Bab 12

877 59 0
                                    

Mereka berenam berlari menuju ke kelas. Kena kejar mungkin.

Setelah memasuki kelas, Zaril menutup pintu. Mereka bernafas termengah-mengah.

"Datang ke sekolah je dah kena kejar dengan pembuli." Ujar Azril sambil mengelap peluhnya.

Sahabat-sahabatnya mengangguk.

Tiba-tiba kedengaran ketukan kuat pada pintu kelas.

"Hei!! Bagi saya masuk!!" Jerit Kamarul dari luar.

Zaril menepuk dahinya. "Aduh! Lupa pula pasal Kamarul."

Ketiga-tiga gadis itu berlari ke belakang kelas. Kedua-dua jejaka itu berasa pelik.

Mereka memandang pintu. Kelihatan lendir yang bewarna coklat memasuki kelas melalui bawah pintu.

Azril pula menepuk dahinya. "Berapa kali saya nak cakap, itu Kamarul lah!"

Lendir-lendir tadi sudah bertukar rupa kepada Kamarul.

Kamarul melepaskan nafas lega. "Nasib baik pembuli-pembuli tu tak nampak."

Julia membuka mulut. "Boleh tahan pembuli-pembuli tu. Semua lelaki."

Aria dan Normala berpegangan tangan. Bersungguh-sungguh mereka mengangguk.

Melihat muka Julia yang kelihatan berseri-seri, Zaril berasa amat cemburu.

Dia menumbuk sebuah meja. Kemudian, meja tersebut pecah kepada dua.

Julia menekup mulutnya. "Zaril! Itu meja saya!!"

Zaril tidak mempedulikan kata-kata itu. Kemarahan menguasai dirinya. Dia hendak menumbuk dinding pula.

Normala segera berlari ke arah Zaril.

"Awak, jangan marah. Tenang setenang air." Ucap Normala.

Selepas itu, Zaril menjadi tenang. Dia duduk di kerusinya sambil mengurut kepala.

Azril dan Kamarul pula menukarkan meja Julia dengan meja orang lain.

Normala terduduk. "Aduhai, penatnya."

Aria mendapatkan Normala. "Waktu macam nilah awak nak gunakan kuasa."

Julia menghampiri Aria dan Normala. Normala hanya tersenyum lemah.

"Saya okey." Ujarnya lalu berdiri. Dia berjalan ke tempatnya dengan langkah yang longlai.

Selepas mereka berenam duduk di tempat masing-masing, pelajar-pelajar lain mula memenuhi kelas.

Julia merenung Zaril yang sedang duduk, lama.

'Zaril, adakah kau cemburu?'

Superhero Nerd?Where stories live. Discover now