Sejak mereka semua memperolehi kuasa, mereka membantu ramai pelajar. Namun, pemakaian topeng oleh mereka menyebabkan pelajar tertanya-tanya, siapakah mereka?
"Awak tahu tak siapa superhero bertopeng yang selalu bantu murid-murid kat sekolah ni?" Soal seorang murid perempuan pada Aria.
Kembang kuncup hidung Aria kerana superhero bertopeng itu ialah mereka sendiri.
Aria mengangkat bahu. "Entahlah. Saya pun tak tahu."
Murid perempuan itu mengeluh.
"Kenapa? Awak minat merekakah?" Soal Aria. Murid perempuan itu tersengih lalu mengangguk perlahan.
Aria tersenyum. "Awak buatlah apa-apa untuk berjumpa dengan mereka."
Murid perempuan itu tersenyum sambil mengangguk perlahan. Dia menepuk lembut bahu Aria. "Terima kasih." Ucapnya lalu berlalu pergi.
Aria tersenyum manis. "Sama-sama."
"Aria! Ke tempat persembunyian sekarang. Ada murid terkurung di dalam bilik stor."
Aria tersenyum. "Baik!"
∆∆∆∆∆
Selepas memakai topeng dan pakaian, mereka menuju ke bilik stor.
Mereka berbincang lalu menyarankan supaya Zaril melakukan pencabutan pintu.
Zaril menarik pintu tersebut. Maka tercabutlah pintu itu. Kelihatan seorang murid lelaki di dalamnya. Eh! Itukan... Alim.
Alim keluar dengan pakaian yang kotor.
Normala memegang bahu Alim. "Al- Adik, kenapa boleh jadi macam ni?"
Murid tingkatan dua yang berbadan kecil itu membuka mulut. "Kakak bertopeng, saya kena buli lagi. Mereka tolak saya masuk ke dalam stor. Pastu, diorang kunci."
Normala melepaskan pegangan. "Dah.... Jangan sedih ya."
Aria menarik tangan Normala. "Jangan! Nanti kau lemah kalau pujuk dia." Bisiknya.
Normala membalas bisikan itu. "Habistu, bila aku nak guna kuasa aku ni har?"
Aria tersengih. Julia melutut memandang Alim.
"Adik jangan nangis ya? Kakak yakin kami boleh lindungi adik. Dah. Kamu ke kelas, ya?" Pujuk Julia.
Zaril, Azril dan Kamarul hanya menonton.
Alim mengangguk kecil. Sebelum dia pergi, dia sempat berkata. "Terima kasih."
Mereka berenam tersenyum puas.
YOU ARE READING
Superhero Nerd?
FantasySebuah kisah yang mengisahkan enam orang sahabat yang digelar 'nerd' menjadi superhero. Wait, what? Superhero nerd? _________ ׂׂૢ་༘࿐ ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄ...