Perasaan hati yang tak diluah,
Menggunung tinggi dalam sanubari,
Berkali cuba lafazkan cinta,
Namun bila mulut sudah dibuka,
lidah pula yang mati,
Menahan rindu seorang diri,
Kadang sampai termimpi-mimpi,
Berbual kita setiap hari,
Gelak dan tawa berselang-seli,
Cuma untuk pelajaran dan soalan matematik,
Aku tak mahu rosakkan persahabatan ini,
Kerana itu satu-satunya medium untuk engkau aku hubungi,
Kerana aku sedar,
Kau mustahil untuk aku miliki,
Lelaki itu memang lelaki sejati
Dan aku,
Cuma seorang pemuisi,
Jadi, biarkanlah,
Aku tahan perasaan ini,
