Bab 11

1.1K 18 0
                                    

Walaupun masih mengantuk, aku menggagahkan diri untuk memandu kala hening pagi menuju ke lapangan terbang. Aku tersandar di kerusi yang disediakan dengan keadaan yang masih mengantuk. Tersengguk-sengguk aku menunggu kepulangan 'tuan tanah kedaung' yang akan sampai tidak lama lagi.

Sesekali aku melihat jam yang terlilit di pergelangan tangan. Sudah hampir lima belas minit aku menunggu di situ. Bermakna sudah hampir lima belas minit melewati waktu ketibaan kapal terbang yang dinaiki Bazli. Namun, kelibatnya masih lagi tidak kelihatan.

Aku meneguk lagi air kopi panas yang aku beli dari vending machine. Sudah dua cawan aku teguk namun langsung tidak berkesan. Malah mengantuk semakin terasa. Sudah beberapa kali aku menguap kecil menahan kantuk sambil menunggu 'tuan tanah kedaung'. Perlahan-lahan aku menutup kelopak mata untuk melelapkan mata seketika.

Seminit, dua minit, tiga minit... Lima minit...Sepuluh minit... Sunyi sepi sahaja suasana aku rasakan. Semakin seronok pula lena aku kala sunyi sepi sebegini sehingga aku terlupa di mana aku berada sekarang. Sehinggalah satu suara menerjah gegendang telinga.

"Izara Batrisya binti Aziz!"

Berulang kali nama penuh aku dipanggil suara tersebut. Terasa dekat sekali, seakan-akan berbisik di telinga aku. Walaupun terasa berat kelopak mata untuk dibuka, aku gagahkan juga. Terkebil-kebil aku memandang sekeliling. Aku masih di lapangan terbang, ingatkan di rumah.

Aku pandang kelibat yang turut duduk di sebelah aku. Terkebil-kebil aku memandang wajah yang kelihatan segak dengan kumis nipis menghiasi wajahnya. Sudah lama aku tidak menatap wajah itu secara bersemuka sebegini.

"Kenapa ni? Mengantuk sangat?" soalnya kepada aku. Aku mengangguk kecil lalu melentokkan kepala di atas bahunya.

"Takkan nak tidur di sini pula? Balik tidur di rumah la, sayang," pujuknya dengan nada lembut. Aku mengangguk kecil.

"Macam mana Li nak tolak troli kalau Zara asyik menyendeng macam ni?" tegurnya akan telatah aku. Aku mengangkat kepala semula dari bahu yang kusangkakan bantal empuk. Aihhh... Mengantuknya.

Aku dan Bazli jalan beriringan meninggalkan ruang lobi. Kami menuju ke kawasan parkir. Aku menyerahkan kunci kereta kepada Bazli. Pandai-pandai la Bazli nak simpan bagasi dia ke dalam bonet kereta. Aku pula terlebih awal meloloskan diri ke dalam perut kereta di sebelah pemandu.

"La... Li jet lag la, Zara. Letih ni," adu Bazli.

"Zara mengantuk. Mengantuk sangat-sangat! Dah tak boleh buka mata lagi. Kalau Zara drive, alamatnya tengah hari nanti pak lang dan mak lang jenguk kita di hospital," balas aku pula.

"Yalah... Li drive. Sayang tidur, okey?" Akhirnya Bazli mengalah jua. Bazli mengambil tempat di bahagian pemandu.

"Thank you," ucap aku.

"Kasihmu diterima, sayang," sahut Bazli lalu mengucup tangan aku. Aku tersenyum kecil dengan keadaan mamai.

"McDonald's breakfast start pukul berapa, Zara?" soal Bazli sambil memandu kereta. Kes tak nak bagi aku tidur la ni.

"Empat setengah pagi," jawab aku dengan mata yang tertutup rapat.

"Kita breakfast dulu nak tak?" ajak Bazli.

Jawapan aku pula... Aku menguap dengan mulut yang terbuka luas, pantas tangan aku menutup mulut. Aku berpura-pura mengantuk. Tapi, hakikatnya aku memang mengantuk yang amat. Di dalam kepala sudah terbayang tilam, bantal dan selimut. Kalau tak kerana nak menjemput Bazli, sudah pasti aku sedang terbongkang tidur.

"Kita balik rumah aje la. Nanti kita breakfast McDonald's." Sekali lagi Bazli mengalah dengan kehendak aku. Dalam kesuraman cahaya, aku tersenyum kemenangan.

Anugerah Cinta Daripada DiaWhere stories live. Discover now