Hahaha,
Sangat lucu pabila kau masih anggap aku rakan,
Selepas semua masa yang terbuang untuk kau aku teman,
Menahan kantuk dengan telefon di telinga serta nyamuk di badan,
Dan puisi-puisi kureka khas untuk kau buat santapan,Haha,
Sangat lucu pabila kau terdiam saat aku cerita tentang isu hubungan,
Bahasa tubuh tidak selesa, ya, aku perasan,
Akan segera kau ubah topik perbualan,
Kerana tak mahu kau terus terdiam, ya, aku layankan,Ha,
Entahlah, mungkin aku tidak cukup rupawan,
Atau perawakkanku hanya sesuai dibuat teman,
Mungkin juga kerana aku tiada ciri-ciri lelaki idaman,
Tetapi kuharap dengan diriku kau tak bosan,Haih,
Simpan kejap-kejap dalam hati,
Kerana kutahu kau mual dengan isu cinta ini,
Sebagai rakan aku hormat keputusan yang kau beri,
Miliki engkau aku tahu sesuatu yang tak layak untuk aku hajati.Kamar // 6.44 PM