Bab 15

809 63 3
                                    

Mereka mengejar Alim sehinggalah tiba di koridor sekolah. Kelihatan ramai pelajar mengrumuni mereka berenam. Alim terus hilang dari pandangan.

"Ke- Kenapa ni?" Soal Zaril terkejut.

Tiba-tiba muncul empat orang pelajar lelaki yang sedang memegang suit dan topeng superhero mereka.

"Apakah?" Ucap mereka berenam serentak.

Seorang pelajar membuka bicara. "Sebenarnya..."

Flashback

Saya dan kawan-kawan masuk ke kelas korang berenam sebab berniat nak mencuri. Lagi-lagi Julia sebab dia kan kaya.

Tapi, bila kitorang buka je beg korang, kitorang ternampak baju superhero yang selalu menyelamatkan pelajar di sekolah.

Oleh itu, kami menghebohkannya pada satu sekolah.

Flashback end

Semua pelajar-pelajar di situ memandang mereka dengan muka yang berseri-seri.

"Oleh itu, betulkah kamu berenam superhero bertopeng tu?" Soal seorang guru lelaki yang bersandar pada dinding.

Mereka berenam terdiam.

"Kalau ya, boleh bagitahu kami macam mana kamu dapat kuasa?" Soal seorang pelajar perempuan yang tidak bertudung.

Mereka berenam masih mendiamkan diri.

Seorang pelajar lelaki yang sudah kehilangan kesabaran, menyerang mereka berenam.

Segera Zaril menghalang. Pelajar tersebut terlanggar Zaril lalu terjatuh. Zaril tidak jatuh malah, masih berdiri dengan stabil.

Mereka semua bertepuk tangan dan bersorak. Zaril berasa terkilan kerana sahabat-sahabatnya memandangnya dengan renungan tajam.

"Betullah kamu superhero bertopeng itu!"

"Saya nak tandatangan!"

"Bagitahu saya macam mana kamu dapat tolong saya masa tertinggal buku hari tu?"

"Macam mana korang dapat kuasa."

"Sudah!!" Jerit Julia. Semua yang berada di situ terdiam.

Kamarul mencairkan dirinya lalu memasuki ke dalam kelas berdekatan melalui bawah pintu.

'Cis!' Getus hati Azril.

"Aria, beritahu Normala yang dia sudah boleh menggunakan kuasanya kerana sudah cukup tiga jam."

Aria memandang Azril lalu mengangguk perlahan.

"Normala, sudah cukup tiga jam." Bisik Aria.

"Jadi?" Bisik Normala kembali.

"Awak kena pengaruh satu sekolah supaya melupakan apa yang terjadi." Bisik Julia pula.

"Satu sekolah?!"

Superhero Nerd?Where stories live. Discover now