Setelah mendengar kata-kata Julia, mereka berenam bergegas ke bumbung sekolah.
Dan ternyata, kelihatan Alim sedang memegang pemetik api dan di sebelahnya terdapat beberapa buah tong gas.
"Alim! Jangan!" Jerit Julia dalam tangisan yang belum reda.
"Semua suka buli Alim! Alim benci semua orang." Laung Alim.
Normala membuka mulut. "Alim... Jangan."
Aria menarik bahu Normala. "Jangan, kau dah lemah ni. Masih ada dua jam lagi untuk guna kuasa."
Normala mengeluh.
"Apa perlu kita buat? Di sini tiada siapa yang mempunyai kuasa air." Ulas Azril.
Zaril mahu mendekati Julia namun Julia menolaknya kebelakang semula.
"Kenapa ni Julia?" Tanya Zaril,pelik.
Julia hanya tersenyum pahit sambil menggelengkan kepala.
Kamarul hanya berdiam diri sejak tadi. Tiada apa yang mahu diperkatakan barangkali.
"Kamarul! Apa kita nak buat ni?" Soal Azril.
Kamarul menjongket bahu dengan tenang. "Entah."
Julia memandang Alim. Mata mereka bertembung.
"Alim, jangan buat apa-apa." Perintah Julia dengan suara yang bergetar apabila Alim sudah memetik api.
Alim membuat muka serius. "Alim tak kira. Tak kiralah semua orang mati ke, janji hidup Alim tenang."
Julia berkata lagi. "Alim tak kisah ke masuk penjara? Alim nak kakak-kakak ngan abang-abang mati ke?"
Alim mengeluh. "Minta maaf kakak." Dia mahu mengenakan api itu pada tong gas tersebut.
"Kejap Alim!" Jerit Kamarul tiba-tiba.
Terhenti perbuatan Alim. Dia memandang Kamarul. "Kenapa abang?"
Kamarul membisikkan sesuatu pada Azril. Azril mengangguk.
"Alim suka superhero tak?" Soal Azril. Alim mengangguk perlahan lalu membuat muka cemberut.
Kamarul tersenyum. "Kalau suka, tengok ni."
Badan Kamarul bertukar menjadi lendir kemudian menyusur di hadapan Alim lalu membentuk badannya semula.
Alim yang terkejut tidak perasan yang pemetik apinya telah diambil oleh Kamarul.
Alim memandang mereka berenam dengan mata yang membuntang. "Kakak dan abang semua superhero tu?"
"Ya!" Ujar Julia lalu menghela nafas lega.
"Tapi jangan bagitahu sesi.-" Belum sempat Aria menghabiskan ayat, Alim sudah berlari meninggalkan bumbung.
Normala menepuk dahi. "Alamak!"
"Mari kejar dia."
YOU ARE READING
Superhero Nerd?
FantasySebuah kisah yang mengisahkan enam orang sahabat yang digelar 'nerd' menjadi superhero. Wait, what? Superhero nerd? _________ ׂׂૢ་༘࿐ ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄ...