Mungkin itu satu sumpah,
Mungkin perasaan yang menambah,
Tentang rasa sunyi yang tak pernah sudah,
Rintik sendiri menjadi sungai menjadi bah,Yang aku tahu ini bukan takdir,
Sendirian tanpa insan peneman yang hadir,
Kerana tuhan sudah berjanji ini akan berakhir,
Dengan wujudnya jodohku yang pertama juga terakhir,Namun,
Hati yang tak terisi,
Buat aku selalu tercari-cari,
Insan yang sudi,
Jadi peneman penamat episod sendiri ini,Oh,
Aku lupa,
Muka yang tak seberapa,
Dompet yang nipis aku raba,
Motor cabuk entah keluaran bila,Itu mungkin sebab aku tak punya siapa-siapa.
Kamar // 6:51 PM