Pada waktu rehat, mereka menuju ke perpustakaan bersama-sama.
Aria melompat di hadapan Normala. "Okey, guna kuasa kau sekarang."
"Kuasa apa?" Soal Kamarul.
Aria menceritakan dari awal. Dari mana Normala kecut perut. Hahaha....
Normala mengeluh. "Baik. Tenaga saya dah ada ni."
Normala mempengaruhi Aria untuk memeluk Azril. Tiba-tiba, Aria betul-betul memeluk Azril.
"Hey! Kenapa awak peluk saya?" Marah Azril.
Aria melepaskan pelukan. "Saya tak berniat... Normala?!!" Jeritnya.
Normala tergelak kecil lalu terduduk. Dia memicit kepala.
"Aduh! Saya penat."
Julia yang memerhati Normala dari tadi membetulkan kaca mata. Walaupun seorang yang kaya dan cantik, namun disebabkan kehadiran kaca matanya, dia dipandang serong.
"Ehem. Dari awal saya perhatikan awak. Awak akan penat apabila menggunakan kuasa. Awak juga dapat memulihkan semula kuasa selepas tiga jam. Itu mengikut kiraan saya." Hujah Julia.
Semua terlopong. Lamanya!
"Aduh! Lamanya!" Normala mengeluh.
"Sekurang-kurangnya awak ada kuasa. Daripada kami ni...." Ujar Kamarul, Julia dan Zaril serentak.
Secara tiba-tiba, kedengaran seseorang bertepuk tangan dari arah belakang. Mereka semua berpaling.
"Wah, wah, wah. Kuasa? Hahahaha.... Hey! Korang tak sesuailah cakap aku-kau. Baik cakap saya-awak je. Hahahhaha...." Ejek Yana and the gang.
Yana, Laira, Pia dan Tasha. Semua budak-budak gedik yang popular. As known as, pembuli pelajar nerd.
Aria berbisik pada Normala. "Gunalah kuasa pengaruh awak tu."
"Awak tahu tak saya nak kena guna bila? Tunggu sampai tiga jam tahu tak!" Marah Normala kepada Aria. Aria hanya menjuihkan bibirnya.
Yana berpeluk tubuh. Dia membuat riak wajah cemberut. Mungkin sebab tak dapat perhatian.
"Bisik apa laginya?" Tegurnya garang.
Kamarul menyandarkan diri ke dinding. "Diamlah. Korang bla lah."
Yana terkejut kerana digertak sebegitu. Dia dan kumpulannya berpaling lalu berjalan tergedik-gedik. Alah, baru kena gertak sikit.
"Hurmm... Hari ni dah tahu dua kuasa. Lepas ni, apa lagi?"
YOU ARE READING
Superhero Nerd?
FantasySebuah kisah yang mengisahkan enam orang sahabat yang digelar 'nerd' menjadi superhero. Wait, what? Superhero nerd? _________ ׂׂૢ་༘࿐ ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄ...