Bab 1

1.3K 82 0
                                    

Mereka berenam adalah satu kumpulan yang digelar 'nerd'. Tidaklah sepopular gadis-gadis yang gedik. Namun, hanya popular di kalangan guru.

Perbahasan? Mereka yang masuk. Syarahan? Mereka yang berhujah. Kuiz? Pastinya mereka yang jawab. Assignment? Memang merekalah yang siap. Kepandaian? Semestinya itulah kehebatan mereka.

Namun, kebanyakan daripada mereka adalah bermata empat. Oleh disebabkan itu, mereka dipandang serong dan digelar 'nerd'.

Sebelum ini, mereka tidaklah pandai mana. Kelas pun lain-lain. Kehidupan mereka tika tingkatan satu dan dua umpama neraka pada mereka. Tatkala peperiksaan PMR menjelang, mereka belajar bersungguh-sungguh. Apabila meningkat tingkatan empat, mereka ditempatkan di dalam satu kelas.

Mereka selalu juga dibuli tetapi apabila mereka berkumpulan, tiada sesiapa yang berani mengganggu mereka.

Tetapi, ada pula seorang junior mereka ni, yang digelar 'nerd' juga. Namun, tidaklah mempunyai kumpulan seperti mereka. Akibatnya, dia sering dibuli dan dicaci. Oleh itu, dia menjadikan mereka berenam sebagai idola.

Mereka semua mengambil aliran sains tulen dan amat meminati sains.

Sehinggalah, semasa meteor jatuh.

"Korang! Ramalan aku, malam ni ada meteor jatuh!" Ujar Kamarul bersungguh-sungguh.

Julia memandangnya. "Serious?" Kamarul mengangguk laju.

Azril memandang kembarnya, Aria. Mereka tersenyum.

"Jom ambil serpihan dia. Macam yang kita selalu buat." Kata Zaril, bangga.

"Jom! Sebelum pihak muzium ambil." Ajak Normala, bersemangat.

Selepas habis sesi persekolahan, mereka bergegas ke tempat yang dirancang.

Superhero Nerd?Where stories live. Discover now