Cara menghancurkan hati lelaki

120 1 0
                                    



Kau layan dia bagai raja dan kau permaisuri,
Dengar kisah yang diluah bagai kau  sahaja punya telinga yang berfungsi,
Sambut tangannya ketika dia lemah longlai tidak lagi mampu berdiri,
Masak untuk dia makanan kegemarannya waima sekali,

Dan pabila dia mula merancang untuk jadikan kau ratu hati,
Kau soal pada dia,

"Awak serious pasal hal ini?"

"Ya sungguh."

"Bukan kita cuma rakan baik tak lebih dari itu atau ini?"

Dan kau akan dengar esak-esak tangis dalam hati seorang lelaki.

#MalamPuisiWhere stories live. Discover now