Bab 9

1.6K 34 0
                                    

Zurich International Airport atau dikenali sebagai Kloten Airport merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terbesar di Switzerland dan juga hub terbesar untuk semua penerbangan. Dan secara automatik menjadikan lapangan terbang ini adalah yang paling sibuk dan sesak dengan para penumpang yang menggunakan perkhidmatan di situ.

Sedang aku leka menunggu dan mencuci mata melihat persekitaran, terasa deringan pendek dari dalam kocek jaket. Tangan kanan yang sememangnya sudah pun berada di dalam kocek jaket terus menarik keluar gadget berskrin nipis itu.

Spontan senyuman terukir di bibir apabila melihat nama yang terpamer di skrin. Lantas jari menyentuh ikon tersebut. Seketika kemudian, skrin memaparkan pesanan daripada Dania.

Dania: You... Dah sampai airport?

Ligat jari-jemari aku menyentuh skrin untuk membalas mesej WhatsApp itu.

Bazli: 10 minutes ago. Crowded! I tunggu Kak Dina, Abang Naufal di bahagian arrival. Hopefully, dia orang nampaklah I di sini.

Hantar.

Tidak sampai tiga minit, aku sudah menerima balasan daripada Dania.

Dania: I nak temankan, you tak nak. Jual mahal! Kan dah bosan!

Aku tersenyum lagi dengan mesej Dania. Jari-jemari aku kembali tangkas bergerak membalas mesej tersebut.

Bazli: I kata ke I bosan?

Dania: Grrr... Grrr...

Bazli: Hahaha...

Dania: Okey! Merajuk! Tak payah pujuk I.

Bazli: Okey, then!

Semakin melebar senyuman aku dengan keletah manja dan bersahaja Dania ini. Terhibur hati yang sepi ini dengan keletahnya. Dan rajuknya itu akan terpujuk dengan sendiri. Tidak perlu aku berfikir untuk memujuk hati riang Dania.

Tidak sampai lima minit, telefon bimbit aku kembali bergetar kecil. Anak mata dialihkan ke arah skrin. Benar telahan aku! Dania kembali menghantar mesej. Rajuknya tidak pernah berpanjangan selama kami berdua saling mengenali sejak beberapa bulan ini.

Dania: Tak nak pujuk I?

Aku tersenyum geli hati dengan soalan itu. Jari-jemari aku kembali ligat menaip.

Bazli: Perlu ke?

Soal aku semula.

Dania: Kejam! Benci you!

Dania membentak. Bentakan itu pun tidaklah serius. Cara Dania lebih untuk menyakat aku. Dan aku terima cara Dania itu. No hard feelings! Walaupun cara jenaka kami berdua kadangkala sedikit kasar dan adakalanya Dania akan merajuk manja dengan aku.

Bazli: Okay! As your wish.

Balas aku. Lama benar Dania mengambil masa untuk membalas mesej aku kali ini. Apabila melebihi lima minit, mesej daripada Dania masih lagi tidak kunjung tiba. Rajuk benar ker? Mustahillah! Berbual-bual dengan kawan kut. Biarlah.

Kesepian Dania aku isi dengan memerhati gelagat para pengunjung dan juga para penumpang. Macam-macam gaya boleh dilihat di sini. Ada yang sehingga tertidur keletihan sementara menunggu penerbangan transit. Ada yang berbual-bual kosong. Anak mata aku tertancap ke arah satu pasangan. Wanita itu memeluk erat tubuh si lelaki seperti tidak mahu melepaskan si lelaki itu pergi. Malah, pelukan wanita itu turut berbalas.

Apabila pelukan mereka berdua terlerai, lelaki itu menyeka air mata yang berlinangan di pipi wanita itu. Dahi wanita itu dikucupnya syahdu. Kemudian, lelaki itu merendahkan tubuh badannya separas dengan perut wanita itu yang sudah pun membonjol ke hadapan. Kelihatan lelaki itu seperti menutur sesuatu dan seketika kemudian bibirnya pula berlabuh di perut yang masih lagi dibaluti pakaian.

Anugerah Cinta Daripada DiaWhere stories live. Discover now