Selamat datang ke sarkas cinta,
Mereka disini otaknya dihati,
Sanggup buat apa sahaja,
Untuk mengecap kasih abadiDuit habis dan masa terjudi,
Katanya effort untuk buah hati,
Lucu kurasa dengan penyataan diberi,
Kerana usaha diukur dengan nilai materialiti,Ada yang sampai ke hotel bajet,
Dosa dan nista malam dipenuhi,
Berbadan dua dicerca kerabat,
Perawan murung teruna entah ke mana pergi,Anda dijemput untuk hadiri,
Tatap dan saksi sarkis lucu ini,
Buat teladan di kemudian hari,
Lakonan penunggang syahwat sejati.