Bab 7

931 71 0
                                    

"Hey! Hati-hatilah sikit!" Marah Tasha. Sahabat-sahabat gediknya hanya bercekak pinggang.

Normala memandang lantai. "Maaf." Ucapnya perlahan.

Pelajar-pelajar nerd yang lain hanya mendiamkan diri. Takut untuk masuk campur.

Sedang Normala mengunci mulut, satu simbahan air terkena padanya. Serta merta dia mengangkat muka.

Kelihatan Pia sedang memegang botol air. Laira dan Yana pula bertepuk tangan sambil tergelak sakan.

Kemarahan Normala memuncak. Dia memandang mereka semua dengan tajam.

Tiba-tiba ahli kumpulan pelajar-pelajar gedik itu mengambil botol dan menyimbah sesama sendiri.

"Hey! Basahlah I!" Marah Pia kepada Tasha.

"Apa pula. Laira yang siram dulu kat I!" Marah Tasha semula.

Laira menghentakkan kakinya berkali-kali. "You lah ni! Habis kotor baju baru I."

Yana membuat muka geram. "Why? I'm the leader. So, korang semua tak ada hak nak marah-marah I."

Bla, bla, bla. Mulalah perang mulut.

Selepas menggunakan kuasanya, Normala rebah.

"Apa dah jadi ni?!" Jerit Aria resah. Yalah, tiba-tiba sahaja sahabatnya jatuh menyembah bumi.

Julia meletakkan kepala Normala ke atas pehanya. "Aduhai... Sudah pukul tiga. Nanti mesti mak aku marah sebab balik lambat." Keluhnya sendirian.

Zaril membuka mulut. "Dia dapat mempengaruhi empat orang sekali gus! Biasanya, dia hanya mempengaruhi seorang sahaja. Sebab tu dia hanya penat. Kali ini, dia pengsan sebab menggunakan tenaga yang banyak."

"Ooo... Macam tu." Kamarul berkata dengan mulut yang penuh.

Aria memandang sekeliling. "Eh! Mana Azril?"

"Woi!! Aku kat sini!!" Suara Azril bergema di dalam kepala Aria.

Aria memandang di satu sudut taman. Kelihatan Azril sedang melambai-lambai kepadanya.

Aria bercekak pinggang. "Kau buat apa kat situ?"

"Saja nak tengok. Boleh tak kita berkomunikasi dari jauh."

"Dah! Mari sini. Tolong kami. Ketuk kepala tu kang."

"Yelah-yelah...."

Azril menuju ke arah mereka. Aria dan Julia bersedia untuk memapah Normala ke rumahnya.

Superhero Nerd?Where stories live. Discover now