Kring!!
Setelah semua pelajar keluar,Kamarul menjerit. "Yeay! Rehat!"
Julia bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke meja Zaril. Selepas itu, dia menepuk bahu Zaril.
"Zar-" Belum sempat dia menyebut nama Zaril, satu putaran video menghiasi layar mata.
Sejurus itu, Julia terduduk. Air bertakung pada matanya.
"Kenapa ni?" Soal Aria dan Normala lalu berlari ke arah Julia.
Zaril menggaru kepalanya. 'Aku ada buat salah ke?'
Azril memukul lengan Zaril. "Kau buat apa kat dia?"
Zaril mengerutkan dahi seraya menggeleng.
Pelbagai soalan diaju pada Julia namun Julia hanya menggelengkan kepala.
Biarlah dia sendiri tahu apa visi yang dia lihat.
=====
Setelah habisnya waktu rehat, mereka berenam menuju ke kelas.
Dalam perjalanan, Julia terlanggar Alim. Namun Alim hanya beriak bersahaja dan meneruskan perjalanan.
Sekali lagi, seperti satu putaran video menayangkan sesuatu pada layar mata Julia.
Dan sekali lagi, Julia terduduk.
"Kenapa ni?" Soal Normala sambil menggoyangkan badan Julia.
Julia menangis teresak-esak. Sahabat-sahabatnya berasa pelik.
"Sabar, ya. Jangan nangis. Ceritakan apa yang terjadi." Pujuk Normala. Kemudian, dia berasa lemah.
Julia menarik nafas dalam. "Alim berniat nak bakar sekolah dan..."
'Zaril akan terkorban.' Ucapnya di dalam hati.
"Dan?" Soal rakan-rakannya serentak.
Julia mengesat air matanya.
"Dan, kita kena selamatkan sekolah!"
YOU ARE READING
Superhero Nerd?
FantasySebuah kisah yang mengisahkan enam orang sahabat yang digelar 'nerd' menjadi superhero. Wait, what? Superhero nerd? _________ ׂׂૢ་༘࿐ ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄ...