"Betul ke kau kata meteor tu jatuh kat sini?" Soal Julia sambil membetulkan kaca matanya.
Azril mengangguk laju. "Iya... Kat sini."
Mereka berenam tercari-cari benda yang ingin dijumpai. Namun, tiada satu benda pun yang terhias pada latar mata.
"Korang!! Aku jumpa kat sini!" Jerit Kamarul yang berbadan besar.
Dengan segera sahabat-sahabatnya berlari ke tempat tersebut. Kelihatan satu kawah besar terletak di hadapan mereka.
"Mana?" Tanya Normala. Dia menjenguk ke dalam kawah tersebut.
Mereka menggelongsor ke dalamnya.
"Yang biru tu." Azril menuding ke satu arah. Satu cahaya yang bersinar berada di tengah-tengah kawan tersebut.
Aria mendekatkan mukanya ke meteor tersebut.
"Kecilnya!!" Jerit Aria dengab teruja.
Zaril mengeluarkan kanta pembesar. "Macam mana kita nak ambil serpihan meteor tu untuk setiap seorang?"
"Aku dapat dulu." Julia memegang meteor tersebut.
Sebaik sahaja meteor itu disentuh, satu letupan telah berlaku.
Setiap serpihan terkena pada badan masing-masing.
Julia terkena pada tangan dan kepalanya, Azril dan Aria terkena pada kepala, Kamarul terkena pada perutnya, Zaril terkena pada tangannya dan Normala pula terkena pada dahinya.
Selepas itu ,mereka rebah dan tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Superhero Nerd?
FantasySebuah kisah yang mengisahkan enam orang sahabat yang digelar 'nerd' menjadi superhero. Wait, what? Superhero nerd? _________ ׂׂૢ་༘࿐ ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄ...