Aku tahu,
Aku cuma penghiburmu,
Badut percuma untuk tawa manismu,
Kerana ceriamu adalah penyambung nyawaku,Aku tahu,
Aku cuma peneman setiamu,
Saat kau perlukan atau tidak gerangan diriku,
Kerana aku benci pabila kesunyian menyelubungi dirimu,Aku tahu,
Bukan setiap saat kau butuh diriku,
Kadang aku malu asyik menempel padamu,
Aku cuba untuk kurangkan,
Namun,
Itu diluar kemampuanku,Aku tahu,
Setiap kata manismu,
Cuma untuk kecindan petang,
Lepaskan segala tekanan yang datang,Dan aku juga tahu,
Hatimu bukan milikku,Aku tahu.
![](https://img.wattpad.com/cover/80598151-288-k374042.jpg)