Deja-Vu

45 0 0
                                    

Kau percaya pada deja-vu?

Aku percaya.

Kerana mimpi itu aku berharap takkan pernah terjadi,
Segala positif aku serap untuk aku hindar diri,
Berfikir bukan-bukan tentang engkau yang aku sayangi,
Aku ingin kekalkan hubungan kita ini,

Dan pada satu hari,

Aku lihat kau berlari-lari,
Kearah lelaki yang memegang bagasi,
Dari penampilan aku rasa dia kelasi,
Kau rangkul badannya juga kucup pada pipi,

Aku berdusta yang aku ambil mc,
Untuk lihat sejauh mana kebenaran mimpi,
Kau bilang kau berada di rumah sambil menonton tv,
Dan aku lihat kau sedang memeluk si kelasi,

Kelepak-kelepak-kelepak,
Dengan berat hati,
Aku mulakan tugas,
Sebagai seorang konduktor kereta api,
Melihat kau di stesen itu cuma buat aku iri hati,

Ya, sama seperti dalam mimpi.

Kamar //

#MalamPuisiWhere stories live. Discover now