkan meninggalkan anak-anaknya tanpa khabar berita. Seorang ibu takkan mengambil duit anaknya sendiri. Lebih-lebih lagi, tanpa kebenaran."

"Duit tu mama gantilah nan..."Mama ingin menyampuk. Namun, aku terlalu beremosi untuk membenarkan dia berbuat demikian.

"Seorang ibu takkan membiarkan anaknya kelaparan. Mama tahu tak dah berapa lama Afiq terpaksa makan maggi? roti kosong? Semua disebabkan sikap mama yang mementingkan diri sendiri. Seorang ibu jaga takkan balik dalam keadaan mabuk! Macam mana kalau Afiq tengok? Mama tak malu ke deng..."

Pang!

Rasa perit pantas menyinggah. Aku mengusap pipi dengan perasaan terkejut. Mama kelihatan turut tergamam dengan tindakan spontan tersebut.

ZARA AWANISWhere stories live. Discover now