Mereka berenam terbangun. Badan yang terasa sakit disentuh.
"Aduh... Korang tengok ni. Dah hitam warna serpihan meteor ni." Ucap Zaril sambil menunjukkan serpihan yang baru dicabutnya dari tangan.
Aira dan Azril berpandangan. Selepas itu, mereka mencebik. Kecewa barangkali.
"Hurmm... Jomlah balik. Aku penat ni." Ujar Normala setelah bangkit lalu membersihkan diri.
Kamarul bangun. "Aku lapar!"
Julia menggelengkan kepala. "Kau ni, asyik makan, makan, makan. Mana tak gemuk? Budak nerd gemuk? Pelik...."
Kamarul memandang Julia dengan tajam. "Apa salahnya. Jadi, kau mengaku kau ni nerd? Hahahaha..."
Julia merengus geram. Dia menuju ke tempat mereka meletakkan basikal.
"Haish... Korang ni, baru bangun dari pengsan pun boleh gaduh lagi." Kata Normala seraya menarik basikalnya dari celahan semak.
Azril dan Aria telah bertolak dahulu. Zaril pula menyarungkan kasut rodanya.
"Bye!" Ucap Zaril lalu meninggalkan mereka.
Normala dan Julia menunggang basikal lalu membawanya secara beriringan.
Kamarul yang berbadan besar hanya berjalan kaki. Takut jatuh basikal katanya.
YOU ARE READING
Superhero Nerd?
FantasySebuah kisah yang mengisahkan enam orang sahabat yang digelar 'nerd' menjadi superhero. Wait, what? Superhero nerd? _________ ׂׂૢ་༘࿐ ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄ...