Makan malam istimewa,
Cahaya lilin yang menyala,
Menerangi ruang tamu kita,
Bikin romantik agenda utama,Kau pula yang tiada,
Mungkin terlalu sibuk dengan kerja,
Aku faham kerana aku cuma kerani biasa,
Dan kau pula berpangkat jurutera di firma mega raya,Tapi aku tahu,
Perempuan lain bukan jawabnya,
Kerana kau bilang kau cinta aku saja,
Cuma, iya, kadangkala aku terasa juga,
Bila kau utamakan lebih pada kerja,"Hello sayang, abang dalam perjalanan ni!"
Dan terus senyum lahir di pipiku ini.
Kamar // 10:52 AM