Manusia Pakai Buang

37 0 0
                                    

Aku bukan manusia pakai buang,
Kau datang bila fikiran kacau melayang,
Mengeluh tentang gundah hati yang berperang,
Dan pergi bila kau sudah capai tenang,
Tinggalkan aku bagai layang-layang putus benang,

Aku bukan manusia pakai buang,
Kata kasih dan sayang,
Kuucap bukan hanya untuk tempoh sekarang,
Bahkan sampai kulit sudah kedut, dan rapuh juga tulang,
Kerana hatiku hanya ada kamu seorang,

Maafkan aku ini masa kau perlu aku tinggalkan,
Kerana aku tidak tahan,
Kau gunakan,

Aku juga punya perasaan.

Kamar //

#MalamPuisiWhere stories live. Discover now